Semalam, Encik Keril dapat berita gumbira. Dia dapat kerja government di pejabat pendidikan Melaka. Aku tumpang gembira. Sebelum itu, kami raikan dengan lapan buah lagu di Mahkota Parade.
Sebagai kawan, aku ingin beri tips berguna untuk Encik Keril kita mengharungi hari pertama sebagai kerani kerajaan.
a) Masuk ofis hari pertama, beri salam, dan jangan pandang makwe dulu, sebab, ia bakal buat kau pressure.
b) Bila dapat tempat duduk, jangan duduk terkangkang. Sebab, aku tau, bila kau terkangkang, ia amatlah lucah sangat. Ingat, kau bukan tukang urut. Kau bakal dapat pencen kelak.
c) Waktu minum pagi dan makan tengahari adalah tidak jauh beza. Jadi, hari pertama kau harus bijak untuk membahagi masa supaya tak ketara. Tolong jangan buat aku sebak dengan nasib kerajaan kerana menggaji pekerja seperti kau.
d) Jika nak hisap rokok pung pang pung pang, sila join dengan pakcik guard di bawah, kerana, beliau lebih tahu mana port yang sesuai untuk aktiviti keji tersebut.
e) Jangan buat-buat pandai dan tunjuk pandai dekat akak pakai tudung labuh, kerana, risau dia akan buat aduan gangguan seksual ke ketua jabatan.
f) Jika ada makwe tegur, jangan cakap bahasa baku. Kerana, makwe kerja kerajaan sekarang dah stylo. Lepak pun dekat Mahkota Parade hujung minggu.
g) Bila ada makwe tanya tentang latar belakang, tolong beritahu kau ada kawan sekacak Farid Kamil...
h) Dan, last sekali, jangan bagitahu yang kawan sekacak Farid Kamil tu adalah aku...please...
Sekian, semoga hari pertama kau sebagai pekerja kerajaan berjalan lancar. Motor EX5 kau cek betul-betul, takut tak boleh start pagi karang, naya.
Besok nak kawin anak orang senang,
" Keje mane budak Keril tu?"
"Keje kerajaan..."
" Untung bakal isteri dia..."
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
"Jika ada makwe tegur, jangan cakap bahasa baku. Kerana, makwe kerja kerajaan sekarang dah stylo. "
terbaeekkk....hahahahaha...
HMMMMMMMMMMMMMM...samo gak makwe yang keje kat mana pun
makwe keje ustazah skolah agama tak layan karoke ye....
dengki. hahaha. aku dah ngorat semua dah. alhamdulilah. penuh no henpon dalam memori. hahahahaha
cam gampang....aku bukan apa...aku kesian kat nasib makwe2 kerja kerajaan tu...takkan sume nak jadi mangsa kau...
Post a Comment