Saturday, April 17, 2010

Cerita basuh motor

Selepas habis basuh motosikal di kawasan paip air percuma MMU, aku bergegas nak tayang motor kilat aku dekat pekan Dengkil. Dah nak sebulan aku tak basuh motor, abis celah-celah bedah aku keruk supaya nampak kilat balik. Dengan lumpur kolam pancing, lecak jalan shortcut dekat Putrajaya, sisa minyak hitam dah seinci, berak gagak, semua ada sebati dekat bawah enjin.

Bawak motor ke Dengkil macam biasa. Aku bukan Farid Kamil nak bawak motor laju-laju. Slow-slow sudah. Lagipun, tayar motor licin lagi, aku baru lepas polish. Dah serik aku motor buat drift masa layan lap lepas basuh motor dekat kampung dulu gara-gara pengilat tayar. Lagipun, mat-mat bangla dan indon dekat Dengkil tu bukan bawak motor laju sangat. Motor macam tukun udang harimau pun nak bawak atas jalanraya. Angin RXZ lalu sebelah, habis skru tercabut satu-satu.

Aku lihat tangan. Peh, penuh minyak hitam. Ah. Janji kacak.

Dengkil. Ada pasar malam rupanya. Berhenti kejap. Mana tahu ada jual piza. Celah mana nak carik piza dekat pasar malam. Takat nasik ayam ada la. Tak apa. Aku beli nasik ayam dengan air tebu. Duit kalau ada lapan juta pound sterling dalam wallet pun tak guna kalau perut lapar.

Aku terus balik ke Cyberjaya. Tengok langit pun dah macam nak hujan. Menyesal aku basuh motor tadi. Tak apa. Hujan itu rahmat, kata diri aku. Peh, mulia lagi rupanya aku ni.

Sampai rumah, aku terus buka nasik ayam. Memang tak sabar nak makan. Maklumlah, makan sekali sehari. Badan gemuk jugak.

Bismillahirrohmanirrahimmm....

Aku suap nasik. Kunyah. Telan.




Peh. Rasa minyak hitam!



Cepat cepat aku basuh tangan.



***


Dah dua kali dah. Dulu rasa umpun-umpun. Hari ini rasa minyak hitam. Aku harap, kejadian ketiga nanti, rasa Lisa Surihani. Amacam?

4 comments:

karibu said...

camne eh lasa lisa surihani? aku nak bayangkan...

-en.sani- said...

hahha...masin...

Anonymous said...

banyak cengkadak kau sani

-en.sani- said...

ah...jeles...cakap je laa...