Thursday, July 28, 2011

Pengalaman saya menonton bola bersama Menteri Penerangan dan Komunikasi.

Aku tak dapat tiket bola free. Jadi, aku tengok bola perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura di depan tivi dekat bilik aku je.

Housemate aku tengah masak entah apa kat dapur. Masak bau macam kari pun ada. Bau masala pun ada. Kadang-kadang bau musang pun ada. Aku tengok tivi dalam bilik. Tivi aku bukak volume sedap sedap stadium. Jenis Haji Hasbullah Awang berborak sampai ke koridor tingkat empat boleh dengar.

Housemate jenguk dari pintu bilik. "Bola ka?"

Aku angguk.

Dia bawak nasik sepinggan, terus duduk atas katil aku. Itu kalau malam karang, bersemut aku punya tilam, memang aku mengamuk.

"Ini Malaysia lawan apa? Malayan Harimau ka?" kata dia.

Aku malas jawab. Tapi dalam hati, "Malayan Harimau acik kau!"

"Ini cup apa dia main?" dia tanya lagi.

"Kelayakan World Cup," aku jawab slow.

"Owh...tak cantik la dia main..." dia menambah. Nasik lauk kacang panjang dengan tomato dia suap semaksimum yang boleh.

Aku diam.

"Dia main dekat mana? Rumput cantik. Rumput tiruan ka?" dia lagi.

Aku diam. Hati tengah panas. Sebab defend Malaysia main macam gampang.

"Ini player Singapore ka? Kenapa ramai mat saleh? Boleh ka itu macam?" dia tanya lagi. Sambil tu nasik dia suap jugak. Mulut penuh pun dia cakap. Jenis takde adab.

Aku diam je.

"Ini kalau dia main macam ni sampai second half ha, mesti kalah la Malaysia..." dia cakap sambil suap nasik entah kali ke berapa.

Aku serius tengah diam. Nak mencarut karang, dah pangkat bapak-bapak.

"Dulu aku masa muda, main untuk Telok Intan tau. Masa tu 70-an. Dulu takda macam ni. Lari kejap dah pancit..." dia sambung. Krup krap krup krap bunyi kacang dia kunyah.

"Tengok tu, sikit-sikit jatuh...tak makan nasik ka, dey?" dia menyambung sambil mata dalam formasi tivi-pinggan-tivi-pinggan-tivi.

Aku diam. Buat-buat capai bantal untuk peluk(atau niat sebenar nak gigit bantal lepas geram).

Defend Malaysia sekali lagi buat hal.

"Weiii...mana lu passing bo.........."

Tiba-tiba dia senyap. Aku menoleh ke arahnya.


"KUNGGG...KUNGGG...KUNGGG...KUNGGG!!!"


Dia tersedak nasik. Padu punya tersedak. Menggelupur dia lari ke dapur cari air. Pung pang pung pang bunyi dekat dapur buka peti sejuk.


Aku senyum puas. Betul-betul punya senyum.



***

Okay. Malaysia kalah dengan Singapura. Takde hal la. Aku tetap di hatimu Harimau Malaya! Tapi kan, kenapa Nicol David tak main tadi eh, Uncle Raja?

6 comments:

Anonymous said...

asyik housemate je masak.cik abang ni bile plak nk msk?hihi

en.sani said...

cik abang ni jenis masak pakai niat...

nawaitu tu kena dengan spirit,baru jalan.

nuwuwuda said...

Tu la, kalau tengah makan, jangan cakap benda-benda lagha. cakap yang penting-penting je. adab tu, adab makan. kuikuikui!

Anonymous said...

Nasib baik tak mati, kalau tak satu hal pulak polis nak bukak kertas siasatan kematian mengejut depan tivi sambil tgn penuh dengan sisa kari, hehehe

Lieyly ︱ Alia said...

HAHAHA , pdan muka tersedak :D

en.sani said...

wuda: india mana reti adab...

anony: hehe...dah satu hal pulak nk mintak tukar rumah,sbb takut roh dia ganggu...

alia: hamboii,,,sukeee...