Monday, August 1, 2011

Kek coklat untuk Ramadhan saya

Selamat menyambut Ramadhan semua!


Pagi tadi sahur pertama. Aku tiada apa-apa untuk bersahur kecuali setengah kilo kek coklat buatan adik perempuan aku masa kat kampung semalam. Kau orang pernah tak sahur makan kek coklat? Ye, tuan-tuan, makan kek coklat masa sahur ni hanya orang Sweden je boleh buat.

***

Aku tengah merayau-rayau kat pekan Tampin. Nak cari lemang dengan daging nak buat rendang. Tiba-tiba henpon berbunyi lagu Nazam Lebaran minta diangkat.

"Along, tolong beli tepung gandum sekilo. Lepas tu tolong beli serbuk koko Van Houten satu tin. Nak buat kek coklat!" kata adik perempuan aku di hujung talian.

Aku masuk pasaraya Giant. Cari tepung gandum satu peket. Lepas tu cari serbuk koko Van Basten ke ape entah nama dia tadi. Van der Sar bukan. Van der Meyde pun bukan. Roy Azman lagi la bukan.

Akhirnya, dapat cari. Tapi ada masalah. Satu tin kecik serbuk koko tu mahal ya amat. Mana cukup duit. Duit bawak cukup-cukup, yang lain CIMB pegang. Apasal mahal sangat koko? Koko tu patut kerajaan wartakan sebagai barang kawalan. Macam petrol. Baru lah peminat-peminat coklat macam aku jadi produktif dan berdaya saing.

Aku belek-belek lagi rak serbuk koko tu, ada lagi pilihan koko lain yang lebih murah. Ya, lebih murah dan nampak tak berdosa kalau beli.



***

Serbuk Koko Cap Kijang.

Adik aku punya mengamuk....pehh...toksah cakap la.

Aku pulak macam biasa, suruh dia bersabar sebab esok pagi nak puasa. Kena redho.


16 comments:

nizamsani said...

haha. selamat berpuasa dengan selamat.

en.sani said...

hehe...selamat berpuasa bang...

Tokan said...

Selamt berpuasa....tnet slow la nak bw n nak shout pon x boleh...tnet pon pose kot...

White Dove said...

kesian adik ko dpt abg cam ko...haha.

en.sani said...

tokan: selamat berpuasa...time puasa ni la budak2 duduk opis layan fesbuk econ tala ke muka...

white dove: kira bersyukur la dapat abg yg sweet ni tau...

tengku_fir21 said...

perghh...waktu-waktu begini bercerita kek coklat :)

selamat menjalani ibadah puasa

p/s koko jenamal ain tak sedap dari ko beli jenama lain baik bile milo jadi cake milo :)

en.sani said...

aku suka buat guna ovaltine...

White Dove said...

haha...sgt sweet spt serbuk koko cap kijang. ^^

en.sani said...

kakakaka...pahit ok serbuk tu. nampak sangat tak pernah.

White Dove said...

bila jd kek, manis pulak. haha.

en.sani said...

tu namanya harry potter...mejikel world of disni....

White Dove said...

haha! kejadah...=)

en.sani said...

dah...dah...toksah gelak sangat.batal puasa kang.

White Dove said...

Astaga. =)

♥ p a a n i ♥ said...

pergh sahur makan coklat xpenah dibuat org..wkaka. anyway slmt berpuasa!

en.sani said...

sebab tu org sweden je penah buat...