Wednesday, February 23, 2011

Rhythm hujung-hujung

Dekad 90-an itu sangatlah cool. Jika diberi pilihan, aku akan pilih kembali ke zaman 90-an. Bukan kerana aku masih kecil, masih sekolah rendah masa tu, tetapi zaman itu, zaman yang mana fikiran manusia tidak lagi dicemari oleh jiwa-jiwa teknologi dan anasir-anasir yang menjengkelkan dan terlalu bebas seperti internet, fesbuk, Liga Super, akademi fantasia, Justin Bieber, Jom Heboh, Aaron Aziz dan sebagainya.

90-an adalah zaman yang cukup sederhana. Dekad terakhir manusia di zaman ini yang tidak ditindas dengan akibat ciptaan manusia sendiri.

Aku benci dengan hari ini.

Hari ini yang tidak membawa makna.

Hari ini yang cacamarba.


***

Terima kasih sayang. Kau takkan pernah fahami aku. Aku hanya perlu berkata dengan diri sendiri, bahawa aku sedang okay.

Kau tak pernah jauh. Rhythm hati masih aku alunkan untukmu.


***

Terakhir untuk minggu ini. Aku perlu pergi jauh, tinggalkan kenangan, dan kembali dengan hati baru. Yang tidak tercalar dengan duniawi.




"Where were they going without ever knowing the way?"

Aku ingat nak pergi menjerit kejap. Minggu depan kita jumpa. Dan berborak seperti aku dan kamu seperti biasa.

Deal?

*senyum paling manis untuk semua*

2 comments:

orangorang said...

nape yg cm frust na je bunyik??ce cte ce cte..hahahaha..ha nti agak2 ade keychain dr arab pn jd lah ye hehehe..

en.sani said...

tak yah cite...ini lama punya bengang,sekali dah keluar mmg rasa sakit hati...keychain arab?padang pasir nak?