Thursday, December 15, 2011

Rebecca (kadang-kadang meluat pulak letak nama kereta Rebecca)

Kereta aku(Rebecca) ada masalah pintu dekat sebelah penumpang hadapan sejak aku tinggalkan Rebecca kat mak aku masa pergi Langkawi hari tu. Kena buka pintu dari luar. Kalau daripada dalam tak boleh buka. Aku saja tak pergi betul. Bukan apa, malas nak pergi singgah pomen, aku pantang pergi kedai kereta. Mesti nafsu membuak-buak nak tukar barang yang takde kena mengena. Membazir tahu tak? Baik salurkan duit tu kepada hal-hal yang berfaedah seperti membeli mekdi dan helikopter.

Keril Samad naik kereta aku hari tu. Sampai lokasi, dia buka pintu tak boleh.


"Apasal pintu ko ni? Tak boleh bukak..."

"Ko bukak tingkap dulu, pastu bukak pintu tu daripada luar..."

"Aik, macam tu plak?"

"Biasa la, tak bagi makwe lari..."

"Peh, power...power..."


***

Tempat duduk Rebecca dah tukar kepada seat yang lebih best. Yang mana seat belakangnya hanya untuk kuota 2 orang penumpang sahaja. Penumpang ketiga di belakang kalau nak duduk boleh jugak, tapi terpaksa bertindak lucah di tengah-tengah seat yang berbonggol.

Kat opis. Masa nak pergi makan tengahari bersama 2 orang member.


"Aik, tempat duduk belakang ko memang 2 orang je ke boleh duduk?"

"Ha'ah...biasa la...itu kita namakan sebagai perancangan keluarga..."

"Hahaha...bongok!"

10 comments:

nora said...

hihihihi...abg ni mcm2 la....

en.sani said...

:) mesti la mcm2....sunyi sorg2 tau x...

sayda dino said...

hahahaha sakai kau sani. terkentut kentut aku baca

en.sani said...

ko la sakai..baca sampai kentut...

cikebum said...

salam..follow blog nieh..selalu buat saya senyum setiap kali bace entry awak. ;)

en.sani said...

hai cikebum...thanx follow.dah lama dah kan follow?

jgn senyum sorg2 lama sangat...hehe

cikebum said...

hehe..

Sabrina Vee Zalani said...

hahaha cilaka yg duduk tgh2 tuh macam cite econovan je!

efa fairuz said...

hahahaha! "..bertindak lucah di tengah tengah seat yang berbonggol.."

epic! hahaha

en.sani said...

hehe...sila bayangkn...