Thursday, December 17, 2009

Kesucian rohani dan jasmani milik aku rupa-rupanya masih tidak membantu.

Semalam, habis saja tengok mak aku kat Hospital Seremban, aku gerak balik naik motor ke MMU Cyberjaya. Lebih kurang pukul 10.30 malam time tu. Sampai saja Salak Tinggi, motor aku haus nak petrol. Aku layankan aje. Berhenti kat Shell Salak Tinggi, Sepang.

Masa tu hujan masih turun. Aku ambil keputusan redah saja. Kalau hujan tu turun bara api, baru aku tak teruskan perjalanan. Masa baru nak start jalan, motor rasa berat. Tapi masa tu aku yakin, hantu masih belum cukup masa nak sakat aku. Belum pukul 12 malam pun. Lagipun, sebelum aku gerak naik motor tadi, aku dah siap-siap baca doa dah. Doa cepatkan jodoh. Doa makan, petang tadi aku dah baca dah. Jadi, dari segi rohani, aku rasa dah cukup kukuh.

Aku turun. Tengok apa yang patut. Lain macam je berat.

Belek-belek tayar belakang. Aik, sejak bila pulak aku pakai tayar musim salji ni, penuh paku berceracak. Celaka, baru aku tau, motor aku baru saja kena jerangkap samar. Aku tak percaya, 12 batang paku kena tayar belakang aku. Sebijik dah jadi tayar musim salji.

Malam tu, RM40 ringgit gak melayang suruh kawan kat MMU datang tukar tiub. Macam tau-tau je pukul 12 malam tu gaji MMU masuk. Celaka lagi sekali.

12 batang paku tu aku ambil, bawak balik. Aku ingat, esok aku nak pegi kedai, tempah frame nak framekan paku tu untuk buat kenangan.

2 comments:

aku tiada nama said...

"Lagipun, sebelum aku gerak naik motor tadi, aku dah siap-siap baca doa dah. Doa cepatkan jodoh. Doa makan, petang tadi aku dah baca dah. Jadi, dari segi rohani, aku rasa dah cukup kukuh."

lagi macam lahanat... baru baca doa makan dah kukuh rohani...hahahahah!!!

-en.sani- said...

sekurang-kurangnya aku berdoa...tak mencarut.kan?