Sunday, April 4, 2010

Sardin dan nilai-nilai kekeluargaan

Minggu lepas, masa dekat kampung. Hari Ahad. Dekat kampung hanya tinggal aku, wan dan atuk. Aku pulak petang tu dah nak berangkat ke Cyberjaya. Perut rasa lapar. Dalam tudung saji takde apa-apa. Kalau ada ulat sagu jam tu dalam tudung saji, memang aku makan jugak.

Aku tengok wan, sibuk menjahit seluar adik aku. Perut lapar nak makan. Malas pula mahu ganggu wan. Nak suruh masak sedap-sedap, kesian pulak. Aku tengok kabinet dapur. Apa yang istimewa. Mana tahu ada KFC dalam tin pulak. Takde. Hampa. Takkan nak balik Cyberjaya perut pedih? Rejimen Askar Melayu pun tak buat itu macam.

Di satu sudut paling sempit, aku dapat lihat satu tin warna merah. Peh. Sardin. Botan dia punya tajuk. Aku sudah boleh ukir senyum. Senang, ringkas, mudah dan sedap.


" Wan! tolong masak sardin!!! " jerit aku dari dapur.


Wan aku masak sardin memang terbaik. Kalau masuk pertandingan yang Salih Yaakop jadi pengacara tu, memang peserta lain takde peluang nak menang set barang dapur. Cakap saja sardin apa, sambal sardin, gulai sardin dengan pucuk ubi, kari sardin, sambal kicap sardin, semua dia juara. Silap-silap, spageti dengan sos sardin pun dia boleh buat. Cerita cerita jugak, ini apahal dah berlecak air liur aku dalam mulut ni?


" Ekau potong la bawang siap-siap, cili tumbuk siap-siap. Kang wan masak..."


Aku terus capai bekas bawang besar dekat atas rak. Capai landas. Pisau cap red indian. Mula kupas kulit bawang. Cili awal-awal aku dah asing. Tak mahu banyak-banyak. Aku tak boleh makan pedas-pedas sangat. Tekak aku bukan tekak Negeri Sembilan dah.

Dari dapur, aku dengar pintu hadapan dibuka. Aku jenguk dari lorong dapur. Kakak dengan kereta Satria GTi dia datang. Balik kerja nak makan agaknya. Aku teruskan dengan operasi potong bawang. Mata dah mula merah. Dah terlambat nak cari Ray Ban.

Aku dengar tapak kaki menuju dapur. Sambil itu, dengar kakak berbual dengan wan di ruang menuju ke dapur. Aku teruskan memotong bawang dengan berhemah. Jari aku nak pakai lama. Isteri masa depan aku pun tak merasa lagi ini jari.

Kakak dah sampai dapur. Aku tak pandang. Dia dekat belakang aku.



Tiba-tiba, kakak bersuara.

" Fullamak....Macam Martha Stewart siot! "

" Macam gampang. " Aku sumpah dalam hati.


Aku balas.

" Yelah, dunia sudah terbalik. Kau kan wanita berkerjaya kak... Ada SPM, kerja pun dekat Giant."



Kakak sepak kaki aku sambil cucuk tengah belakang aku pakai batu asah pisau.

Kami gelak sambil ambil pisau masing-masing lawan pedang. Aku ambil tudung saji buat perisai.

Dah habis lawan, baru aku salam kakak. Lama tak jumpa.



***

*Oh ya, aku takde kakak. Itu adalah sepupu aku. Tun Fatimah Adiwati. Dari kecik memang kami adik beradik panggil kakak. Kalau betul la Tun Fatimah tu kakak kandung aku, dah tentu la nama aku Tun Perak pulak. Tak gitu tuan-tuan?

10 comments:

karibu said...

aku takpat bayangkan muka lu mcm tu, tp nama lu TUN PERAK....wahahahahahah!!!

-en.sani- said...

apsal? muka aku tak cukup pahlawan ke bai??

Anonymous said...

tu okay lagi...kalo nama tun sri lanang?? ko tak pecah perut?keh5....

-en.sani- said...

vavi...ni apahal lak aku tulis panjang2, bab nama tun perak lak lu petik banyak2 kali ni bai??? nak kena terajang?

hani said...

hahha klako...

-en.sani- said...

hani....jgn gelak..

karibu said...

hahaha...kalo lu tak nasib baik, nama lu jadi TUN TAN CHENG LOCK...

-en.sani- said...

weh...dah. diam. kang aku tukar nama betul-betul jd tun perak kang, sape plak nak ambik nama aku? ha jawab...

karibu said...

ala....nama kau tun perak, aku gelak kan ko...hahaha...
muka ko elok jadi TUN GHAFAR BABA je...

-en.sani- said...

cam siot...tak baik ko doh....org tu dah arwah....