Friday, April 30, 2010

Pengalaman mencabar aku kecik-kecik

Aku masa kecik-kecik memang sukakan cabaran. Bila dah besar saja tak suka. Masa darjah lima, kalau mak aku keluar pergi Mahkota Parade, kalau tak dapat ikut memang kecewa tahap gaban. Tapi, bukan selalu dapat ikut pun. Nak pujuk punya pasal, mak aku beri pilihan untuk kirim apa-apa saja. Kecuali benda-benda permainan tak berfaedah dan mahal, memang mak aku takkan beli. Kalau setakat raket badminton, buku mewarna power rangers, pensil warna ataupun air 100 plus, memang mak aku boleh beli. Selagi tidak melibatkan wang keluar secara pukal. Nak-nak pula aku ada tiga beradik, sorang dah beli, mesti semua nak. Susah jugak jadi mak. Nasib baik mak aku lahirkan aku sebagai lelaki. Aku ingat lagi nurse dekat Hospital Tampin punya dialog, " It's a boy! ". Ye, aku memang lelaki. Tak puas hati lagi ke nurse? *kejap check balik...oh, betul lelaki...fuh...*

Satu hari, mak aku cakap nak keluar pergi Mahkota Parade. Zaman itu, kalau sebut saja Mahkota Parade, memang budak-budak bayangkan syurga, walaupun tak pernah lagi masuk syurga. Nak ikut sama memang mak aku tak bagi. Sebab itu urusan kerja katanya. Cis. Kukuh punya alasan memang tak dapat aku nafikan. Takkan mak aku kerja, aku nak merayau sorang-sorang. Aku baru darjah lima. Risau pula kena culik dengan rasaksa. Lagipun, Ultraman mana ada kerja dekat Malaysia. Kalau aku jerit sekalipun, macam lah Ultraman yang dekat Jepun tu boleh dengar.

Oleh kerana tak boleh ikut, mak aku bagi aku satu pilihan barang. Satu saja. Aku dan adik lelaki aku fikir barangan terbaik yang boleh dikongsi bersama tanpa kejadian kelahi yang menyakitkan badan. Oleh kerana kami adik beradik sukakan cabaran, kami putuskan secara sebulat suara untuk suruh mak belikan kami satu set jigsaw puzzle. Permainan yang susun-susun kepingan gambar tu. Masa itu zaman, memang tengah naik itu permainan. Lagipun ia menguji kecekapan pemikiran. Sesuai untuk aku yang berotak tajam.



" Mak, beli yang susah-susah sikit gambar dia. Kitorang kan terer. "

" Okay..."



Malam itu, mak pulang dengan yang dijanjikan. Sekotak jigsaw puzzle dalam plastik Mahkota Parade. Kami adik beradik gembira bukan kepalang. Seperti menang pilihan raya dia punya feeling. Tak makan malam pun takpe. Sua la sate ke, sup ekor ke, KFC ke, dah tak pandang. Barang baru punya penangan.

Jigsaw puzzle gambar pemandangan taman. Wow. 500 keping. Memang mencabar. Aku dan adik terus senyum sama sendiri. Kacang je ni, kata aku dalam hati. Aku syak adik aku pun berkata begitu.

Tanpa teragak-agak, malam itu juga kami huraikan setiap keping puzzle dalam tapak yang disediakan. Wah. Banyak sungguh. Sebelum ni main susun puzzle yang runcit-runcit saja. Gambar Mickey Mouse, Daisy Duck, Sesame Street semua dah kami setelkan. Tapi puzzle tu tak sampai pun 40 keping. Kali ni 500 keping. Memang banyak sikit masa nak buat. Takde lah bosan.

Kami start buat malam itu. Kacang la katakan.



***


Esok petang, kami berada di padang. Kami main pasir.

Kami tertekan kerana satu bucu pun tak matching betul-betul puzzle tersebut.


***


Seminggu kemudian, wan aku jadikan kepingan kecil puzzle itu sebagai umpan api untuk bakar ikan.

4 comments:

Anonymous said...

hahaha....terbaekk...buat umpan api eh?

en.sani said...

aha...umpan api...maksud aku buat hidupkan api...bukan buat umpan api taruk dekat mata kail bg api makan...bodo...

ciky eyka said...

hahaha bergaye sungguh wan sani tuh....i labeu wan kpd sani...cisss knpe aku bekate sedemikian hahaha

Anonymous said...

haha bergaye sungguh wan sani 2.... i labeu wan kepade sani...cisss kenape aku bekate sedemikian.... o.0