Thursday, April 22, 2010

Perasantan

Bila aku kata, aku tidak menarik lagi seperti aku berusia satu tahun 23 tahun lepas, itu memang benar. Tapi, bahagian pipi tetap sama. Tembam.

Semalam, aku pergi jalan-jalan. Bila aku cakap jalan-jalan, bermakna aku tipu. Aku naik motor. Jalan sikit saja. Dari rumah nak ke motor parking, lebih kurang 100 langkah. Tapi kalau nak cepat, 5 langkah saja. Tiga kali percubaan, aku terus terjun tingkat dua terus naik motor macam Suria Perkasa Hitam.

Berbalik kepada perenggan sebelumnya, semasa aku nak isi minyak, seorang makwe (ini apahal semua cerita aku ada makwe ni??) dekat Petronas (Petronas lagi...) beratur di sebelah aku. Aku dekat tangan ada coklat Cadbury dengan air Red Bull. Aku letak dekat kaunter sebelah makwe tadi.

Makwe kaunter terus ambil coklat dengan air tin aku masa makwe sebelah tu nak bayar. Boleh tahan makwe tu punya mata. Lawa. Mata nangis orang cakap. Peh.


" Eh,dik, tu abang punya barang. " aku pantas cakap.


" Owh, ingatkan sekali dengan dia. " balas makwe kaunter merujuk ke makwe sebelah aku.


" Belum lagi dengan dia..." jawab aku spontan.


Makwe sebelah pandang atas bawah. Terus ambil baki dan blah dengan muka masam. Aku dengan makwe kaunter terus berbalas senyuman.


" Saya bukan hensem pun nak jadi pakwe dia..." aku cakap dekat makwe kaunter.


" Hensem apa abang..."




*Speechless...



***

Bro, aku hensem ke? Makwe Petronas cakap hensem.






Dan moral yang terbit dari cerita ini yang secara tak langsung baru aku perasan adalah, tolong beratur mengikut giliran.

8 comments:

karibu said...

lu hensem bro....lu hensem....hensem....

Anonymous said...

jangan kembang bontot Sani...lu memang handsome

en.sani said...

karibu : kalo kau ulang 3 kali hensem, mmg sah kau perli aku...kan?

en.sani said...

anony : bontot dah sedia maklum seksi.cuba bayangkan jika ia kembang...pehh...

Anonymous said...

perasan!!!!!!!!!!!!!!:-p
hhahahah

en.sani said...

jeles~~

Anonymous said...

moral cerita buat aku tensen....hahahaha

en.sani said...

hehehe...nape...bratur ikut giliran buat kau tensen? kau ada tragedi buruk tentang beratur? masa naik bas kau tak beratur darjah 1 dlu, drebar bas lenyek kaki kau sampai hancur? gitu?hahahahah...