Monday, December 14, 2009

Kek coklat mama dan Tiger Woods.

Kan hari tu MMU Staff Award. Ada la beberapa kelab student buat jualan untuk mengisi kantung untuk tambah-tambah dana nak buat annual dinner.

Aku saja jalan-jalan. Dengan seorang kawan yang sudah berumur, En. Azhar. Kami berborak mengenai hal ehwal semasa seperti Sukan SEA, monopaus, Nur Kasih dan Tiger Woods. Semasa melalui sekumpulan student yang entah jual apa, tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara. "Bang, singgah bang, macam-macam ada."

Aku tengok entah apa binatang dia nak jual. Atas meja cuma ada kotak macam kotak piza. Aku buat muka kerut, sambil bertanya, "Apa kau jual dalam kotak tu?"

Sambil dia buka kotak, dia cakap, "Tengok lah bang, sedap ni."

Aku dan kawan aku pandang sesama sendiri, sambil berteriak hampa, " Laa...kek coklat rupanya. Mati-mati aku ingat One Drop Perfume!"

En. Azhar dan student tu terus berderai gelak seraya matanya terus berkaca menahan air mata.

2 comments:

aku tiada nama said...

"Kami berborak mengenai hal ehwal semasa seperti Sukan SEA, monopaus, Nur Kasih dan Tiger Woods. "

ayat macam sial...hahahaha!!!

-en.sani- said...

tiger woods kan jiran sekampung aku, jadi kena la amik tau sikit...