Friday, April 30, 2010

Iron Man 2

Siang tadi, aku pergi tengok Iron Man 2. Di hari pembukaan. Aku kan cepat terpengaruh. Mula la bila naik tren komuter, tengah sesak-sesak macam sardin dalam tren tu aku nak berkhayal.

Khayalan aku berbunyi begini :

Kalaulah sut Iron Man tu ada jual di pasaran gelap, memang aku sambar sebijik. Pasaran gelap pun kena tengok juga made in mana. Buatnya Made in China, sah-sah takde aplikasi GPS dan kamera 3G. Silap-silap nak masuk simcard pun tak muat.

Okay. Padam. Sut Iron Man tidak pakai simcard.

Kalau aku ada sut Iron Man tu, memang aku balik rumah pakai terbang je.

Orang kata, sebelum keputusan dibuat, sila fikir banyak kali.

Oleh kerana aku dah fikir banyak kali, mengenangkan aku ni ada sindrom gayat, jadi, aku kensel lah nak balik rumah dengan cara terbang. Orang terbang mana ada masa nak berhimpit dengan makwe dalam tren. Kan kawan-kawan?

Pengalaman mencabar aku kecik-kecik

Aku masa kecik-kecik memang sukakan cabaran. Bila dah besar saja tak suka. Masa darjah lima, kalau mak aku keluar pergi Mahkota Parade, kalau tak dapat ikut memang kecewa tahap gaban. Tapi, bukan selalu dapat ikut pun. Nak pujuk punya pasal, mak aku beri pilihan untuk kirim apa-apa saja. Kecuali benda-benda permainan tak berfaedah dan mahal, memang mak aku takkan beli. Kalau setakat raket badminton, buku mewarna power rangers, pensil warna ataupun air 100 plus, memang mak aku boleh beli. Selagi tidak melibatkan wang keluar secara pukal. Nak-nak pula aku ada tiga beradik, sorang dah beli, mesti semua nak. Susah jugak jadi mak. Nasib baik mak aku lahirkan aku sebagai lelaki. Aku ingat lagi nurse dekat Hospital Tampin punya dialog, " It's a boy! ". Ye, aku memang lelaki. Tak puas hati lagi ke nurse? *kejap check balik...oh, betul lelaki...fuh...*

Satu hari, mak aku cakap nak keluar pergi Mahkota Parade. Zaman itu, kalau sebut saja Mahkota Parade, memang budak-budak bayangkan syurga, walaupun tak pernah lagi masuk syurga. Nak ikut sama memang mak aku tak bagi. Sebab itu urusan kerja katanya. Cis. Kukuh punya alasan memang tak dapat aku nafikan. Takkan mak aku kerja, aku nak merayau sorang-sorang. Aku baru darjah lima. Risau pula kena culik dengan rasaksa. Lagipun, Ultraman mana ada kerja dekat Malaysia. Kalau aku jerit sekalipun, macam lah Ultraman yang dekat Jepun tu boleh dengar.

Oleh kerana tak boleh ikut, mak aku bagi aku satu pilihan barang. Satu saja. Aku dan adik lelaki aku fikir barangan terbaik yang boleh dikongsi bersama tanpa kejadian kelahi yang menyakitkan badan. Oleh kerana kami adik beradik sukakan cabaran, kami putuskan secara sebulat suara untuk suruh mak belikan kami satu set jigsaw puzzle. Permainan yang susun-susun kepingan gambar tu. Masa itu zaman, memang tengah naik itu permainan. Lagipun ia menguji kecekapan pemikiran. Sesuai untuk aku yang berotak tajam.



" Mak, beli yang susah-susah sikit gambar dia. Kitorang kan terer. "

" Okay..."



Malam itu, mak pulang dengan yang dijanjikan. Sekotak jigsaw puzzle dalam plastik Mahkota Parade. Kami adik beradik gembira bukan kepalang. Seperti menang pilihan raya dia punya feeling. Tak makan malam pun takpe. Sua la sate ke, sup ekor ke, KFC ke, dah tak pandang. Barang baru punya penangan.

Jigsaw puzzle gambar pemandangan taman. Wow. 500 keping. Memang mencabar. Aku dan adik terus senyum sama sendiri. Kacang je ni, kata aku dalam hati. Aku syak adik aku pun berkata begitu.

Tanpa teragak-agak, malam itu juga kami huraikan setiap keping puzzle dalam tapak yang disediakan. Wah. Banyak sungguh. Sebelum ni main susun puzzle yang runcit-runcit saja. Gambar Mickey Mouse, Daisy Duck, Sesame Street semua dah kami setelkan. Tapi puzzle tu tak sampai pun 40 keping. Kali ni 500 keping. Memang banyak sikit masa nak buat. Takde lah bosan.

Kami start buat malam itu. Kacang la katakan.



***


Esok petang, kami berada di padang. Kami main pasir.

Kami tertekan kerana satu bucu pun tak matching betul-betul puzzle tersebut.


***


Seminggu kemudian, wan aku jadikan kepingan kecil puzzle itu sebagai umpan api untuk bakar ikan.

Thursday, April 29, 2010

Ungkit

Aku dekat mamak petang tadi. Minum-minum sementara nak ada mood untuk tengok tv. Sehinggalah ada satu mamat sebelah aku cakap dengan kawan beliau.


" Aku kalau jadi Anang memang aku lempang Kris Dayanti tu! "


Benda dah lama pun nak ungkit-ungkit brader ni apahal? Buat kecoh tengah-tengah orang ramai. Kang aku pulak lempang dia karang.

Tuesday, April 27, 2010

Bercuti kerana ikan

Sekarang, aku tiada hati mahu menulis. Kerana, jari aku cedera banyak kerana terkena sirip ikan siakap. Ada masa, aku kasi masuk dalam blog itu ikan.

Hari ini, aku dan Rizal dapat 6 ekor. Tak habis kami makan. Jadi, siapa-siapa yang rasa rela hati nak temankan kami habiskan ikan-ikan siakap ini, sila hubungi aku. Wanita diutamakan. Kalau ada pakwe, tak payah. Badan aku sakit-sakit lagi kalau nak gaduh.

Ah. Lisa Surihani pun boleh. Miley Cyrus juga boleh. Ah. Tomok tak payah.

Monday, April 26, 2010

Bosan

Aku kalau bosan, memang aku cepat marah. Lepas tu, aku memang rasa nak makan je walaupun tak lapar mana. Aku harap, esok aku tak bosan. Sebab, duit dah tinggal sikit nak beli makan.

Oh ya, sebelum aku terlupa. Aku harap, budak yang cakap aku 'JAMBU' tadi sedar, dia adalah lelaki. Celaka. Aku lelaki la woi!

Geli okay!

Lisa

Itu hari, aku add Lisa Surihani di Facebook. Aku cakap, "Hye cik Lisa..." di wall nya.
Tiga hari lepas tu, dia tidak juga balas-balas.

Takpelah Lisa. Perasaan aku macam, awak sudah cantik. Awak tak perlukan saiya.

Sunday, April 25, 2010

Kerja kerajaan

Semalam, Encik Keril dapat berita gumbira. Dia dapat kerja government di pejabat pendidikan Melaka. Aku tumpang gembira. Sebelum itu, kami raikan dengan lapan buah lagu di Mahkota Parade.

Sebagai kawan, aku ingin beri tips berguna untuk Encik Keril kita mengharungi hari pertama sebagai kerani kerajaan.

a) Masuk ofis hari pertama, beri salam, dan jangan pandang makwe dulu, sebab, ia bakal buat kau pressure.

b) Bila dapat tempat duduk, jangan duduk terkangkang. Sebab, aku tau, bila kau terkangkang, ia amatlah lucah sangat. Ingat, kau bukan tukang urut. Kau bakal dapat pencen kelak.

c) Waktu minum pagi dan makan tengahari adalah tidak jauh beza. Jadi, hari pertama kau harus bijak untuk membahagi masa supaya tak ketara. Tolong jangan buat aku sebak dengan nasib kerajaan kerana menggaji pekerja seperti kau.

d) Jika nak hisap rokok pung pang pung pang, sila join dengan pakcik guard di bawah, kerana, beliau lebih tahu mana port yang sesuai untuk aktiviti keji tersebut.

e) Jangan buat-buat pandai dan tunjuk pandai dekat akak pakai tudung labuh, kerana, risau dia akan buat aduan gangguan seksual ke ketua jabatan.

f) Jika ada makwe tegur, jangan cakap bahasa baku. Kerana, makwe kerja kerajaan sekarang dah stylo. Lepak pun dekat Mahkota Parade hujung minggu.

g) Bila ada makwe tanya tentang latar belakang, tolong beritahu kau ada kawan sekacak Farid Kamil...

h) Dan, last sekali, jangan bagitahu yang kawan sekacak Farid Kamil tu adalah aku...please...


Sekian, semoga hari pertama kau sebagai pekerja kerajaan berjalan lancar. Motor EX5 kau cek betul-betul, takut tak boleh start pagi karang, naya.



Besok nak kawin anak orang senang,

" Keje mane budak Keril tu?"

"Keje kerajaan..."

" Untung bakal isteri dia..."

Bila aku tak percaya, bermakna, aku tak percayalah...

Aku kadang-kadang tak percaya sangat dekat iklan di tv. Puas la orang tv tu tipu aku, aku tetap kurang percaya. Tapi, oleh kerana ingin mencuba, aku 'terbeli' la produk kecantikan lelaki yang diberi tajuk Loreal Men Expert, White Active oil control. Menyembur aku sebut aih. Yang dalam iklan Aaron Aziz jadi dia punya pak pacak. Dah sebulan lebih jugak aku pakai itu barang.

Dua hari lepas, aku balik kampung. Tak ramai yang ada di kampung. Jadi, aktiviti harian aku adalah mandi air Gunung Tampin. Mandi sampai lebam. Dah lebam baru naik. Lepas tu, balik rumah tidur pung pang pung pang apa semua. Bangun mandi, dan cuci muka dan tidur balik sampai lupa makan malam.

Semalam, mak aku baru balik dari Seremban, dan baru dapat aku jumpa.


Mak : Hairus, kau banyak kerja dalam aircond ke?

Aku :
Takde la. Biasa je. Nape?

Mak : Takde lah. Muka kau nampak putih dan cerah.


Aku histeria.

Thursday, April 22, 2010

Entry sebelum bercuti panjang kerana ingin melanjutkan pelajaran di Auckland, New Zealand (merujuk kepada jiran aku)

Sesiapa yang kerap berbual dengan aku, memang tahu aku tak banyak cakap. Kalau sampai saja time aku bercakap banyak, bagi aku 10 minit cakap, suara aku akan mula serak. Siapa cakap dalam handphone dengan aku lama-lama tahu la macam mana. Cuba bayangkan bila aku karaoke. Mula-mula suara aku macam Aliff Aziz, lepas 10 minit, suara aku transform jadi serak-serak basah persis Bryan Adams. Tambah lagi 10 minit, jadi Rob Steward. Asmawi Ani takde.

Aku ni jenis memang tak banyak cakap. Aku lebih fikir dari bercakap. Tapi, aku ada masalah bila bercakap banyak.

Misal kata aku tengah berbual pasal satu tajuk ni, beri aku 5 minit untuk aku terpesong dari tajuk sebenar yang tengah dibualkan.


Contoh ayat :

Aku : U dah makan?

Dia : Dah, baru lepas makan KFC.

Aku : Owh. Sedap tu. Makan dekat mana?

Dia : Dekat Putra Perdana.

Aku : Putra Perdana tu yang dekat sebelah kedai pancing tu eh?

Dia : Tak pasti. Tak minat kot.

Aku : Betul la ada kedai pancing situ. I beli mata kail situ. I penah pegi kedai pancing situ. Nak tahu tak, rekod I dapat ikan adalah toman lapan kilo, sampai sekarang keluarga I masih tak dapat meleburkan lagi rekod bersih I tu. Masa tu I baru berumur 14 tahun. Lepas tu, bla bla bla......


Macam mana dari cerita pasal makan KFC terus aku cerita rekod ikap terbesar dalam sejarah keluarga? Tapi, itulah aku. Ramai makwe tinggalkan aku mungkin sebab ini lah. Lagipun, kalau tak sibuk pun, aku akan cakap aku sibuk.



Contoh ayat :

Dia : U, tengah watpe?

Aku : Tengah wat kerja ni. Sambil buat drawing gunung-ganang.

Dia : Owh, ingat free tadi, baru nak ajak makan.

Aku : I sibuk sangat ni, I risau, kalau I tinggalkan kerja ni, I takkan ada mood yang sesuai untuk menghabiskan kerja ni mengikut waktu yang ditetapkan. Lagipun, Perancis mungkin akan lumpuh jika Nicholas Sarkozy dan Carla Bruni pergi honeymoon tanpa memikirkan rakyatnya.

Padahal, masa tu aku tengah minum kopi-o ais sambil layan betis dekat kedai mamak.



Misal kata aku tengah berbual, tiba-tiba aku speechless, tolong jangan pandang aku pelik. Sebab, masa tu mungkin aku sudah tiada apa mahu cakap. Tolong jangan salahkan malaikat sedang melintas. Jadi, seharusnya, mulakanlah dengan tajuk-tajuk baru yang merangkumi aspek yang lebih meluas, dan bonus jika tajuk itu adalah yang lebih ada kena-mengena dengan kau dan aku. Peh. Ayat macam majalah.

Lagi satu, jika kau orang tak minat satu-satu benda, tolong jangan ajak aku berbual pasal apa yang kau tak minat tu. Sebab, aku boleh trace ketidak-minatan kau ke atas topik tersebut. Dan aku, akan jawab sambilewa walaupun itu topik yang aku minat. Apa cerita kau suka barang mekap, lepas tu nak berbual topik memancing dengan aku? Jika itu terjadi, aku akan mula membayangkan ikan patin lengkap dengan gincu dan pemerah pipi. Macam badut. Oh, lupa pula, bulu mata palsu. Ikan patin takde kelopak mata.


Ye, jiwa aku kompleks sikit. Lebih kompleks dari Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.


Okay, sekarang aku tengah ada mood untuk menulis. Esok jangan nak pandai-pandai cakap aku jarang update la, itu la, ini la. Aku ada lapan lagi perkara yang aku dah tulis, tapi malas nak Publish Post. Sebab, kalau banyak-banyak hantar, orang Malaysia sekarang malas membaca. Baca satu hal, dah baca malas pulak nak komen.

Aku sebak mengenangkan kerajaan yang membazirkan berjuta-juta pound sterling hanya untuk membuat iklan khidmat masyarakat tentang pentingnya sikap membaca tak kira di mana anda berada, perpustakaan, gazebo, rumah papan, kafe siber, hentian Puduraya, dalam LRT, hatta di rumah urut juga pentingnya membaca. Tapi, siapa peduli?

Hey, rakyat Malaysia. Ingat sikit ke belanja nak upah Siti Nurhaliza menyanyi lagu "Marilah Membaca" tu? Bukan runcit-runcit punya penyanyi tu. Kau orang ingat senang ke aku nak sound-sound orang guna nama Siti Nurhaliza ni?

Bila Nicholas Sarkozy, Carla Bruni, ikan patin, Kompleks Tabung Haji dan Siti Nurhaliza berada dalam satu entry sekaligus, bermakna aku serius.

Serius gila.




** Err...Siti Nurhaliza ada ke nyanyi lagu Marilah Membaca? Siapa kaki tengok RTM, sila berikan kebenaran.

Perasantan

Bila aku kata, aku tidak menarik lagi seperti aku berusia satu tahun 23 tahun lepas, itu memang benar. Tapi, bahagian pipi tetap sama. Tembam.

Semalam, aku pergi jalan-jalan. Bila aku cakap jalan-jalan, bermakna aku tipu. Aku naik motor. Jalan sikit saja. Dari rumah nak ke motor parking, lebih kurang 100 langkah. Tapi kalau nak cepat, 5 langkah saja. Tiga kali percubaan, aku terus terjun tingkat dua terus naik motor macam Suria Perkasa Hitam.

Berbalik kepada perenggan sebelumnya, semasa aku nak isi minyak, seorang makwe (ini apahal semua cerita aku ada makwe ni??) dekat Petronas (Petronas lagi...) beratur di sebelah aku. Aku dekat tangan ada coklat Cadbury dengan air Red Bull. Aku letak dekat kaunter sebelah makwe tadi.

Makwe kaunter terus ambil coklat dengan air tin aku masa makwe sebelah tu nak bayar. Boleh tahan makwe tu punya mata. Lawa. Mata nangis orang cakap. Peh.


" Eh,dik, tu abang punya barang. " aku pantas cakap.


" Owh, ingatkan sekali dengan dia. " balas makwe kaunter merujuk ke makwe sebelah aku.


" Belum lagi dengan dia..." jawab aku spontan.


Makwe sebelah pandang atas bawah. Terus ambil baki dan blah dengan muka masam. Aku dengan makwe kaunter terus berbalas senyuman.


" Saya bukan hensem pun nak jadi pakwe dia..." aku cakap dekat makwe kaunter.


" Hensem apa abang..."




*Speechless...



***

Bro, aku hensem ke? Makwe Petronas cakap hensem.






Dan moral yang terbit dari cerita ini yang secara tak langsung baru aku perasan adalah, tolong beratur mengikut giliran.

Ini bukan cinta hati. Ini cinta buta.

YM setengah jam.

"Awak, call saya lagi 5 minit nombor Digi. Bye."


Aku pun call la. Pukul 2.50 pagi. Dia cakap dia tak boleh tidur. Aku pun kelentong aku tak boleh tidur. Bukan senang nak borak dengan dia. Mengalahkan Nicholas Sarkozy punya Carla Bruni dia punya busy.

Pung pang pung pang.

55 minit kami bergayut, sehinggalah dia senyap tiba-tiba.

Aku tahu, dia sudah tidur.



"Good Night sayang. Sweet dream..."



***

Aku fikir balik apa dia cakap tadi. Senyum nipis pukul 4 pagi memang bukan satu perkara normal.

" Apa yang awak obses sangat dengan Lisa Surihani tu? "

Ayat perempuan cemburu, macam tu lah.

Dah. Tolong jangan gosip aku lagi dengan Lisa Surihani. Karang makwe ni marah. Kan cik adik kan?

Eleh, dia suka Aaron Aziz, orang tak marah pun.

Tuesday, April 20, 2010

Mak aku pesan, kalau tidur tak payah basuh kaki pun takpe. Bazir bil air je. Basuh kaki air setangki pun, kau mengigau jugak malam karang.

Aku bangun tidur pagi tadi. Mata masih kelat. Sejuk lain macam. Serupa dekat Florida dia punya sejuk. Tengok sekeliling. Kenapa putih saja pandangan? Di satu sudut, kelihatan seperti ada sebaris tulisan berwarna hitam. Aku besarkan mata. Lain macam je ni. Tulisan itu berkata ;



WEH, KAU MIMPI JE LA...BONGOK!!!




Aku sambung tidur. Aku bangun pukul 12 tengahari.

Bahasa menunjukkan bangsa

Aku memang sangat sensitif dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan harian. Termasuklah SMS.

Petang tadi, aku dapat SMS.

SMS dari Rizal : Bro ada mana keje ke aku nak jual batang pancing daiwa dengan mesin daiwa lu nak tak harga murah gua bagi lu mandrem dengan tali dan free 1 spoon yang lu pakai naik siakap itu bini hari mau ka?



Kau paham? Aku sendiri tak paham apa dia tulis.

Aku cukup pantang orang hantar teks takde dipisahkan dengan noktah atau sekurang-kurangnya tanda koma. Keliru. Aku tak reti baca teks panjang tu sekali nafas. Tak percaya, cuba kau orang baca teks di atas sekali nafas. Yang ada rekod penyakit asma, sediakan pam asma anda dahulu. Aku tak jamin.



Aku balas.


" Bro, cuba jangan cakap macam hindu! "

Monday, April 19, 2010

Masa

Masa adalah duit.

Tolong sebarkan nasihat ini kepada rakan-rakan anda. Anggap aku tag semua orang yang baca. Pandai-pandailah korang.

Siapa cakap aku jarang update?


***


" Sani, mau keluar? "

" Ha'ah. Mau kirim? "

" Tolong kirim ais seguni. "

" Ha? Buat apa? "

" Panas. "


Malas layan.

Rindu bertandang lagi

Treett...Treett...SMS masuk.


Aku harap SMS dari dia.

Aku buka inbox. Bukan dari dia. Ah. Kecewa lagi.


" Ui cik abang, lama tak update blog..."


Aku balas.


" Malas nak update. Hari-hari update, sampai bila tak kawin-kawin..."


Selang 2 minit dia balas.


" Haha. Poyo."


***


Aku bukan malas nak update. Cuma aku sekarang sibuk sangat. Barack Obama pun tak sibuk ini macam. Penat satu hal. Tak boleh tidur satu hal. Makan nasik satu hal. Berlakon satu hal. SMS Lisa Surihani satu hal.

Kalau kau orang percaya jugak apa aku cakap, memang la. Tolong mandi bunga.


***

Aku rindu suara dia. Kenapa aku jatuh hati pada yang dah berpunya? Kenapa perlu aku berlakon bila dia telefon aku sedang biasa-biasa saja? Kenapa perlu aku berdalih bahawa aku perlu cari yang lain dan lupakan dia? Kenapa si dia yang aku cinta? Dia yang sudah bahagia dengan cinta hatinya, kenapa perlu aku cinta? Aku tak boleh halang perasaan ini rupanya. Memang aku rindukan suara si dia. Lama si dia tidak hubungi aku. Mungkin si dia bahagia dengan kekasihnya.

Ah. Si dia-si dia kepala otak lu. Ingat ini majalah Remaja?


Harap minggu ini dia hubungi aku. Orang putih cakap, a telephone can take a place of your smile. Aku janji, akan buat kau ketawa.

Saturday, April 17, 2010

Sani, Sani, hati kau lembut...

" Along, hidung along kemek...cuba along senyum...kemek...hahahaha! " kata sepupu yang masih mentah.


" Alah. Kemek la bagus, adik...kalau hidung mancung ni tak bagus. " jawab aku.


" Kenapa pulak? " dia tak puas hati.


" Kalau hidung mancung, bulu hidung dia mesti panjang..." jawab aku.


" Hahahaha.....along, nak coklat Cadbury dengan air tin. Nak tiga! "





Cilakak. Susah juga jadi orang dewasa ni. Nak cover cemerlang dekat awek Petronas, aku senyum sambil keluar wang kertas RM20. Kepada makcik-makcik aku, tolong jangan lahirkan anak lagi. Pakcik-pakcik, tolong kawal nafsu. Please.

Cerita basuh motor

Selepas habis basuh motosikal di kawasan paip air percuma MMU, aku bergegas nak tayang motor kilat aku dekat pekan Dengkil. Dah nak sebulan aku tak basuh motor, abis celah-celah bedah aku keruk supaya nampak kilat balik. Dengan lumpur kolam pancing, lecak jalan shortcut dekat Putrajaya, sisa minyak hitam dah seinci, berak gagak, semua ada sebati dekat bawah enjin.

Bawak motor ke Dengkil macam biasa. Aku bukan Farid Kamil nak bawak motor laju-laju. Slow-slow sudah. Lagipun, tayar motor licin lagi, aku baru lepas polish. Dah serik aku motor buat drift masa layan lap lepas basuh motor dekat kampung dulu gara-gara pengilat tayar. Lagipun, mat-mat bangla dan indon dekat Dengkil tu bukan bawak motor laju sangat. Motor macam tukun udang harimau pun nak bawak atas jalanraya. Angin RXZ lalu sebelah, habis skru tercabut satu-satu.

Aku lihat tangan. Peh, penuh minyak hitam. Ah. Janji kacak.

Dengkil. Ada pasar malam rupanya. Berhenti kejap. Mana tahu ada jual piza. Celah mana nak carik piza dekat pasar malam. Takat nasik ayam ada la. Tak apa. Aku beli nasik ayam dengan air tebu. Duit kalau ada lapan juta pound sterling dalam wallet pun tak guna kalau perut lapar.

Aku terus balik ke Cyberjaya. Tengok langit pun dah macam nak hujan. Menyesal aku basuh motor tadi. Tak apa. Hujan itu rahmat, kata diri aku. Peh, mulia lagi rupanya aku ni.

Sampai rumah, aku terus buka nasik ayam. Memang tak sabar nak makan. Maklumlah, makan sekali sehari. Badan gemuk jugak.

Bismillahirrohmanirrahimmm....

Aku suap nasik. Kunyah. Telan.




Peh. Rasa minyak hitam!



Cepat cepat aku basuh tangan.



***


Dah dua kali dah. Dulu rasa umpun-umpun. Hari ini rasa minyak hitam. Aku harap, kejadian ketiga nanti, rasa Lisa Surihani. Amacam?

Friday, April 16, 2010

Siapa lagi mahu jeles-jeles?

Dia : Pegi KFC ke pegi menggatal?

Aku : Jangan le marah.

Dia : Dahla. Takde mood.

Aku : Awak. Rilek ah...

Dia : Bye...



Sesiapa lagi yang nak jeles tak tentu pasal, sila isi borang. Boleh aku prepare ayat awal-awal...Ini tak, baru abis tengok cerita Adamaya, dah kena jawab itu soalan. Kucar-kacir minda susun ayat. Peh.

Jiwa cikgu dalam diri aku

Malam tadi, aku teringin makan KFC. Pukul 12 malam aku pergi KFC Taman Equine. Lapar beb. Macam bela hantu raya dia punya lapar. Nak lelap mata tidur pun tak boleh.

Masuk saja KFC, orang tak ramai. Ada la 2 pasang kekasih di penjuru. Yang sorang tu, makwe cantik. Pakwe macam Myanmar. Dengan rambut kuning. Aku geleng kepala. Aku terus ke kaunter. Makwe dah siap sedia ambil order. Makwe tu baru lepas SPM aku rasa. Mata dia dah sembab. Sah baru lepas bangun tidur. Aku harap dia sudah gosok gigi.


" Selamat malam, makan sini ke bawak balik, encik? "
tanya itu makwe.

" Malam, makan sini. Erm. One set of Snack Plate, please. "

" Ye encik. Ulang. "

" Snack Plate one set, please. " aku ulang.

" Owh. Snack Plate. Berapa set? " tanya itu makwe buat aku angin satu badan.

" One set. Satu set cik adik. Spicy. " perut aku dah la lapar. Makwe tu tek reti orang putih rupanya.

" Owh, sorry. Ada apa-apa lagi nak tambah?" makwe itu sedikit cuak.

" Owh. Itu saja." Aku kawal kemarahan.



Makwe itu ambil apa yang aku order dan kemudian kembali ke depan aku dengan menu yang aku order tadi.



" Cik adik, tau cakap orang putih tak?" tanya aku dengan nada rendah persis memujuk.

" Hehe. Tau la sikit-sikit. " dia tersenyum tanpa memandangku. Manisnya senyumanmu. Peh, macam lagu Elite.

" Kalau tak tau, boleh la abang ajarkan. " cis, aku mula menggunakan 'abang'.

" Hehe. " Dia tersenyum lagi. Buat aku makin nakal.

" Nak tak abang ajarkan cakap orang putih? " aku ulang.


" Ape dia? "

" Abang cakap, adik ulang, okay? "

" Okay. "


" I love you. "



Aku ambil baki, terus ambil tempat duduk. Makwe itu tak perlu bazir-bazir duit beli pemerah pipi rupanya.


***


Budak sekarang, bila suruh cakap orang putih sikit, tak tahu. Cuba suruh mencarut macam orang putih, laju je mulut tu.

Thursday, April 15, 2010

Perut

Salah satu sikap aku adalah mudah termakan pujuk rayu. Kalau tidak, masakan aku percaya dalam Gaviscon ada ahli bomba. Hampeh punya awek Guardian. Sebenarnya awek Guardian tu tak sebut pun.

Aku : Cik adik.

Awek : Ye.

Aku : Pedih perut.

Awek : Gaviscon dekat belah sana.


Sombong yarabbi dia punya dialog.

Monday, April 12, 2010

Hujan emas di negeri orang, hujan masak lomak di negeri sendiri, lebih baik di Montreal Kanada. Cuacanya sejuk.

Sabtu, 10 April 2010, 9 malam.

Lokasi, Tampin. Aku dekat depan TV. Semua sanak saudara ada(tak semua sebenarnya). Hari itu, pekan Tampin pasti sunyi sepi. Pasar malam pun jalan boleh kaki tangan semua bersepah tak langgar orang. Syikin jual puyuh goreng silap-silap tak meniaga. Masuk saja kedai runcit mana-mana dekat pekan Tampin, pasti owner kedai macam malas nak layan. Mata tengok TV jugak.

Ini semua pasal bola sepak. Negeri Sembilan bertemu Kedah di Bukit Jalil. Piala FA. Live di TV1. Time tu, tak hairan dah TV ada Astro BYond ke ape. Astro fullspek dengan bayar bulan cecah dua ratus ringgit semua tak kisah. Dekat HBO ada cerita Megan Fox berlakon pun tak ambil peduli. Janji boleh tengok TV1. Kalau dalam rumah tu ada yang tak minat bola sepak, memang kena paksa duduk dapur potong bawang. Jadi, nak tak nak, terpaksalah mereka berlakon bahawa mereka minat bola sepak. Aku senang je nak racun fikiran wan. " Wan, laki Rita Rudaini ada ni, tak tengok ke?"

Aku duduk depan TV. Sebelah ialah mak aku. Mak aku walaupun tidak minat bola sepak, tetapi, jika melibatkan aksi jaringan gol atau hampir-hampir kepada jaringan, jeritannya pasti membuatkan pakcik rumah sebelah yang bekerja sebagai polis, cepat-cepat keluarkan pistol kerajaan dari sarung dalam almari rumah, kerana ingatkan ada rompakan. Pakcik itu memang seorang anggota polis yang cekap. Patut dia berlakon dalam Gerak Khas. Datuk Yusof Haslam, tolong ambil perhatian. Anak dara dia pun boleh tahan. Tapi lebih tinggi daripada aku. Macam Peter Crouch.

Lain-lain depan TV, pakcik, makcik, atuk, sepupu yang masih hingusan ada dalam lima enam orang yang sudah tentu tak ambil peduli tentang bola sepak. Mereka lebih kepada main PS, main pistol mainan, main lat ta li lat lai li tamplom dan makan nasik. Atuk aku awal-awal sebelum start game, ayat ni mesti ada, " Kalau lawan Kelantan ko, Selangor ko, kalau kalah kang, kau tengok la, kerusi mosti terbakar punyo."

Apa gampang jersi kedua-dua pasukan nak hampir sama tu? Masing-masing nak pakai jersi bertuah, tu pasal main macam setan. Yang Mamat A nak passing dekat Mamat B, rupa-rupanya Mamat B itu adalah pasukan lawan. Macam haram. Player sendiri keliru dengan rakan sepasukan, inikan pula penonton di rumah. Lepas tu, dah salah passing, yang Mamat A pergi maki dekat Mamat B, ibarat Mamat B itu tidak mengejar bola. Dalam TV, kami penonton di rumah pun tau gerak mulut mencarut. Shukor Adan tu, berapa kali dia sebut 'p***mak' dan 'macam sial la'. Ingat aku tak tau ke Shukor?


Lebih kurang setengah jam permainan, mak aku yang duduk bersebelahan memecah kebuntuan.


GOOOOOOOOOOLLL!!!!

Mak aku tak berhenti di situ, sekali lagi dia jerit,

GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLL!!!!

Kali ini lebih kuat dan panjang.




" Mak..." aku bersuara.


" Ha...apa? " dia membalas dengan berkobar kegembiraan.


" Itu Kedah yang score..."


" Owh, yeke...salah le..."



***


Nasib baik Negeri Sembilan jadi juara itu malam. Kalau tak, memang aku amuk. Yang penjaga gol Negeri Sembilan tu, apahal pulak guna nama SANI? Nak kena tumbuk? Rambut dah lah macam gampang. You drop ma waterface, you know... Amacam? Great tak aku punya English?

Risau

Satu benda yang paling aku risau sangat buat masa sekarang ni ialah, adakah suara aku sehebat Jamal Abdillah lagi jika ada panggilan karaoke secara tiba-tiba oleh rakan-rakan?

Thursday, April 8, 2010

Berhenti menulis

Buat masa ini, aku buat keputusan untuk berhenti menulis blog. Aku ada 50 sebab untuk berbuat demikian. Tapi, yang pertama sekali aku mahu cakap, aku tiada mood.

Okay, kalau karier seseorang bintang sukan boleh hancur kerana wanita dalam sekelip mata, inikan pula aku.

Kata seorang wanita kepadaku petang tadi.


" Kau tulis la, aku hentak pakai penyapu ni karang. "


Aku berhenti menulis serta merta. Belakang pintu tandas. I love U, Megan Fox.

Ye, wanita itu adalah makcik cleaner.


***


Aku down gila.

Tuesday, April 6, 2010

Install

" Weh, Mel...tolong aku jap leh? " aku saja menyibuk dekat Mel yang sibuk melayari internet free di sebelah hospital.

" Ape dia? " acuh tak acuh Mel menjawab sambil mata tak berganjak dari skrin laptop.

" Aku tau kau terer bab IT ni. " kata aku.

" Yelah, apa dia? " Mel sound dengan nada keras.


Aku diam. Sambil mata aku beralih ke skrin Mel. Cis. Main game solitaire pun nak online pakai internet apa hal?


" Kau tolong aku install cd game aku kat komputer aku kat umah tu..." aku berharap sesuatu.

" Game ape? " Mel bertanya.

" Football Manager. " ringkas aku jawab.

" Ala, apa susah nak install...senang sangat-sangat. " Mel menunjuk sedikit lagak.

" Aku dah try semalam. Tak boleh la. " aku mempertahankan diri.

" Ala, meh aku ajar. Pastu kau buat sendiri. " kata Mel.

" Ha, macam mana? "

" Keluarkan handphone kau. Salin apa aku cakap ni. " Mel memberi ruang.


Cepat-cepat aku keluarkan handphone dari dalam poket.


" Ha, dah. Camne? " aku dah siap nak tulis. Dapat save dalam mesej pun kira okay. Nasib baik handphone aku sedikit canggih.


" Taip ON INSTALL dan hantar ke 33888 " Mel dengan tenang menjawab.




Sesungguhnya, hari petang yang panas itu memang aku malas nak gaduh. Lagipun, hospital dekat sahaja. Kalau dia cedera parah karang, aku juga kena usung bawak dekat wad kecemasan.

Undang-undang di Malaysia siapa cakap ketat sangat, sampai nak gaduh-gaduh dalam dewan rakyat?

Masa dekat Tampin minggu lepas, aku keluar pergi shopping lebih kurang dekat Giant. Ramai dah budak-budak baru nak naik dekat Tampin ni rupanya. Muka masing-masing memang tak boleh nak cam. Baik lelaki, baik perempuan. Yang perempuan, keluar beli selipar dekat Giant pun nak pakai macam pergi konsert Jom Heboh. Mekap tak mahu kalah. Ada saja nak calit warna merah dekat pipi. Yang lelaki pulak, seluar kalau tak Levi's Golok, memang tak sah. Dipadankan dengan kasut warna menyerlah jenama amerika. Baju tee macam biasa. Mesti ada tulis, 'saya suka awak, awak suka saya?'. Ada jugak aku perasan, 'awak cantiklah, mak awak sihat?'. Bapak dia hijau. Tak boleh terima okay.

Aku macam biasa. Kalau tak beli makanan kucing, tepung gandum, dengan beras, memang aku malas nak jejak dekat Giant ni. Time nak beratur karang, memang sakit hati menunggu. Bukan main ramai beratur. Macam nak ambil rebat petrol dia punya ramai. Yang beli barang bapak dia saja, sampai anak cucu cicit dia suruh beratur kenapa bang? Nak kena tumbuk?

Lepas ambil barang nak beli, aku pergi beratur dekat belakang 2 orang anak muda seperti ciri-ciri yang telah aku nyatakan di atas. Dua-dua lelaki. Umur lingkungan 15-16 tahun. Rambut macam Tomok sorang, sorang lagi rambut Dr Romzey. Perasaan nak pijak aku simpan dalam hati. Sesekali budak dua ekor tu pandang belakang. Buat muka meminta sesuatu iaitu lempang. Tapi, aku kuatkan iman. Tak guna lah aku makan baca bismillah pagi tadi jika aku tak dapat kawal kemarahan.

Aku tengok dekat tangan masing-masing tak lain tak bukan barangan kecantikan lelaki. Gel rambut dengan syampu. Lagi sorang pegang air buah dan berus sabut. Sah mak suruh beli tu. Muka masing-masing nak buat macam artis. Sesekali dengar mereka berborak sesama sendiri, kalau takde diselit ayat-ayat orang putih memang tak sah. Ayat wat de hel, wat de fak, ekcuelli, u know wat dan hau ever kalau tak bubuh dalam percakapan memang tak sah. Cakap minang memang dia cover baik di hujung lidah.

Sampai giliran dia dua orang dekat kaunter. Juruwang merupakan kakak yang sudah sedikit berumur. Muka serius. Penat barangkali ramai pelanggan.

" Kak, ambil tu satu kak..." kata salah seorang budak tadi tunjuk ke arah kabinet kecil.

" Apa dia? " kakak tu jawab.

" Tu, yang warna biru hitam tu. " budak tu tunjuk ke selonggok kotak kecil-kecil.


Aku turut lihat sama. Aku geleng kepala.


" Kondom ni? " kakak tu jawab sambil tunjuk ke kotak kecil tersebut.

" Aha. Satu kotak. " budak tu jawab selamba.

" Apo kau nak buek dongan bondo ni? Ha? " kakak tu sound sedikit keras.

" Bapak suruh beli... " dia jawab.


Kakak tu sedikit akur walaupun dia turut geleng kepala. Dia capai sekotak kondom. Budak tadi buat muka selamba lagi. Aku dalam kepala memang dah set, budak ni tipu. Takkan bapak suruh beli kondom? Aku biarkan tanpa suara.


Setelah habis urusan jual beli, aku menuju keluar. Pandang kiri-kanan.

Di hujung jalan, budak-budak lelaki dua ekor tadi masuk ke asrama sekolah di sebelah Giant.

Budak-budak sekarang dah lain. Kerajaan, tolong ambil serius ini kes. Kalau tak boleh, sila lantik aku jadi menteri. Dapat jadi menteri sains, inovasi dan alam sekitar pun dah kira okay. Boleh la aku cipta roket air.

Sunday, April 4, 2010

Sardin dan nilai-nilai kekeluargaan

Minggu lepas, masa dekat kampung. Hari Ahad. Dekat kampung hanya tinggal aku, wan dan atuk. Aku pulak petang tu dah nak berangkat ke Cyberjaya. Perut rasa lapar. Dalam tudung saji takde apa-apa. Kalau ada ulat sagu jam tu dalam tudung saji, memang aku makan jugak.

Aku tengok wan, sibuk menjahit seluar adik aku. Perut lapar nak makan. Malas pula mahu ganggu wan. Nak suruh masak sedap-sedap, kesian pulak. Aku tengok kabinet dapur. Apa yang istimewa. Mana tahu ada KFC dalam tin pulak. Takde. Hampa. Takkan nak balik Cyberjaya perut pedih? Rejimen Askar Melayu pun tak buat itu macam.

Di satu sudut paling sempit, aku dapat lihat satu tin warna merah. Peh. Sardin. Botan dia punya tajuk. Aku sudah boleh ukir senyum. Senang, ringkas, mudah dan sedap.


" Wan! tolong masak sardin!!! " jerit aku dari dapur.


Wan aku masak sardin memang terbaik. Kalau masuk pertandingan yang Salih Yaakop jadi pengacara tu, memang peserta lain takde peluang nak menang set barang dapur. Cakap saja sardin apa, sambal sardin, gulai sardin dengan pucuk ubi, kari sardin, sambal kicap sardin, semua dia juara. Silap-silap, spageti dengan sos sardin pun dia boleh buat. Cerita cerita jugak, ini apahal dah berlecak air liur aku dalam mulut ni?


" Ekau potong la bawang siap-siap, cili tumbuk siap-siap. Kang wan masak..."


Aku terus capai bekas bawang besar dekat atas rak. Capai landas. Pisau cap red indian. Mula kupas kulit bawang. Cili awal-awal aku dah asing. Tak mahu banyak-banyak. Aku tak boleh makan pedas-pedas sangat. Tekak aku bukan tekak Negeri Sembilan dah.

Dari dapur, aku dengar pintu hadapan dibuka. Aku jenguk dari lorong dapur. Kakak dengan kereta Satria GTi dia datang. Balik kerja nak makan agaknya. Aku teruskan dengan operasi potong bawang. Mata dah mula merah. Dah terlambat nak cari Ray Ban.

Aku dengar tapak kaki menuju dapur. Sambil itu, dengar kakak berbual dengan wan di ruang menuju ke dapur. Aku teruskan memotong bawang dengan berhemah. Jari aku nak pakai lama. Isteri masa depan aku pun tak merasa lagi ini jari.

Kakak dah sampai dapur. Aku tak pandang. Dia dekat belakang aku.



Tiba-tiba, kakak bersuara.

" Fullamak....Macam Martha Stewart siot! "

" Macam gampang. " Aku sumpah dalam hati.


Aku balas.

" Yelah, dunia sudah terbalik. Kau kan wanita berkerjaya kak... Ada SPM, kerja pun dekat Giant."



Kakak sepak kaki aku sambil cucuk tengah belakang aku pakai batu asah pisau.

Kami gelak sambil ambil pisau masing-masing lawan pedang. Aku ambil tudung saji buat perisai.

Dah habis lawan, baru aku salam kakak. Lama tak jumpa.



***

*Oh ya, aku takde kakak. Itu adalah sepupu aku. Tun Fatimah Adiwati. Dari kecik memang kami adik beradik panggil kakak. Kalau betul la Tun Fatimah tu kakak kandung aku, dah tentu la nama aku Tun Perak pulak. Tak gitu tuan-tuan?

Keluar

Hari Ahad minggu ini time-time tengahari matahari nak naik, tolong jangan pandai-pandai ajak aku keluar pergi makan tak pun tengok wayang. Silap-silap boleh bawak gaduh. Aku nak tengok Melodi.

Hidup 3

Makcik, hidup ini bukan seperti apa yang kau kunyah sebelum tidur. Kau kunyah chewing gum baik, kunyah kasturi baik, kunyah perfume baik, kunyah cengkih baik, esok pagi kau bangun tidur, ia tetap bau gampang. Tiada bau chewing gum, tiada bau kasturi, tiada bau perfume, tiada bau cengkih.

Hidup bukan seperti itu, makcik. Ia boleh berubah mengikut takdir. Ia boleh berubah mengikut keadaan. Jadi, bersabarlah. Ia mungkin di atas. Ia mungkin di bawah. Siapa tahu?


***


Tiba-tiba aku teringat cerita pasal makcik aku. Esok-esok saja aku tulis.

Saturday, April 3, 2010

Aku tak mahu cakap tentang itu

Pukul 9 pagi. Sabtu. 3 April 2010.



Dapat panggilan telefon dari emak.

Mak : Hello, assalamualaikum Hairus, buat ape tu?

Aku : Waalaikumsalam. Takde buat apa.

Mak : Hari ni tak balik Tampin ke?

Aku : Erm. Tak balik la. Tak larat.

Mak : Owh, ingat kau balik, wan masak siput sedut.

Aku : Owh.

Mak : Takde, saje mak telefon, bagitau malam ni bola Negeri Sembilan lawan Selangor dekat Paroi. Tak pergi ke?

Aku : (Senyum nipis) Tak pegi la. Takde kawan. Buat dosa je pegi karang. Carut-carut.

Mak : Owh. Ingat kau pegi. Okaylah. Mak nak cakap tu je. Apsal suara kau lain macam ni? Gaduh ngan awek?

Aku : Erm, Takde ape. Baru lepas karaoke lagu Rod Stewart. Mana ade awek. Tolong carik la sorang.

Mak : Owh. Okay. Iye lah tu takde awek...



***



Tengok. Mak aku pun tak percaya aku takde awek. Kelakar kan? Karang kalau aku cakap awek aku Tiz Zaqyah, takut dia tak percaya. Kalau aku cakap awek aku Megan Fox, takut berdosa pula.





If I stay here just a little bit longer, if I stay here won't you listen to my heart?

Malam ini malam Sabtu

Kawan : Kau keluar malam-malam ni nak pergi mana?

Aku : Ala...saja lepak-lepak dekat Seri Kembangan. Bosan la.

Kawan : La. Bosan tengok la tv. Tu pun nak ajar ke?

Aku : Bosan la. Benci asik-asik muka Asmawi Ani berlakon.

Kawan : Cerita apa Asmawi Ani berlakon ni?

Aku :
Spa-Q. Apa gampang tengah malam-malam buta cerita Spa-Q...

Kawan : Sejak bila Asmawi Ani berlakon Spa-Q ni?


Kejap. Aku keliru. Asmawi Ani pelakon ke? Ke penyair terkenal? Entahlah bro. Aku tak pernah ambil tahu. Aku biarkan kawan aku tengok tv dalam bilik aku.


Kawan : Wei Sani!

Aku : Ape dia?

Kawan : Ini bukan Asmawi Ani la.

Aku : Abis tu, siapa?

Kawan : Ini Omar Abdullah!


Ini lagi satu hal. Omar Abdullah pengacara 999 dulu. Partner dengan Mazidul Akmal Sidek la bengong! Nasib baik aku bukan kaki gaduh sebab hal-hal hiburan ni.




*Tribute tu Allahyarham Din Beramboi... Al-Fatihah...

Friday, April 2, 2010

Masih samakah esok?

Aku diserang bertalu-talu hari ini.

Aku harap, bangun esok pagi, ini semua hanyalah mimpi. Masih ada motor biru kesayangan. Masih ada handphone dengan kondisi yang baik. Dan dalam inbox SMS tiada ayat-ayat itu. Dan entry ini pun tiada. Dan masih sakit perut seperti tadi. Dan sakit kepala seperti tadi.

Sekarang. Aku mahu tidur. Aku minta maaf sayang.













Ye, aku tipu. Aku tak boleh tidur. Dan tak mungkin boleh tidur.

Thursday, April 1, 2010

Bekal

Kriiiinnngg....!!!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat mengambil masa menggantikan sesi pembelajaran. Aku tidak seperti rakan-rakan sedarjah yang lain. Masing-masing ceria. Nasik lemak dah terbayang dalam kepala otak. Air sirap memang buat hati tak senang. Aku raba kocek. Habuk kertas saja tinggal, bersama beberapa butir pasir. Pagi sebelum masuk kelas, kalau tak main pasir memang tak sah.

Apa sial hari ini aku lupa ambil duit belanja dari wan. Nak tahan pedih perut sampai balik sekolah pukul 12.30 nanti memang azab la jawapannya. Aku pulak, baru darjah 2. Tak bagus budak umur 8 tahun terdedah benda-benda macam ni. Silap-silap boleh pengsan kalau tersadung dengan tali rapia kalau tak dapat makan tengahari.

Duit belanja aku masa tu cuma 35 sen. Cukup banyak aku rasa. 25 sen beli nasik lemak sepinggan. 5 sen lagi air sirap gelas kecik. Kalau gelas besar 10 sen. Ada balance 5 sen lagi, boleh beli kuih karipap sebijik. Masa tu, aku memang tak into sangat bab menabung ni. Tabung replika menara Tabung Haji dekat rumah tu buat dengar lagu je kalau masuk duit. Aku kreatif. Nak dengar lagu dekat tabung tu, jolok je pakai lidi penyapu. Tak payah sibuk-sibuk menabung, dah boleh dengar lagu. Lagu macam haram pun nak dengar. Macam celaka. Ah. Kecik lagi. Tak tahu apa-apa. Lagipun, masa tu, kumpulan kegemaran aku adalah kumpulan Feminin.

Kawan-kawan yang lain kucar-kacir nak keluar kelas. Macam lah kantin tu pakai punch card. Aku sayu. Cis. Lapar aku hari ini. Macam mana nak main teng teng masa sebelum masuk kelas nanti. Sebu lah perut. Nasik lemak punya aroma dah cucuk-cucuk rongga hidung aku. Dugaan itu memang hebat. Sama hebat dengan bulan ramadhan punya dugaan. Dah lah pagi tadi tak minum apa-apa masa pergi sekolah. Siapa nak minum susu pagi-pagi? Dah gila? Kuatkan tulang kepala jimbit dia. Nak muntah okay!

Habis kucar-kacir kawan-kawan keluar kelas, ada dua tiga kerat yang tinggal. Mereka bawa bekal masing-masing. Cis. Masing-masing dengan bangga bawa keluar tupperware macam-macam warna. Ada yang tupperware gambar Gaban. Memang bikin hati panas. Azhar, kawan aku yang anak polis, Sallehin, anak polis jugak, dan Aboi, anak orang. Masing-masing tak sabar-sabar nak buka bekal.

Aku pandang dari dua tiga meter. Peh. Ada nasik lemak sambal ikan bilis. Ada yang nasik goreng telur mata kerbau dah naik berpeluh. Ada nasik putih dengan telur masak kicap dengan bawang lebih. Aku tengok, Aboi awal-awal dah ketepikan bawang masuk plastik sampah. Macam mana badan nak naik macam Malek Noor. Bawang tak makan. Lepas tu, heboh dekat mak, dia tak tinggi-tinggi. Vitamin kurang la tu Aboi. Itu pun aku nak ajar ke?

Aku tengok dengan ekor mata saja. Mereka bertukar-tukar juadah, macam hidup berjiran di bulan puasa lagaknya. Masing-masing memuji masakan emak masing-masing. Aku cukup cemburu. Mak aku mana ada masa nak masak-masak ni. Dia kerja kilang masa tu. Wan aku saja selalu masak.

Tiba-tiba, baru Azhar perasan aku duduk sorang-sorang. Cis. Baru nak perasan ke?

" Eh, Sani, ekau tak makan ko? " Azhar dengan loghat minang bertanya kepada aku.

" Ontah eh. Kitorang ado bawak bokal ni, ekau tak bawak bokal ko? " Aboi menambah.

Aku diam. Senyum nipis.

" Eh, sonyum lak deh. Kau ado bawak bokal tak? " Aboi bertanya lagi.

" Ado, bawak. " Aku jawab ringkas.

" Bokal apo kau bawak, meh la keluarkan, makan sekali..." Aboi mempelawa.



Aku balas dengan tenang,

" Bokalan ilmu di dado..."

Hidup 2

Mamat 1 : Aku benci kehidupan aku...

Mamat 2 : Ye...aku pun benci dengan kehidupan kau...

Mamat 1 : Mari menyanyi sehingga kita mati....

***



Apa gila Fiona muka macam indon kedai makan kau nak rebut ramai-ramai tu? AC Mizal pulak, rambut macam nak kena tumbuk...