Sunday, January 2, 2011

Tipikal Malaysia

Pada tahun 1992, masa itu aku kecik lagi. Masih budak merah. Kalau kena picit pun dah boleh mati. Bercakap pun takde melibatkan benda-benda serius. Kepala ingat nak main. Dan berfikir tak lebih dari 5 saat. Aku yakin, kau orang pun begitu. Kan?

Tapi satu benda yang paling aku ingat tahun 1992 ini ialah, kemenangan skuad badminton Malaysia dalam Piala Thomas. Nak-nak ia melibatkan anak beranak Encik Sidek yang sebahagian besar mewakili skuad itu. Anak beranak Sidek ni memang femes tak patut masa tu. Sampai ke sekarang mereka femes. Tidak kira lah dalam aspek sukan, perniagaan, politik, ternakan lintah, pembuatan kerepek, hatta dalam Melodi dan mahkamah syariah sekalipun mereka femes tak patut.

Masa kemenangan skuad badminton ini berlaku, aku turut tumpang gembira walaupun tak pasti kenapa mereka perlu berebut satu piala besar sebab aku tahu, Malaysia bukan tak mampu membuat piala itu. Malaysia kan kaya dengan bijih timah?

Petang esoknya selepas peristiwa bersejarah tersebut, belum sempat ke petang lagi, penuh di jalanan semua anak-anak muda, bapak-bapak budak, mak-mak budak main badminton. Mereka bermain badminton tak kira di tengah jalan, padang dan tepi pokok getah. Situasi ini amatlah jarang dilihat sebelum-sebelum itu di mana semua lebih gemar duduk rumah tengok telebisen 3 saluran.

Jadi, memandangkan aku bukanlah berada dalam keluarga 'ada-ada', nak beli raket badminton pun payah, mak pula masa tu kerja kilang, tiada bapak, dan duduk bersama wan dan atuk yang hanya bergantung kepada pencen polis, aku adik beradik jadi tus air liur tengok orang lain bermain badminton dengan riang. Ini tidak mematahkan semangat aku untuk meminjam raket kawan-kawan untuk belajar memukul bulu tangkis. Malah, yang paling mengecewakan, ada juga keluarga yang kaya-kaya membeli raket mahal, tetapi bila disuruh servis, memukul angin.

Pendek kata, zaman 1992, selepas berakhirnya Piala Thomas, main badminton ini boleh dikatakan menjadi fenomena penduduk Malaysia. Sehingga sekarang.


***

Kembali ke hari ini, iaitu zaman moden 2010 (sekarang 2011). Umum tahu kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup tempohari. Yang rata-rata peminat bola sepak Malaysia yang lebih cenderung mengidolakan Fernando Torres dan Wayne Rooney tiba-tiba mula menyebut pasal skuad bolasepak Malaysia. Tak kira lelaki perempuan, bapak budak, mak budak, nenek, atuk, makwe goal keeper, pekerja swasta, pekerja RISDA, anak tan sri, kaki lepak kedai kopi, Asmawi Ani, semua bangga.

Ini termasuklah aku juga turut bangga. Makanya, selepas tarikh keramat kemenangan Malaysia tempohari, penuhlah padang-padang, stadium, tanah lapang, atas tambak, hatta di gelanggang tenis sekalipun, rakyat Malaysia mula bermain bola sepak. Tak cukup padang, asalkan ada semak dalam cukup buat freekick pun diratakan untuk dibuat main bola sepak. Ini sangatlah menjadi satu budaya yang sihat bagi rakyat Malaysia tanpa terlibat dalam mat rempit, 3 line dan beratur menyertai peraduan menyanyi.

Jadinya, petang tadi, aku keluar dari rumah, ronda-ronda naik motosikal di sekitar MMU. Di mini stadium, di padang free, di gelanggang bola keranjang, ramailah mamat-mamat yang turun bermain bola sepak. Dalam satu padang tu ada la dalam nak 50 orang main. Ada yang training, training. Ada yang freekick, freekick. Ada yang tayang but, tayang but. Pendek kata, kemenangan skuad Malaysia tempohari telah menjadi titik tolak kepada rakyat Malaysia untuk mencintai bola sepak.

Oleh kerana semua dah minat bola sepak dan tayang skill masing-masing, aku jadi tercabar. Aku mengambil keputusan untuk pusing balik ke rumah.


Sampai di rumah, aku tidur bawak ke senja.

Kah kah kah!!! Kena. Kena.

10 comments:

cikZATI said...

ceh.ingatkan ambik but nak turun padang jugak. hampeh.

neway. happy new year;)

-en.sani- said...

kahkahkah! kena jugak...

Jo Qusary said...

dia tayang but, kita baling je but kat dia...

takpe, arini diorg eksyen dgn bola sepak... esok nanti aku nak eksyen dgn sumo... tgk la satu malaysia mesti bersumo gak!

-en.sani- said...

kahkahkah!! kau terai la buat skali tgk macam mana...

Na said...

nasib baik tak da orang main bola tengah jalan cam badminton tu...

Na said...

nasib baik tak da orang main bola tengah jalan cam badminton tu...

Na said...
This comment has been removed by the author.
-en.sani- said...

hehe...dulu2 ada tau,budak2 main bola kt jalan...sapa ckp xde? berkematu kaki..

nuwuwuda said...

cesss! yo-yo-o je aku baca!

-en.sani- said...

kehkehkeh...kena...kena...