Friday, April 29, 2011

Perkara yang membuatkan aku marah


Yang belah kanan adalah 'tempat kasut' aku. Yang belah kiri ialah 'tempat kasut' housemate. Tapi, kejadah apa dia suka rembat selipar aku yang paling lawa khas untuk aku pergi shopping complex?

Sandal aku pun ada 3 pasang lagi, selipar Diadora(tiada dalam gambar) aku jugak dia bekenan bawak pegi jalan kaki beli roti canai.

Thursday, April 28, 2011

Gelap atau terang

Ambillah aku,
selamatkan aku,
dari dunia kepura-puraan.
dan kita hidup bahagia.
Setidak-tidaknya sehingga,
matahari terbenam.

Selepas itu,
kita yang tentukan,
hala tuju.
Gelap atau terang.

" Katamu gelap, aku mahu yang terang."

-en.sani-

Wednesday, April 27, 2011

Cilakak

Gaji masuk.

Takde nafsu.

Cilakak.



Err...nafsu berbelanja la! Fikir nak porno je.

Ini hal random. Sungguh random.

Setiap hari, semasa bekerja pada siang harinya, aku selalu memasang azam untuk menulis blog pada malam harinya. Entry tentang benda-benda berat sikit. Banyak bahan telah aku tulis dalam buku nota(ya, aku ada buku nota sendiri untuk catat hal-hal random sebab aku ni pelupa orangnya).

Banyak benda serius aku nak catat pada blog aku. Antaranya tentang hal aku bermimpi beberapa orang wanita. Dan kerisauan aku kepada beberapa benda yang serius seperti kehilangan kawan-kawan, duit, kesenangan pemikiran, jodoh dan keluarga.

Tapi, bila dah sampai rumah, aku selalu nampak bantal itu lebih hebat kuasanya.

Oh, ya. Bantal aku takde nama lagi. Dan tak payah la desak aku adakan kuiz menamakan bantal aku pulak.


***



Lagu ini untuk kamu. Ya. Aku beri untuk kamu. Nak letak lagu Rahasia Perempuan tadi, tapi lucah sangat. Hihihi.<---Hihihi? Parah dah kau ni Sani.


Ya. Ini random. Jangan lempang.

Monday, April 25, 2011

Meeting

Esok aku meeting. Dengan bos bujang.


Bos : Sani, esok kita pergi meeting smartcard...

Aku : Ha? Orait. Pukul berapa?

Bos : Pukul 2.30 petang. Pakai smart smart sikit. Ramai makwe department lain dalam meeting tu.

Aku : Orait.

Bos : Aku dapat rasa, esok kita akan bertemu jodoh! Ha ha ha!

Aku : Ha ha ha.

Bos : Aku dah minum air zam zam tadi dua teguk. Ha ha ha!

Aku : Ha ha ha.

Bos : Aku tak tau apa-apa pasal smartcard, besok kau je la cakap dalam meeting.



Cis. Meeting smartcard ni aku nak cakap ape woi? Pasal Ashraf Sinclair?

Sunday, April 24, 2011

Mentol K-Pop

Lampu depan rumah terbakar. Oleh kerana tak ramai lelaki yang boleh diharap dalam rumah itu, aku menjadi calon feveret untuk memanjat tangga menukar mentol. Sepupu aku jadi assistant memegang tangga. Aku gayat. Tapi tunjuk berani. Baru satu anak tangga, dekat mulut dah kumat-kamit ada bunyi agama-agama.

Masa aku dah naik tangga, mentol terbakar telah dibuka, dan hulur ke sepupu aku. Mentol yang baru pulak tertinggal di dalam rumah, dan aku arahkan dia ambil.

3 minit.

5 minit.

10 minit.

Aku jadi baran. Ingat tak panas ke woi? Ambil mentol ke, makan nasik? Aku jerit sekali. Sepupu menyahut dari dalam. Dia kata sekejap.

Aku tiba-tiba jadi tak sedap.

Aku melangkah ke dalam rumah.



Cilakak, berkilat-kilat mata dia tengok drama Korea depan tivi.

Friday, April 22, 2011

Obesiti

Dulu masa aku sekolah, time rehat je aku makan nasik lemak. Tak pernah yang miss. Kalau miss pun sebab tukar menu atau bawa bekal ke sekolah. Dah besar, cerdik jugak. Celah mana obesitinya?

Budak-budak sekolah sekarang je tak boleh makan nasik lemak banyak. Kementerian patut suruh diorang makan henpon je. Obesiti ke mana, hape ke mane.

Injured


Aku : Bos, injured. MC. MC.

Bos : Blahhhh laaaa....Takde takde...


***

Ini kena cakar la. Betul. Sumpah. Bukan, bukan love bite.

Nakal.

Wednesday, April 20, 2011

Ini bukan iklan khidmat nasihat

Aku jenis yang dah biasa naik kereta, akan pakai tali pinggang keledar. Kebiasaannya, memang masuk kereta je, aku akan terus tarik tali pinggang. Ini adalah satu contoh yang baik kepada semua pembaca di luar sana khususnya yang membawa kereta. Iyela, kalau dibiasakan, baru la jadi budaya, kan? Jangan besok-besok dah terlantar kat spital, baru nak terhegeh-hegeh fobia tarik bandage balut badan tu nak buat tali pinggang keledar. Tak nurse yang lempang, aku sendiri sanggup datang lempang kau orang kat spital. Beli kereta mahal-mahal sampai setengah juta ringgit, tapi tak tau guna buat apa.

Semalam aku masuk-masuk je kereta, terus aku pakai tali pinggang keledar. Rasa sangat baik dan pemandu berhemah sangat sampai nak jerit kat orang awam yang lalu lalang siapa-siapa ada sedara kerja dekat JPJ suruh tengok sikap aku.

Tapi, aku masuk kereta tu untuk ambil kunci rumah yang tertinggal je. Penat tahu tak nak bukak balik tali pinggang keledar tu? Nasib baik tak bagi signal keluar simpang sekali.


Dilema betul.

Monday, April 18, 2011

Tampin

"Tak balik kampung Sani? Kat Tampin, makan apa yang best?" - Lelaki A

"Kalau aku pergi Tampin, mestilah aku nak cari makan best. Sana apa best?" - Lelaki B

"Orang Negeri Sembilan selalu apa yang special kalau bab makan?" - Makwe A

"Kalo aku balik Penang, kalau tak pekena laksa penang, memang tak sah. Kampung hang?" - Brader A

"Kopok lekor terbaik ada di Terengganu weh! Tampin apa special?" - Makwe B

"Tampin ada Sikret Resepi?Kahkahkah!" - Brader B


***


Sesungguhnya, sejak dari kecik aku membesar dekat Tampin, dan sampai la aku merantau ke Selangor, Melaka, Kolumpo dan Cyberjaya, bila balik Tampin, aku makan nasik je.

Telur

Tadi aku makan nasik lauk telur. Sambil makan telur, aku pegang la telur. Salah ke? Betul la kan?

Bangang.

Sunday, April 17, 2011

Kejam

Aku cerita hal [ini] ke sorang makwe.


" Kalaulah dikatakan kita ada jodoh kan Sani, first sekali, saya nak bakar Soraya tu! Hahahaha!"


Apa lah salah Soraya beb? Dia tak kacau orang pun.



Korang semua kejam.

Ahad

Walaupun ia bukan cinta, tidurmu tetap tak lena.

***

Tulislah Ahad ini,
kerana Ahad akan datang,
mungkin aku tiada untuk kamu.....lagi.



P/s : Badan rasa tidak molek, untuk berbicara tentang diri dan hati. Esok-esok saja.

Saturday, April 16, 2011

Aku bukan doraemon

Aku bukan doraemon,
ada poket pinta
ingin apa saja,
ibu ayah adik kakak saja takde.

Aku bukan doraemon,
ada mesin apa-apa,
mesin maksud mesin cinta,
mesin buat hati lara.

Aku bukan doraemon,
ada mesin ubat luka.
mesin hati mesin masa,
ingin hidup gembira
sampai akhir masa.

Aku bukan doraemon,
tak fikir banyak study, kerja.
Lepak dalam drawer,
lupa masalah dunia.

Aku bukan doraemon,
boleh bikin apa-apa.
Orang lain pandang beraja,
aku cuma manusia biasa,
takut pada tikus juga.

Aku bukan doraemon,
makan nasi bukan dorayaki,
sampai masa kena ada hati,
hati untuk diberi,
pada sang pemimpi.

Aku bukan doraemon.


-en.sani-



P/s : Pagi tadi demam, sekarang tak demam pulak. Mejik, mejik.

Friday, April 15, 2011

Lesen Besau!!!! (Lesen Besar)

Klik pada gambar untuk siapa yang rabun itik.


Ya. Aku dah boleh buat bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Kau ingat dia punya exam senang ke? Dua hari training tau. Habis lunyai patung CPR tu dinodai sepanjang 2 hari.

Ehem-ehem. Amacam? Cool tak?

Ye, gadis di sana tu, tak payah la nak buat-buat pengsan pulak.

Wednesday, April 13, 2011

Daftar

7.30 malam.


Kawan : Hello bai, kau kat mana? Tolong datang opis bai.

Aku : Rumah ni ha, nape?

Kawan : Kau tolong bai, aku dah masuk laman web dia, tapi tak tau nak isi macam mana.

Aku : Esok je la, kat opis. Datang pagi sikit. Dah malam ni, tak manis keluar rumah.

Kawan : Cibet la kau. Okay, okay, esok.


Aku akhir-akhir ni kerap juga jadi tukang daftar anak masuk darjah 1. Cikgu-cikgu ni pun satu hal. Tak boleh ke tolong sikit mak bapak yang tak celik IT ni. Duduk kat sekolah tu bukan banyak kerja, pukul 2 dah balik rumah tengok sinetron Alisa.

Orang kementerian pelajaran, tolong tengok-tengok sikit isu ni. Kalau tak boleh, gua serah ke kementerian URTV je kasi setel.


***

Apa-apa pun, aku tolong jugak la. Harap-harap anak-anak member aku semua menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Zaman aku nak daftar anak esok-esok, entah ke pakai telepati ke apa entah.

Entah-entah pakai niat je.

'Sahaja aku berniat mendaftar anak ke darjah satu, kerana kementerian dan keluhuran perlembagaan...'

Peh.

Ke kedai motor


Aku : Bos, kasi tukar lining brake...

Tokey : Yang baik punya ka?

Aku : Tak, bagi yang jahat punya...


Tokey gigit spanar 12. Dilema.

Tuesday, April 12, 2011

Aku bukan yang kau harapkan

Dalam tasik yang jernih membiru ada rebanya,
Dalam suka dan canda itu ada pahit maungnya,
Dalam rindu dan kasih itu ada dendamnya,

***

Aku menulis biar kau tahu,
aku sedang mogok.

Usai mogok kau datang,
datang bukan dengan hujan,
tapi dengan taufan.
Membawa aku terbang,
diguling plastik-plastik yang penuh personafikasi
dirimu yang kabut.
Sambil mengharap aku menyusun bintang di dada langit
dengan namamu yang berkelip-kelip.

Aku bukan yang kau harapkan.


-en.sani-

Pagi di opis saya

Masuk opis pagi-pagi. Tengah membaca fesbuk, tiba-tiba ada sorang student perempuan muka manis manis kat depan pintu opis menjinjing bakul.

"Assalamualaikum bang, ada sesiapa nak nasi lemak?"

Aku terus terbayang Nora Danish.


Nakal.

Monday, April 11, 2011

Kalau tak suka membaca dan berfikir, ini bukan entry untuk kamu.

Salah satu masalah aku terhadap wanita adalah sukar untuk menunjukkan ekspresi menghargai. Ya, tidak dinafikan aku memang mempunyai muka 'tiada perasaan'. Katakan pada siapa sahaja yang mengenali aku dengan rapat(lupakan kawan-kawan biasa), aku sungguh berbeza. Pelik. Barangkali. Ya, barangkali.

Aku nak mintak maaf kat makwe UiTM Puncak Alam. Heh. Aku memang tak tunjuk perasaan beb. Tapi aku sayang kau lebih dari aku sayang kereta aku. Kita dah lama kawan, tapi aku macam tak boleh harap sangat kan? Ini aku cakap khas untuk seorang saja ye. Makwe UiTM Puncak Alam lain jangan nak blushing tak tentu arah. Lempang kang.

Okay, habis satu bab.


***

Memang dah ditakdirkan, journey aku akan jumpa orang yang annoy, atau aku sendiri akan annoy mereka-mereka itu. Tahukah anda, di dalam dunia ini sungguh banyak orang PERASAN hanya kerana sejarah dan latar belakang yang sama dan pernah bersama? Perasaan itu memang akan selalu membayangi walaupun aku menulis secara umum. Jadi, aku guna konsep ini, kalau tidak mahu mengganggu orang lain, itulah gunanya penulisan. Faham?

Tak faham? Ye, entry ini tidak lawak, kalau bosan, boleh tutup.

Okay, salah satu sebab aku tidak ramai kawan rapat adalah aku tidak mahu 'dibayangi'. Dibayangi oleh kata-kata kawan itu sendiri sedangkan diri kita sendiri tidaklah berlebih-lebihan dalam satu-satu perkara. Bukanlah kata aku tidak mahu berkawan langsung, cuma, aku lebih selesa sendiri, memerhati perjalanan dunia dan mengambil sikit-sikit untuk dicantumkan menjadi satu perjalanan baru. Kawan itu perlu bila dalam masalah, dan akan bersama menyelesaikan, bukannya menghangatkan lagi suasana konflik dengan menabur fitnah dan mencari gaduh.

Dalam dunia ni, dalam perhubungan kawan itu berdiri satu individu. Individu yang dianggap kawan rapat yang sebenarnya hanya si batu api. Aku panggil individu ini sebagai 'sidekick'. Ya. Ramai dah aku jumpa. Dialah pakar motivasi, dialah rakan, dialah penolong pengarah yang sebenarnya dia hanya satu lagi individu yang mempunyai masalah lain.

Faham? Kan aku dah cakap tadi, entry ini bosan, kalau tak suka sila tutup.

Aku ada beratus-ratus kawan internet, dan beberapa daripadanya, mempunyai konflik dengan aku. Konflik itu tak kiralah konflik baik atau tak baik. Aku mengaku, aku ada beberapa masalah yang jika aku bandingkan, adalah masalah yang sama. Ya, masalah wanita. Segan nak cakap kat sini, jadi, aku cakap secara umum. Aku kan pemalu. Dush!


Okay contohnya, aku takde kekasih, kau orang sibuk apa? Buat apa aku nak cakap kat orang aku ada kekasih ke tak? Aku je tahu. So, apa-apa masalah, biar aku fikir sendiri.

Aku tak hensem, kau orang pedulik apa? Artis Korea tu korang ingat semua hensem ke? Korang dah pergi Korea ke tengok brader jual karipap tepi jalan kat Korea tu hensem-hensem?

Aku gemuk, kau orang sibuk apa? Kalau aku kurus sekalipun, tapi muka macam belalang kunyit, takde pekdah jugak kan?

Kalau dikaji balik menyusur sejarah lalu, kau akan sedar bahawa kau sendiri akan malu. Aku ingat lagi sejarah lalu yang jika kita fikir secara logik, dan jika dibuat filem sekalipun, aku berada di pihak yang benar. Tak kiralah aku hero yang ditindas atau hero yang jahat sekalipun. Dari segi jalan cerita, jika disuruh undi kepada juri awam, maka senang-senang aku akan menang. Tak perlu 'sidekick' yang melebar-lebarkan cerita dan compare dari permasalahan lain. Itulah akibat banyak sangat tengok drama melayu. Nak-nak line-line drama Spa-Q. Porno lebih. Bedak sekilo tepek kat muka bagi lawa. Gampang. Ha, kan dah menaik darah.

Sebelum aku terpesong lebih jauh, baik aku berhenti. Aku kalau merepek secara serius karang, dia jadi lain. Oh, ya. Sekali lagi aku nak cakap, entry ini hanyalah untuk melepaskan masalah. Kalau tak suka, macam biasa, pergi tulis blog sendiri. Ha, karang sendiri tulis, sendiri menyampah, apa guna ye tak?

Pesan aku kepada sesiapa yang baca entry ini, "Sesiapa yang makan roti butterscotch, dia la rasa butterscotchnya".


***

Semasa aku tulis entry ini, lagu ni keluar dan terus bagi aku semangat.




We'll never know unless we grow, there's so much world outside the door.

Sunday, April 10, 2011

Eksiden

Semalam aku jatuh motor. Tapi takde apa-apa. Yang takde apa-apa tu motor aku je, sebab aku tahan motor pakai lutut. Habis jahanam lutut aku. Dah la pakai seluar pendek. Mintak-mintak tak dapat mak mentua yang jenis periksa lutut.

***

Tadi, aku, Rizal dan Kak Nor pergi mandi sungai kat Semenyih. Masa balik, kami eksiden kat Bandar Teknologi Kajang. Orang langgar belakang. Tapi aku takde ape-ape. Ye, aku takde apa-apa. Takkan la aku nak tahan kereta tu pakai lutut lagi? Dah gila? McGyver pun tak boleh.

Update 1 : Polis ambik repot kat IPD Kajang tu cek men lembab lagi menaip. Berlecak kelangkang aku menunggu.

Update 2 : "Nak saya tampar ke lutut tu?" dia. "Tampar sayang digalakkan," aku.

Update 3 : Kalau mana-mana sekitar Kajang ada brader dapatkan rawatan termakan airbag, itu la brader yang langgar lari tu. Sedap airbag tu bang? Sebelum ni bawak Saga lama je kan, nak sangat tengok rupa airbag Saga BLM tu kan? Hambik...

Saturday, April 9, 2011

Kaki

Kaki aku sebelah kanan makin hari makin sakit akibat jatuh dulu. Dengan John. Ingat? Sekarang, aku jalan pun terpaksa menahan sakit, nak nak dating dengan makwe suka jalan-jalan dalam shopping complex. Jalan sikit-sikit sudah la. Aku bukan bawak test pen nak ketat skru lutut selalu.

Hari-hari kebelakangan ini, kaki aku makin sakit. Duduk tak kena, berdiri tak kena, baring tak kena. Makan laju.

Kelmarin ada jumpa John. Seindia-india John ni, dia pandai jugak berborak dengan melayu minimalis macam aku ni.

Dan tidak ketinggalan, John bagi nasihat kepada aku untuk kurangkan rasa sakit kaki aku. Katanya,

" Kau sapu minyak kiamat la Sani, cepat elok."


Dia maksudkan 'minyak gamat'.

Friday, April 8, 2011

Rindu pada dirimu yeah, na na na, na na na, nanahh...

Tengah buat kerja kat opis, sambil dengar lagu. Ada sorang kawan kat meja belakang.

Tiba-tiba lagu ni keluar kat playlist aku.




Kawan sound dari belakang, " Aku belum pi beli tiket lagi weh," dengan suara rendah.

Kak Zai pulak, mata dah berkilat.


***

Benda lain aku tak rindu. Kecuali hari raya aidilfitri dan makwe UiTM(Ye, saya rindu kat awak, tadi masa call, takkan nak bagitau plak...saya kan tegas dan sombong macam Rambo. Minggu depan lepas exam keluar eh? Eh, eh. Boleh tahan sweet jugak aku ni kan?).

Telur origin

Di kedai makan. Kawan sedang ambil telur rebus untuk nasi lemak.

"Cuba kau check betul-betul telur tu. Takut tiruan. Skang banyak telur tiruan," aku.

Kawan belek telur pakai sudu. Dia angguk kecil.

"Okay, ni telur tulen," kawan.

"Bukan telur rebus nasi lemak tu," aku balas.

"Abis?" dia pelik.

"Dalam seluar kau tu, ori tak?" aku.

"Babi."


***

Pagi itu, aku sarapan sepinggan maki.

Trendy

Lebih kurang sebulan yang lalu, aku setkan gambar ini sebagai profile picture di fesbuk.


***

Beberapa hari lepas tu, mamat ni ikut.


***


Beberapa hari lagi lepas tu, minah ni ikut.


Tengah trend.


Update : Nasib baik muka aku kacak sikit dengan cermin pandang belakang Lamborghini tu.

Wednesday, April 6, 2011

Kawan

Aku ada seorang kawan sekerja. Sepuluh dia cakap, dua belas tak boleh pakai.


***

*Tiba-tiba teringat*

Dulu masa aku sekolah rendah, ada seorang kawan jugak. Dia kuat menipu. Sikit-sikit pun nak menipu. Menipu tu dah jadi budaya. Jadi darah daging. Mungkin masa kecil, ibu bapanya jarang membacakan buku cerita yang ada moral dan binatang bercakap.

Pada suatu hari, kawan aku ni datang sekolah dengan mata yang lebam. Kami rakan-rakan sedarjah jadi tertanya-tanya dan bersifat ingin tahu. Salah seorang daripada kami bertanyakan mengapa matanya lebam. Dia jawab mudah. Dia kena tumbuk dengan pencuri yang masuk ke rumahnya. Dia dikatakan bergelut dengan pencuri itu bersama abahnya. Ada juga dia masuk cerita pasal karate dan doa kebal. Kami angguk.

Kami satu kelas percaya bulat-bulat. Termasuk cikgu Bahasa Melayu.

Cikgu Bahasa Melayu melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga kawan aku ni yang dikatakan rumahnya dirompak oleh kerana kawan aku ni bukanlah dari keluarga yang senang-senang.

***

Petang itu, balik sekolah, aku terserempak kawan aku sedang makan aiskrim mahal. Dia membocorkan rahsia bahawa dia mereka-reka saja cerita dia bergelut dengan pencuri. Sebenarnya, adiknya yang masih belum bersekolah tu menjatuhkan kayu cota pengawal keselamatan abahnya dan terus kena kepala kawan aku ni.

Aku jadi marah kerana aku juga terbabit dalam memberi derma kilat sebanyak 10sen.

***

Kawan aku belanja aiskrim mahal satu, dan kami pulang ke rumah dengan gembira.

Tuesday, April 5, 2011

Ekor

Dia : Kepala saya pening la. Bila bukak mata je, macam ada bintang banyak-banyak macam cerita kartun tu...

Aku : Mungkin awak adalah seekor Minnie Mouse.


Lepas tu dia senyap. Mungkin tengah check ada ekor tak.

Friday, April 1, 2011

April 1

Nak bergurau, esok-esok pun boleh.

April Fool sana, April Fool sini. Disuruh mengaji tak tahu.

April Fool kakak lu!


[Via Blogger-droid]