Wednesday, February 9, 2011

Haiwan peliharaan saya

Sebenarnya, beberapa hari lepas, aku baru bela makwe baru. Tapi dia merupakan seekor kura-kura kecik sepanjang 2 inci setengah. Memandangkan aku mempunyai latar belakang membela tupai, musang pandan, dua ekor kaktus dan beberapa ekor lipas kabinet semasa kecil, aku diberi kepercayaan oleh sepupu aku yang merupakan pemilik asal kura-kura itu untuk membelanya memandangkan sepupu aku bakal mendapat cahaya mata pertama beberapa bulan lagi dan sudah tentu tidak mahu berbahagi kasih sayang antara anak dan kura-kura.



" Makan empat kali sehari. "

Aku angguk tanda faham.

" Air jangan letak banyak, paras ni je, " sambung sepupu aku sekali lagi sambil jari tunjuk ke akuarium kecik.

Aku angguk.

" Nama dia Ming Ming, " katanya lagi sambil isterinya tersenyum tanda setuju.


Aku geleng kepala. Aku dah syak, ini semua pengaruh rancangan kanak-kanak yang jenis bercakap sesama binatang tu. Ala, yang kura-kura berkawan dengan itik kuning dengan tikus belanda pakai topi tu la. Wonder Girls ke hape entah. Cakap Joe Jambul kang, dah tentu la salah.


" Orang nak tukar nama dia. Ming Ming tak sedap, " kata aku.

Sepupu, " Nama apa? "


Aku berfikir panjang selama 4 saat untuk mencari nama yang baik-baik dan boleh masuk syurga.


" Juliana. "


Aku melihat kura-kura itu mengangguk tanda setuju sambil mengesat mata yang mula berkaca-kaca.



Nama dia sekarang Juliana. No more Ming Ming. Nama Ming Ming tu sesuai bagi kat ayam sabung je.

13 comments:

yayala.. said...

ade 4 eko anak : name die, totty, oked. kiki & lala. dulu kecik comel mcm ni.skrg dah besau gajah -___-''

nuwuwuda said...

hai Juliana

CN said...

Ada 2 ekor ank kura2...tapiiii..lum register namanya.....letak dlm akuarium ikan 4 kaki panjang....air penuh...terkial2 kura2 tu nk naik ke darat !!

zalim x aku ?...hahahaha...

Jo Qusary said...

hehehe... nasib baik ko tak letak nama Jo Qusary kat kekura tu...

en.sani said...

yaya: napa nama mereka tak letak peterpan? baru la tak besar2...

nuwuwuda: 'hai kak',kata juliana mesra petronas...

CN : mmg kejap,sekurang2nya letak la jongkang jongket bg dia terhibur sikit...

jo: ada gak terfikir nak letak,tp memandangkan kau pun peguam,aku agak berhati2 sket dgn tindakan aku...

absyaB3$h said...

juliana, rebecca, soraya.. pengaruh tv banyak ensani nih.. jap lagi ada la fasha, nora yg menyusul nih..

bdw hi juliana

en.sani said...

penah dgr org letak nama kucing dia ajis, harun? ada tau...

absyaB3$h said...

haha..tp siyes, pernah jumpa org namakan kambing perliharaannya - tomok.. wow, sgt emo kambing tu

en.sani said...

kambing kan rambut belah tengah...malah lebih enonoh jika diletak nama edika yusop...

ayne malas on9 said...

macam kura2 pelastik lahh

* http://norainiazhari.blogspot.com

en.sani said...

gambar mmg la nmpak plastik.kalau gamba tu bergerak, itu bukan gambar namo ey...tu wayang kulit...

Anonymous said...

adoiii aiiii...lawak tulll :D

en.sani said...

uiii...apo yg lawak tuuu...