Monday, February 28, 2011

Segan

Aku ingat nak kumpul duit lepas ni nak beli steteskop satu buat check dada sendiri. Doktor sekarang bukan main malas nak check dada aku. Tak kira lelaki pompuan. Tau la dada aku ni seksi. Segan la tu. Tengok drama Spa-Q tak segan? Phuiii!

Aku sakit perut sikit je ni. Kira kalau nak ajak bergonjeng kat luar, boleh lagi ni. Panggil je, memang aku sampai. Kalau aku tak sampai jugak, memang aku tengah tengok drama sedap depan tivi.

Sunday, February 27, 2011

Bengap

Aku ada banyak benda nak ditulis. Tapi, tak tahu nak mula dari mana. Terlalu banyak. Tapi, adalah lebih molek aku pendam saja tak payah bagitau orang lain. Kalau aku bagitau pun, bukan kau orang faham pun. Macam mana nak faham, hati tu dah penuh dengan drama korea dengan akademi fantasia. Berborak pun berat ke artis itu artis ini.

Aku ada satu pesanan dekat sorang mamat ni. Kalau nak jadi bangang, jadilah bangang yang runcit-runcit saja. Tak payah la nak tunjuk bangang yang high definition kat orang lain. Kelak menyusahkan masyarakat.

Faham?

Dah, pegi sambung tidur.


P/s : Aku ni cuti pun macam tak cuti. Lagi serabut otak.

Wednesday, February 23, 2011

Eddy - Bak kata sorang pembaca blog

Oh, lupa nak bagitau. Bela belut ni satu profesion kerja yang bukan calang-calang orang boleh ceburi. Kena sentiasa fokus. Rajin memberi bimbingan dan tunjuk ajar supaya kelak menjadi belut yang berjaya dalam semua aspek kerohanian, jasmani dan pendidikan islam.


Jadi, Edika Yusop aku dah letak dalam peti ais.

Rhythm hujung-hujung

Dekad 90-an itu sangatlah cool. Jika diberi pilihan, aku akan pilih kembali ke zaman 90-an. Bukan kerana aku masih kecil, masih sekolah rendah masa tu, tetapi zaman itu, zaman yang mana fikiran manusia tidak lagi dicemari oleh jiwa-jiwa teknologi dan anasir-anasir yang menjengkelkan dan terlalu bebas seperti internet, fesbuk, Liga Super, akademi fantasia, Justin Bieber, Jom Heboh, Aaron Aziz dan sebagainya.

90-an adalah zaman yang cukup sederhana. Dekad terakhir manusia di zaman ini yang tidak ditindas dengan akibat ciptaan manusia sendiri.

Aku benci dengan hari ini.

Hari ini yang tidak membawa makna.

Hari ini yang cacamarba.


***

Terima kasih sayang. Kau takkan pernah fahami aku. Aku hanya perlu berkata dengan diri sendiri, bahawa aku sedang okay.

Kau tak pernah jauh. Rhythm hati masih aku alunkan untukmu.


***

Terakhir untuk minggu ini. Aku perlu pergi jauh, tinggalkan kenangan, dan kembali dengan hati baru. Yang tidak tercalar dengan duniawi.




"Where were they going without ever knowing the way?"

Aku ingat nak pergi menjerit kejap. Minggu depan kita jumpa. Dan berborak seperti aku dan kamu seperti biasa.

Deal?

*senyum paling manis untuk semua*

Monday, February 21, 2011

Mood

Tahukah anda, yang aku sekarang memang tak ada mood? Dalam pelbagai bidang jugak aku takde mood ni. Fesbuk, blog, ternakan haiwan, sehinggakan ke aspek mengisi topup henpon. Oh, dunia. Kau memang kejam dunia.

Hari Rabu ni aku cuti. Mungkin sampai minggu depan. Aku kena hantar mak aku yang bakal menunaikan umrah pada Jumaat ni. Aku ada merajuk sikit sebab mak aku tak ajak aku pergi umrah sekali. Aku nak jugak pergi umrah. Nak cuci dosa. Nak ubah cara hidup. Nak ubah sikap.

Oh. Doakan sekali pemergian mak aku ke tanah suci nanti.


***




Aku baru nasihatkan sorang makwe tadi. Hidup ini kena mudah. Mulakan dari yang mudah. Contohnya kalau kita ada cita-cita membela haiwan misalnya, mulakan dari haiwan yang mudah seperti semut dan belalang kunyit.

Sunday, February 20, 2011

Budak sekolah zaman sekarang beruntung betul


Zeck : Ni apa benda ni, Sani?

Aku : Alat ujian kehamilan.



Zeck geleng kepala. Mungkin menyesal dengan angan-angan Wawasan 2020, kereta terbang, pintu bilik air hidraulik dan sebagainya.


* Tu correction pen la bongok...

Saturday, February 19, 2011

Cendawan

Tadi aku makan tengahari agak pagi sikit. Lebih kurang pukul 11.59 pagi.

Nasik kosong, pucuk paku, dan cendawan apa entah. Aku syak nama resipi tu cendawan masak neraka. Jadahnya acik tu letak cili macam pesta? Lori cili Cameron Hailen terbalik ke cik?

Friday, February 18, 2011

Tiz Zaqyah

Dah tension melukis, aku berhenti kejap.


Gambar rembat google.


Sekali tengok, Tiz Zaqyah ni macam kena penyakit albino pun ada. Putih dia tak patut betul. Kan?

Adik-adik yang tak tau penyakit albino tu apa, dah tak reti-reti tanya acik google? Tengok porno tak suruh pun pandai.

Thursday, February 17, 2011

Belut saya

Sebenarnya, sejak semalam lagi aku ada bela seekor belut. Ini menambah lagi koleksi haiwan eksotik aku selain dari kura-kura, ikan puyu, lipas kabinet dan bakteria bantal.

Oleh kerana aku tersangatlah sibuk, yang mana aku perlu buat-buat sibuk padahal aku hanya duduk rumah tengok drama korea, jadi aku sudah takde masa nak bagi satu nama yang baik-baik untuk belut aku sebagai bekalan hari muka.

Gambar memang macam gampang tak smart. Kau orang ingat pegang belut ni senang? Macam mencurah air di daun keladi jugak la dia punya payah. Nak suruh posing sikit pun tak paham bahasa.



Okay, sementara aku nak pergi cari nama yang best dekat kamus, kita kenali dululah belut aku ni dengan nama Edika Yusop.



P/s : Belut ni agak liar sikit. Dia tak mesra, tak makan dedak ikan dan tak pandai menyalak. Jadi, mungkin aku akan masukkan dalam kuali jugak satu hari nanti. Tengok la hujung bulan esok macam mana.

Wednesday, February 16, 2011

Anonymousku sayang

Kadang-kadang, terlalu ramai Anonymous ni boleh buat aku keliru. Kalau ingin kenal, aku tak sombong, kenalkan diri anda. Patut nak add fesbuk, YM ke, digalakkan. See, digalakkan.

Aku kenal lebih kurang 18 orang Anonymous, tapi semua aku bayangkan muka macam Tiz Zaqyah. Adalah lebih manis jika beri nama walaupun kamu tiada blog. Sejak akhir-akhir ni, fesbuk aku, blog aku bukan setakat kena stalk, tapi kena hack jugak. Tak sakit hati nok?

Aku ingat nak 'hide' kan pengomen-pengomen Anonymous. Siapa nak komen, boleh letak nama. Sekarang masanya untuk buat kawan. Bikin empayar. Bikin hubungan untuk melihat jalan lain yang wujud antara hubungan itu.

Boleh sayang?

Okay. Aku sayang kau orang semua, lebih dari aku sayang Tiz Zaqyah. Aku tak marah, cuma untuk kesenangan semua. Kalau jiwa aku kacau karang, memang aku malas nak tulis blog. Siapa yang susah? Azwan Ali jugak susah.

Sekian, terima kasih Anonymous. Kamu semua memang mencabar dan sweet.


Update 1 : Aku bagi tempoh beberapa hari, lepas tu, pengomen-pengomen Anonymous perlu letak link masing-masing. Tak kira la link blog ke, link fesbuk ke, link kedai makcik ke, link boipren ke...okay?

Update 2 : Dah marah, lapar... dah marah, lapar. Apa punya perangai la perut ni?

Hadiah saya

Semalam, aku dihadiahkan satu t-shirt yang tersangatlah rare. T-shirt ini dihadiahkan seorang pembaca blog aku yang baru balik dari menyertai perang Vietnam tak silap aku.


Ha. Baju komunis. Kau ada? Rambo kalau nampak, memang dia tak sedap hati.


Vietnam beb. Mana nak cari? Dekat Langkawi pun takde ni. Aku berani potong siku la kalau kat Langkawi ada t-shirt ni. Farid Kamil pun takde.

Ini kalau aku pakai t-shirt ni pergi ronda taman, selisih dengan budak sekolah agama, mesti diorang balik ikut jalan jauh takut kencing malam.

Terima kasih kepada Kak Nuriel untuk t-shirt ni. Dia antara silent reader blog aku(Bang Nahir jangan jeles, kehkehkeh!). Entah macam mana aku nak balas budi ni. Takpe, nanti masa saya kahwin, akak mintak la udang cucuk lidi satu kat bini saya kat meja pengantin ye.

Dia dah bagi hadiah, lu orang bila lagi? Coklat-coklat ke, pelekat peti ais gambar Carla Bruni ke, buah kiwi ke, penguin ke, kayu besbol ke. Ha? Bila?



P/s : Siapa pergi Indonesia, bagitau awal-awal. Aku nak kirim Luna Maya dalam 2 kilo.

Monday, February 14, 2011

Bukan-bukan

Ni apa gampang aku post bukan-bukan ni? Nak kena lempang? Ini semua salah valentine!

Sisa-sisa

Yang pertama itu walaupun tidak sempurna,
ia berusaha memberikan terbaik dari ketidaksempurnaan.

Yang kedua itu dirasakan sempurna,
kerana telah ditampal dari sisa-sisa yang pertama.


***

Cinta kalau nak buat main-main, dia punya sedap mula-mula je. Biarlah yang pertama itu memerhatikan kau menghancurkan diri sendiri dari projek cinta kedua.

Aku tengah bikin empayar di celah-celah keruntuhan kota cinta. Itu lagi seronok.


*gelak*

Aku ingat nak couple ngan kau minggu depan. Dah penat berahsia. Amacam sayang?

Sunday, February 13, 2011

Pilihan di tanganmu

Kita tak perlu,
berjalan lebih jauh ke dunia yang kita reka sendiri.
Andai semakin jauh kita berjalan,
sekali terjatuh pasti luka itu parah.
Parah yang tidak mungkin kau maafkan.

I'm alone,
I don't know if I can face the night,
I'm in tears,
and the cryin' that I do it for you.
Baby, come and save me tonight...

Rindu itu sentiasa ada.
Rindu itu hadir tiap titis hujan.


-en.sani-


***

Anonymous mengomen,

" bla bla bla bla....tp betul ke xde makwe ni??mcm xcaye je...gaya mcm kasanova je..."


***

Semalam, ada sorang makwe sms,

" Sani, bawak la makwe datang Putrajaya! "

Aku balas,

"Mana ada makwe cik adik oi...single dah nak 3 tahun ni."

Dia,

" What the fish?!!"



*gelak* Kenapa. Muka aku ni hot sangat ke nok?

Sambutan Valentine's Day saya

Treeettt...(SMS masuk)


Aku bukak inbox, dari Selkom. Selkom ni kalau tak kacau orang tidur memang tak sah.

"Raikan cinta dengan menghantar ucapan cinta paling romantis sempena Valentine's Day ini. Dail 5**** dan bla bla bla kepala bana..."


Aku reply balik sekali henjut,

" Valentine's apak kau! "



Edit : sebenarnya 14hb Februari ni cerita dia perit sikit bagi aku...kehkehkeh.

Saturday, February 12, 2011

Header


Amacam header ni. Ada can nak kena lempang tak?

Gambar kaki tu malas pakai dah. Nampak sangat menulis blog pakai kaki.

Bahasa

Aku : Sebenarnya, selain Negori Sembilan, saya tau jugak bahasa lain.

Dia : Interesting... Bahasa apa lagi?

Aku : Saya boleh cakap Korea.

Dia : Iye ke? Bagi contoh sikit...


Aku tarik nafas dalam-dalam.


Aku : KO-RE-A...



Dushh! Nampak gaya macam ada bunyi orang tomoi guna siku di hujung talian.

Draft

Tadi aku belek inbox henpon HTC aku. Dekat bahagian Draft, aku ada nampak satu mesej yang agak pelik yang tak mungkin aku tulis. Kalau aku tulis mesej macam itu, itu bermakna aku adalah paranormal.

"Adik sayang papa dan umi sayang. Sayang along. Sayang semua. Nanananaaaa..." kata itu Draft.

Ini aku syak masa aku balik kampung aritu, sepupu-sepupu kecik aku yang main-main henpon aku. Henpon aku bukan main kompleks macam ni pun boleh budak-budak bukak? Siap tulis mesej. Budak-budak sekarang lain macam betul dia punya cerdik.

Aku dulu masa darjah 3, kalut lagi main tanah.

Thursday, February 10, 2011

Kamus Negori

Yang masih tak tahu, aku ni orang Negeri Sembilan. Lahir kat Negeri Sembilan. Membesar kat Negeri Sembilan. Makan nasik kat Negeri Sembilan. Sekolah kat Negeri Sembilan. Ada 5 tahun saja aku dapat melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti memasak di Kansas. Masa study dekat Kansas, aku pernah lempang budak Kansas satu kali.

Okay, ini bukan cerita Kansas.

Kadang-kadang, kalau aku dah teruja, slanga Negori aku secara automatik terpacul dari mulut. Dan itu ternyata membingungkan rakan-rakan aku yang rata-rata berasal dari Australia, Kanada, Mexico, Emiriah Arab Bersatu dan Kelantan.

Perkara ini terjadi petang tadi apabila aku sedang memancing, John yang merupakan seorang india bertanya aku apakah maksudnya 'kono libeh' semasa minda bawah sedar aku berkata sendirian memaki ikan tak makan pancing.

Adalah lebih molek aku bagi sikit kamus Negeri Sembilan-Bahasa Melayu bagi menambah pengetahuan anak-anak didik semua ya [cakap sambil ejas cermin mata cutting cikgu].


kono libeh - kena libas
dihimpap - dihimpit
spikar - speaker/pembesar suara
telibisen - televisyen
bega - degil
pembongak - pembohong
stedeng spot - stereng sport(ni ada tok sedara aku cakap, kahkahkah!)
jenereta - generator
azlan and the teippreta - Azlan and the Typewriter


Contoh ayat : Semaso memanjek pagar bagi mengelak dari kono libeh dek pak guard, Kassim tolah dihimpap oleh sebijik spikar yang disambungkan kek telibisen kodai makan lalu kantoi bodoh dongan pak guard. Osah eh bega Kassim ni. Dio tolah menggunokan kepakaran eh sebagai pembongak sejati dengan mengato an yang dio dari kodai aksesori keto sebolah tu sobab ngusha stedeng spot. Keto ey yang bunyi macam jenereta tu, stedeng eh dah patah anak eh gigit. Last sekali, Kassim melembutkan hati pak guard dengan menyanyikan lagu dari kumpulan Azlan and the Teippreta.

Wednesday, February 9, 2011

Larut

Orang kata, hati perempuan ni lembut macam gula kapas. Mudah larut di lidah. Maksudnya mudah cair dengan kata-kata.

Larut di lidah kepala bana.

Ni hati aku sapa nak larutkan? Ahmad Albab?

Haiwan peliharaan saya

Sebenarnya, beberapa hari lepas, aku baru bela makwe baru. Tapi dia merupakan seekor kura-kura kecik sepanjang 2 inci setengah. Memandangkan aku mempunyai latar belakang membela tupai, musang pandan, dua ekor kaktus dan beberapa ekor lipas kabinet semasa kecil, aku diberi kepercayaan oleh sepupu aku yang merupakan pemilik asal kura-kura itu untuk membelanya memandangkan sepupu aku bakal mendapat cahaya mata pertama beberapa bulan lagi dan sudah tentu tidak mahu berbahagi kasih sayang antara anak dan kura-kura.



" Makan empat kali sehari. "

Aku angguk tanda faham.

" Air jangan letak banyak, paras ni je, " sambung sepupu aku sekali lagi sambil jari tunjuk ke akuarium kecik.

Aku angguk.

" Nama dia Ming Ming, " katanya lagi sambil isterinya tersenyum tanda setuju.


Aku geleng kepala. Aku dah syak, ini semua pengaruh rancangan kanak-kanak yang jenis bercakap sesama binatang tu. Ala, yang kura-kura berkawan dengan itik kuning dengan tikus belanda pakai topi tu la. Wonder Girls ke hape entah. Cakap Joe Jambul kang, dah tentu la salah.


" Orang nak tukar nama dia. Ming Ming tak sedap, " kata aku.

Sepupu, " Nama apa? "


Aku berfikir panjang selama 4 saat untuk mencari nama yang baik-baik dan boleh masuk syurga.


" Juliana. "


Aku melihat kura-kura itu mengangguk tanda setuju sambil mengesat mata yang mula berkaca-kaca.



Nama dia sekarang Juliana. No more Ming Ming. Nama Ming Ming tu sesuai bagi kat ayam sabung je.

Tuesday, February 8, 2011

Semalam aku bermimpi, di dalam hujan ku berlari, berlari mencari, memanggil-manggil namamu yang sempurna...

Jangan terbang terlalu tinggi, jika terjatuh parah. Usah angan-angankan kesempurnaan sebelum menepuk dada sendiri. Usah terlalu bebas terbang jauh sehingga kau lupa sarang sendiri.

Aku kenal kau luar dalam. The best you ever had is just a memory and those dreams, baby.


***

Senyum aku hanya senyum kosong. Tiada sehari yang berlalu tanpa ku mengingatimu.


Berbahagialah dengan cara yang molek, seperti yang pernah aku ungkapkan dulu. Ingat, dengan sesiapapun, aku tak rela melihat kau kecewa, lagi.

Monday, February 7, 2011

Cairo oh Kaherah

Kawan, " Teruk betul kat Mesir skang eh...darurat! "

Aku balas setenang air di kali, " Kalaulah firaun Tuthankhamun masih hidup, dan dia melihat keadaan di Mesir ketika ini, pasti dia akan mati semula."

Kawan, " Ha? "

Aku ketawa dalam hati.


***

Esok aku ada tugas negara sikit. Nak drive kapal terbang Charlie ke Kaherah. Tak ramai anak melayu yang ada kebolehan macam ni. Rata-rata lebih gemar menangis menonton drama Spa-Q, lepak shopping kompleks dan menonton video porno.

Tuesday, February 1, 2011

Seminggu

Dan sudah tentulah yang sejahat-jahat mulut itu dari golongan wanita. Dan yang sebaik-baik mulut juga dari golongan wanita. Dan yang bermulut busuk itu Dr Rozmey.


Aku nak cuti seminggu. Aku sudah bosan dengan ini blog! Selamat menyambut hari raya arnab!

Makan tengahari yang fokus

Makan tengahari di restoran entah mana-mana area Kota Warisan.


Makwe : Minum bang... [senyum manis]

Aku : Erm...sirap. [senyum super manis]

Makwe : Makan bang?


Aku cari-cari list menu atas meja. Takde. Atas dinding. Pun takde.


Aku : Apa makan ada?

Makwe : Goreng-goreng ada. Ikan. Sayur. Semua ada bang...

Aku : Amboih, hebat. Kalau macam tu, bagi saya memerang masak stroberi...


Ha. Kan dah merah muka kau. Silap sikit je tu. Dengan mat rempit boleh kau silap cakap, dik. Dengan abang, kau kena fokus.