Wednesday, April 20, 2011

Ini bukan iklan khidmat nasihat

Aku jenis yang dah biasa naik kereta, akan pakai tali pinggang keledar. Kebiasaannya, memang masuk kereta je, aku akan terus tarik tali pinggang. Ini adalah satu contoh yang baik kepada semua pembaca di luar sana khususnya yang membawa kereta. Iyela, kalau dibiasakan, baru la jadi budaya, kan? Jangan besok-besok dah terlantar kat spital, baru nak terhegeh-hegeh fobia tarik bandage balut badan tu nak buat tali pinggang keledar. Tak nurse yang lempang, aku sendiri sanggup datang lempang kau orang kat spital. Beli kereta mahal-mahal sampai setengah juta ringgit, tapi tak tau guna buat apa.

Semalam aku masuk-masuk je kereta, terus aku pakai tali pinggang keledar. Rasa sangat baik dan pemandu berhemah sangat sampai nak jerit kat orang awam yang lalu lalang siapa-siapa ada sedara kerja dekat JPJ suruh tengok sikap aku.

Tapi, aku masuk kereta tu untuk ambil kunci rumah yang tertinggal je. Penat tahu tak nak bukak balik tali pinggang keledar tu? Nasib baik tak bagi signal keluar simpang sekali.


Dilema betul.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau dah mcm tu, bukan takat dah jd budaya, dah siap jd darah daging tu. Tp takpelah, kurang2nya kalau keta tu terbegerak sendiri, tali pinggang dah pakai, takdelah kena saman, ye tak?.

en.sani said...

amboi,cuba nak tegaskan kt sini, kereta sy tu ialah sejenis transformers la ni....jalan sendiri?

shafinaz (: said...

Hahah , dah terlebih berhemah XP

en.sani said...

budaya menunjukkan sikap....

CT NoArIzAh ArIs said...

Silalah ke blog sy abl award kamu yea!
http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2011/04/award-dari-maklong-maaf-lewat-gantung.html

en.sani said...

orait...thanx,akan diusahakan mmbalas...:)