Monday, April 12, 2010

Hujan emas di negeri orang, hujan masak lomak di negeri sendiri, lebih baik di Montreal Kanada. Cuacanya sejuk.

Sabtu, 10 April 2010, 9 malam.

Lokasi, Tampin. Aku dekat depan TV. Semua sanak saudara ada(tak semua sebenarnya). Hari itu, pekan Tampin pasti sunyi sepi. Pasar malam pun jalan boleh kaki tangan semua bersepah tak langgar orang. Syikin jual puyuh goreng silap-silap tak meniaga. Masuk saja kedai runcit mana-mana dekat pekan Tampin, pasti owner kedai macam malas nak layan. Mata tengok TV jugak.

Ini semua pasal bola sepak. Negeri Sembilan bertemu Kedah di Bukit Jalil. Piala FA. Live di TV1. Time tu, tak hairan dah TV ada Astro BYond ke ape. Astro fullspek dengan bayar bulan cecah dua ratus ringgit semua tak kisah. Dekat HBO ada cerita Megan Fox berlakon pun tak ambil peduli. Janji boleh tengok TV1. Kalau dalam rumah tu ada yang tak minat bola sepak, memang kena paksa duduk dapur potong bawang. Jadi, nak tak nak, terpaksalah mereka berlakon bahawa mereka minat bola sepak. Aku senang je nak racun fikiran wan. " Wan, laki Rita Rudaini ada ni, tak tengok ke?"

Aku duduk depan TV. Sebelah ialah mak aku. Mak aku walaupun tidak minat bola sepak, tetapi, jika melibatkan aksi jaringan gol atau hampir-hampir kepada jaringan, jeritannya pasti membuatkan pakcik rumah sebelah yang bekerja sebagai polis, cepat-cepat keluarkan pistol kerajaan dari sarung dalam almari rumah, kerana ingatkan ada rompakan. Pakcik itu memang seorang anggota polis yang cekap. Patut dia berlakon dalam Gerak Khas. Datuk Yusof Haslam, tolong ambil perhatian. Anak dara dia pun boleh tahan. Tapi lebih tinggi daripada aku. Macam Peter Crouch.

Lain-lain depan TV, pakcik, makcik, atuk, sepupu yang masih hingusan ada dalam lima enam orang yang sudah tentu tak ambil peduli tentang bola sepak. Mereka lebih kepada main PS, main pistol mainan, main lat ta li lat lai li tamplom dan makan nasik. Atuk aku awal-awal sebelum start game, ayat ni mesti ada, " Kalau lawan Kelantan ko, Selangor ko, kalau kalah kang, kau tengok la, kerusi mosti terbakar punyo."

Apa gampang jersi kedua-dua pasukan nak hampir sama tu? Masing-masing nak pakai jersi bertuah, tu pasal main macam setan. Yang Mamat A nak passing dekat Mamat B, rupa-rupanya Mamat B itu adalah pasukan lawan. Macam haram. Player sendiri keliru dengan rakan sepasukan, inikan pula penonton di rumah. Lepas tu, dah salah passing, yang Mamat A pergi maki dekat Mamat B, ibarat Mamat B itu tidak mengejar bola. Dalam TV, kami penonton di rumah pun tau gerak mulut mencarut. Shukor Adan tu, berapa kali dia sebut 'p***mak' dan 'macam sial la'. Ingat aku tak tau ke Shukor?


Lebih kurang setengah jam permainan, mak aku yang duduk bersebelahan memecah kebuntuan.


GOOOOOOOOOOLLL!!!!

Mak aku tak berhenti di situ, sekali lagi dia jerit,

GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLL!!!!

Kali ini lebih kuat dan panjang.




" Mak..." aku bersuara.


" Ha...apa? " dia membalas dengan berkobar kegembiraan.


" Itu Kedah yang score..."


" Owh, yeke...salah le..."



***


Nasib baik Negeri Sembilan jadi juara itu malam. Kalau tak, memang aku amuk. Yang penjaga gol Negeri Sembilan tu, apahal pulak guna nama SANI? Nak kena tumbuk? Rambut dah lah macam gampang. You drop ma waterface, you know... Amacam? Great tak aku punya English?

4 comments:

Mawar Desa said...

hahahaa
mak p0n tg0k b0la yep
id0p n0g0ri!
:p

en.sani said...

biasa....mak rock okeh....hahahaha...

karibu said...

"Pakcik itu memang seorang anggota polis yang cekap. Patut dia berlakon dalam Gerak Khas. Datuk Yusof Haslam, tolong ambil perhatian. Anak dara dia pun boleh tahan. Tapi lebih tinggi daripada aku. Macam Peter Crouch"

terbaiiiikkkk....

en.sani said...

ko tak pecaya? anak pakcik tu mmg tinggi dol...aku rasa 6 kaki 3 kot...peh...mana baka dapat ntah...