Monday, January 31, 2011

English poem

3 hari aku diam membisu, saat semua tidak tahu aku bagaimana,


Aku : Awak...nak dengar satu english poem?

Dia : Nak! Cer citer...


Aku diam. Lama. Kemudian.


Aku : I miss you...

Dia : Haha!

Aku : Hope you like it...:)

Dia : Haha...Dah sihat?

Aku : Don't know. Just wanna make surprise.


***

Lepas tu aku pengsan.

Terlepas

Itu hari aku demam, saja aku diamkan diri. Tak payah la korang buat macam-macam spekulasi aku masuk wad lah, berubat tradisional di Australia lah, dan tak kurang juga yang cakap nyawa aku bagai telur di hujung tanduk. Nak kena lempang?

Sebenarnya, aku tidur selama 2 hari setengah. Banyak benda aku terlepas.

Saat paling aku kecewa, aku terlepas tengok Nurul Shuhada kat Majalah 3. Sorry Nurul.

Sunday, January 30, 2011

Hari ini hujan,
Jangan hatimu hujan sekali.

Tak perlu kasihani aku,
Ingatlah aku dengan kegembiraan,
Lupakan kesengsaraanku.

Marahi aku hari ini,
supaya esok kau lega.
Sayangi aku hari ini,
supaya esok kau rindu.

Hari ini hujan,
Jangan hatimu hujan sekali.



[Via Blogger-droid]

Friday, January 28, 2011

Saya demam, saya okay!

Aku pegi klinik tadi. Doktor cakap panas badan aku naik 38.5 darjah celcius. Jadi, dia bagi aku ubat demam buat koleksi kat rumah. Frame-kan elok-elok dan tampal kat dinding katanya. Mungkin sebab antibodi kurang dan kadar pribiotik pun cam haram. Pribiotik tu apa jadahnya? Bakteria baikkah?

Dan tanpa diminta, doktor bagi aku MC harini. Aku komot-komot surat MC, masuk tong sampah. Dan aku masuk opis balik kerja macam biasa. On fesbuk, tulis blog.

Amacam? Boleh dapat anugerah oskar tak bos? Kategori pekerja drama pembantu lelaki terbaik.

Ini semua penangan Nasi Goreng Azea. Oh Azea...nasib baik kakak kau cun.


***

"Bermain, melompat sini sana, Skot Imolsyen membantu sayaaaaaa!"

Sikit lagi aku nak lempang itu tv kat klinik.

Hujan la

Oleh kerana perasaan aku petang semalam takde kategori, aku buat kerja bongok iaitu mandi hujan sambil ketawa riang. Beberapa ekor ikan belida aku tegur mengucapkan selamat petang lalu dibalas jari tengah oleh ikan belida.


Bangun pagi ni nak pergi kerja, aku demam.

Sila jangan gelak. Apa, ingat orang demam tak boleh kerja ke? Ini Azroy la. Hati keras.

Wednesday, January 26, 2011

Ikan sungai

Tadi pegi mancing ikan kat paya. Dengan Yusni, Rizal dan Shah. Lepas bertungkus lumus memancing dengan serius, setelah beberapa ekor memerang aku terajang rusuk akibat membuat bising, kami pulang dengan hasil tangkapan yang agak lumayan. Lebih kurang 20 ekor ikan pelbagai jenis kami tangkap. Puyu, haruan, lampam, keli, belida dan ikan pari masin.

Balik-balik rumah je, aku terus siang ikan macam brader-brader. Lu orang carik sendiri la dalam masyarakat melayu sekarang ni, mana ada lelaki pandai siang ikan sungai kategori bawah 25 tahun. Ada? Dah pupus beb. Tinggal aku dengan beberapa kerat je. Itu pun jenis kerja pasar basah. Kena paksa bapak jaga gerai ikan.

Beruntung siapa jadi bini budak aku ni.

Keh keh keh.



P/s : Baru lepas kena sengat ikan keli tadi. Nasib baik ikan keli tu takde Mykad. Kalau tak, sia-sia je aku heret dia pergi mahkamah juvana.



Oh, ya. Aku imun dengan sengat ikan keli sungai. Tak sakit sangat. Sekian terima kasih sayang.

Tuesday, January 25, 2011

Ubat tidur

Malam tadi aku rasa aku tak boleh tidur. Jadi aku pikir-pikir balik, kenapa la payah sangat nak tidur ni? Perangai susah nak tidur ni dah lama tak jadi, tup-tup malam tadi dia jadi balik. Dulu, kira-kira dua bulan lepas, aku ada jugak kena penyakit tak boleh tidur ni. Nak kata aku banyak pikir masalah, ada jugak. Tapi tak serius la sampai masuk bab-bab masalah bini main kayu tiga dan anak sekolah kerana dulu mana aku ada bini ke apa. Sekarang pun takde.

Selepas berfikir panjang selama 3 saat, aku teringat yang aku pernah mintak kat doktor ubat tidur. Ubat tu tak pernah luak sampai ke hari ni. Jadi, adalah harus aku mencuba ubat tidur tu sekarang. Takut lama-lama simpan, dia masuk angin.

Aku selongkar kotak ubat aku yang diperbuat dari kotak henpon Sony Eriksen. Dan jumpa satu peket ubat tidur berwarna kuning. Dekat peket ubat tu, aku pernah tulis dekat bawah tulisan doktor, 'makan kalau rasa tak boleh tidur yang macam cilake sahaja'. Jadi, oleh kerana memang time tu aku rasa sangat macam cilake tak boleh tidur, aku ambik 2 bijik.

Ambik air mineral.

2 bijik ubat aku campak dalam mulut.

Aku minum air.

Sebijik ubat lepas.

Sebijik lagi melekat kat tekak. Dia punya rasa sungguh keji.

Monday, January 24, 2011

Basuh baju

Tadi petang, aku rasa nak basuh baju. Dia punya spirit nak basuh baju memang tengah menaik tadi. Oleh kerana aku rajin, aku tak basuh baju dengan mesin basuh, kerana rumah aku memang takde mesin basuh.

Oleh kerana dekat rumah aku takde mesin basuh, aku basuh baju pakai kaki.

Cicak

Semalam petang, aku duduk dalam bilik, ternampak sekor cicak ni tengah sarat mengandung, dok jalan-jalan atas siling rumah aku. Mungkin sedang merayau-rayau mencari jeruk kedondong agaknya nak buat potong rasa loya tekak.

Hari ini, bangun pagi tadi, aku nampak lagi cicak tu. Aku kenal cicak betina tu berdasarkan ekornya yang ada tanda hitam sikit. Tapi kali ni perut dah kempis. Baru lepas bersalin la tu. Kunyit kat dahi pun ada lagi. Dalam pantang.

Tup-tup, kat celah frame gambar, ada sekor lagi cicak. Cicak betina ni pergi dekat sana, dan mereka pun... okay, mengawan.

Cilake, tak habis pantang lagi dah pergi menyundal dengan jantan lain. Ini semua pengaruh drama la ni. Lembaga penapisan drama, tolong kerja keras sikit. Pastikan perlaksanaan secara glokal dan tidak memilih bulu.

Okay, sebenarnya aku nak bagitau, masa aku kecik-kecik dulu, aku panggil cicak ni, 'cikak'. Tekak sempit lagi. Tu je.

Sunday, January 23, 2011

Rajuk

Rajukmu tak ke mana sayang.

Dalam payah, ku tetap melayanmu.

Hitung

Oh, baby. You're not ready.

I'm sorry.

Selama ini, kamu tidak menunjukkan betapa manisnya hidupmu.

Cuma menggambarkan sepahit-pahitnya hidupmu.


***

Perlu diingatkan,

Tak semua yang dapat dihitung, diperhitungkan.

Dan tak semua yang diperhitungkan, dapat dihitung.

Friday, January 21, 2011

Tarik jangan tak tarik

Malam tadi, aku keluar naik motor. Nak pergi makan malam. Satu hari suntuk tak makan nasik, kau dah gile? Mahathir yang busy pun ada masa nak makan nasik. Ingat aku nak pergi makan area-area Cyberview Lounge je. Cilake. Tulis nak grand je. Padahal makan dekat kedai mamak.

Masa naik motor, aku pun eksaited. Jadi, bila dah eksaited, aku kasi tarik lagu Rahim Maarop satu kali. Selepas tarik lagu dengan berkobar-kobar, muka aku jadi pahit secara serta merta.

Mengikut pengalaman menjadi mat rempit selama 15 tahun, aku baru lepas tertelan kelkatu dalam 3 ekor.

Thursday, January 20, 2011

Sependa

Pagi tadi, aku bangun tidur, takde la pagi sangat, lebih kurang pukul 11.59 pagi. Aku mandi siap-siap. Mengikut rancangan remaja kami (kami tu termasuk Rizal dan Zeck, ye, aku paling remaja), kami nak pergi memancing petang ni. Tapi, ini bukan cerita mancing ye.

Lepas mandi, aku bukak almari baju. Untuk pengetahuan, aku simpan sependa, boxer, stokin dan pakaian kecik-kecik yang lain seperti singlet, topeng batman dan pedang samurai dekat dalam satu laci besar dalam almari tersebut. Masa aku selongkar nak cari sependa dalam laci tersebut, tiba-tiba aku jadi panik.


*Sependa tinggal sehelai je beb.* <---sila baca dalam nada berbisik.


Yang lain-lain tinggal dalam laci tu cuma lapan pasang stokin dan beberapa ekor semut. Esok-esok macam mana punya cerita? Aku menyesal kerana terlalu mengamalkan budaya remaja liar seperti tidak membasuh baju dan berpeleseran di luar rumah sehingga hal-hal peribadi sendiri pun lupa aku nak setelkan.

Adalah tidak molek jika aku convertkan stokin tu jadi sependa pergi kerja pagi besok.


***

Putih dengan yang putih.

Warna dengan yang warna.

Kain-kain kecik, asingkan.

Seluar jeans asingkan.

Peh.

Dekat sembilan kilo jugak.


Orang lain aku tak salahkan. Semua kesalahan aku letak di bahu Mark Zuckerberg.

Wednesday, January 19, 2011

Mesin potostet

Itu hari, tengah aku kerja, Zeck datang ke opis. Dia nampaknya kucar-kacir ke mesin potostet sambil meng-ejas sesuatu untuk dipotostet. Dari riak mukanya, ada yang dia tak puas hati dengan mesin potostet tersebut. Kejap dia potostet, lepas itu dia menggeleng kepala. Dia potostet kembali, lepas itu dia mencarut sendirian pula. Ada saja tak kena. Sikap Zeck itu nampaknya adalah tidak molek jika kerajaan menggajinya sebagai imam masjid negara. Mujurlah bukan.

Sebelum apa-apa jadi ke mesin potostet tersebut dengan sikap panas baran Zeck, baik aku pergi menyelamatkan keadaan.


Aku sound,

" Apo kono eh tu? "

Zeck tanpa menoleh ke aku menjawab,

" Mesin potostet ni macam cilake. "


Aku bingkas bangun dari kerusi dalam niat untuk membantunya. Sementara melangkah ke mesin potostet itu, empat kilo jugak mesin potostet tu Zeck maki.

" Apa hal? " kata aku.

" Cemane nak ejas dari besar jadi kecik ni? " kata Zeck sambil menunjukkan kad kesihatan anaknya yang besar lebih kurang A3.

" Tekan la ni, " kata aku sambil tekan ke satu butang kecik.


Aku tekan satu kali, lepas tu aku potostetkan terus.

Oh, ya. Dengan muka kerek.



" Kau dah kawin ada anak nanti, kau tau la susahnya jadi bapak, " jawab Zeck hangin satu badan.

" Aku harap, kita tidak berbesan, " kata aku tenang pandang ke tingkap.



Zeck tomoi bucu mesin potostet dengan siku.

Tuesday, January 18, 2011

Pengumuman 2011

Kepada pambaca Blog En.Sani, tahun 2011 ni penulisan aku sedikit radikal dan tidak mengikut acuan dewan bahasa dan pustaka. Harap maaf jika menyinggung mana-mana pihak. Ini hanyalah luahan rasa dan pandangan peribadi aku saja. Taknak tersinggung, sila bukak blog sendiri. Lepas tu komen sendiri-sendiri sampai bengkak. Tak pun pergi baca majalah Maskulin.

Sekian, terima kasih sayang.

Bangla gunting rambut

Balik semalam, aku mendapat hidayah untuk menggunting rambut. Jadi aku ada attack satu kedai bangla gunting rambut dekat area-area Putra Perdana. Dengar cerita dari mulut orang kampung, bangla ni boleh tahan dia punya skil gunting rambut. Walaupun tak pernah menerima anugerah akademi penggunting rambut, tapi cerita itu cukup meyakinkan aku untuk mencuba nasib.


***


Bangla tu rupanya tak tahu konsep rambut 'biasa-biasa'. Dia pergi buat konsep budak rambut pacak. Budak rambut pacak ni, jenis berborak hal Suria KLCC, lepak Pevilien dan naik Proton Perdana tapi bila suruh parking reverse, dimakinya kotak parking.

Thursday, January 13, 2011

Ulangan

Nak menjadi penulis yang baik kena fall in love and get hurt.

Okay, aku bukanlah penulis yang baik walaupun pernah fall in love and get hurt.

Sekian terima kasih.


P/s : Ulangan.

Pengumuman

Blog aku akan bercuti selama sebulan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja audit dan pencarian pekerja-pekerja baru selepas pekerja indon dan Myanmar yang bertanggungjawab kena rush oleh pihak imigresen akibat gagal menunjukkan kad suntikan Ty2 ke ape entah.

Sebarang perubahan jadual akan mengikut tekak penulis sendiri iaitu aku. Jadi, kalau ada entry tu, bermakna dah start la tu.

Fine, thank you. Kira okay juga aku cakap omputeh ni kan.

Wednesday, January 12, 2011

Maybe I didn't treat you, quiet as good as I should have,
Maybe I didn't love you, quite often as I could have,
Maybe I didn't hold you, all those lonely times,
And I guess I never told you, that I'm so happy that you're mine,
If I made you feel second best,
Girl, I'm so sorry I was blind,

But you're always on my mind.

Jogging

" Assalamuakaikum, pegi mane mendung-mendung ni? " aku.

" Jogging! " kawan.

" Hari-hari jogging, kurus tak? " aku.


*Dia jeling diam*


" Jogging tu kena pakai kasut getah, weh! " aku.

" Kenapa plak? " dia.

" Takut kena sambar petir! " aku.



Ada carutan panjang di bibirnya aku dengar. Jogging sambil mencarut bukanlah satu amalan yang sihat.

Tuesday, January 11, 2011

Facebook dan kepala bana

Berita penutupan facebook? Aku start baca, takde apa-apa kategori reaksi yang aku berikan. Kecuali senyum nipis. Ada kata benar. Ada kata palsu. Dan ada juga yang eja facebook pun tak tau.

Aku punya pendapat senang je. Kenapa nak susah-susah fikir kalau dah ada konsep? Ramai la nanti bijak pandai akan menggunakan balik konsep facebook tu dan buat laman sosial yang lain, yang takde kena mengena dengan Mark Zuckerberg yang mungkin lebih happening. Ini hanya hal keseronokan. Bukan hal kehidupan.

Bukan facebook yang beri kita makan. Hanya keseronokan sosial. Kalau kata facebook tempat cari kerja, tempat berniaga, takkan la takde plan B? Takkan hanya mengharapkan facebook? Blog free banyak beb. Kenapa tak guna? Malas? Atau lebih suka ikut jalan senang? Dunia ini untuk golongan bijak pandai. Siapa bijak, dia terkedepan. Itulah lumrahnya sekarang.

Kalau betul berita penutupan facebook dari si gila Mark Zuckerberg, kelak diharap akan meningkatkan lagi persaingan dalam scene mengurat makwe di bus stand yang rata-rata sekarang ini dikuasai oleh warga asing dan budak hisap gam.

Aku harap, perkara-perkara lebih penting seperti makan nasik, mintak nombor telefon makwe dan hari raya aidilfitri tidak dimansuhkan selepas ini. Itu penting. Kalau diorang buat jugak, memang aku mengamuk. Betul-betul punya mengamuk.




P/s : Sirap bandung, milo ais dan nasik goreng cendawan harap-harap jangan la ada usul nak mansuhkan sekali. Peberet siol....

Henpon

Zeck baru ambik henpon baru. 2 bijik. Konon sweet la nak ambik henpon Blekberi Curve bagi ke bini. Lagi satu dia pakai HTC Wildfire macam aku(yang ni sebab dia jeles ke aku hari-hari main game). Dia ambik dua-dua henpon ni minggu lepas. Dulu aku nasihat awal-awal, jangan ambik Blekberi. Ehh...degil. Nak ambik jugak.

Semalam Zeck jumpa aku. Dia pening kepala nak setting bini dia punya Blekberi. Dia tunjuk ke aku. Macam mana nak setting. Aku godek-godek. Aku sendiri tak tau apa aku setting. Time tu aku ulang balik apa aku cakap sebelum-sebelum ni. Aku katakan, yang dia pergi ambik jugak Blekberi ni siapa suruh. Aku kuatkan hujah dengan berkata Blekberi ni henpon mat rempit dan budak jenis lepak Mekdi yang pakai.

Zeck buat-buat lali.

Aku sambung setting itu Blekberi. Kalau aku tau la fesbuk budak yang reka Blekberi ni, memang aku add nak maki.

Nyaris jugak aku nak lempang itu Blekberi.

Monday, January 10, 2011

Sekilas AJL25



Marah, marah jugak. Anugerah Juara Lagu 25 aku tak miss nak bagi komen.


1 - Belum start lagi aku dah tanamkan tekad untuk mengharapkan kemenangan berpihak kepada Ramlah Ram untuk merangkul juara. Paling busuk pun, kumpulan Mega la.

2 - Start-start je, Francesca Peter nyanyi. Aku ubah pendirian terus. Francesca Peter boleh menang!

3 - Nash ambik tempat. Dia nyanyi Pada Syurga Di Wajahmu. Aku rasa, kalau ajak Nash bertanding karaoke, aku boleh makan dia punya suara. Lepas tu M. Nasir. M. Nasir memang aku no comment. M. Nasir tu memang lagend. Kalau Keroncong Untuk Ana, memang 'in' la dengan aku.

4 - Cheryl Samad ni boleh tahan jugak dia punya bibir. Jenis kalau bawak bercium mulut, berminyak-minyak.

5 - Tomok. Tajuk lagu entah apa-apa. Masa dia menyanyi, kau orang perasan tak yang sekben dia toreh pancung macam polis pencen? Budak-budak sekarang, cepat benar terpengaruh Roda-Roda Kuala Lumpur. Lepas tu aku nampak kelibat Slash. Kah kah kah! Tak semenggah!

6 - Dengar cerita Hafiz eksiden. Jadi, masa dia naik pentas, aku jadi risau. Dia tak pakai penyokong tengkuk. Aku risau kepala dia tercabut je karang. Rambut berat. Lepas tu last sekali, gimik kena tembak. Aku tak terpedaya langsung. Kau orang tak tau pulak ada yang dada dah berombak kan?

7 - Ana Rafali. Persembahan jenis nak salin-salin baju. Amboi Ana, tersalah bukak baju kang, tau la langit tinggi rendah.

8 - Faizal Tahir nyanyi Selamat Malam memang taraf aku dia punya suara. Hujung lidah je selamba aku tarik. Tak percaya tanya Keril Samad. Tak tanya pun takpe.

9 - Lagu Sofea Jane. Aku harap lepas ni, Sofea Jane takde buat hal lagi lepas putuskan cinta tinggalkan Ameng Spring dalam video klip Butakah Cinta. Video klip tu memang aku tak puas hati dengan Sofea Jane sampai sekarang.

10 - Lain-lain lagu macam biasa. Kau orang nilai sendiri. Takde yang menarik perhatian aku. Kalau Stacy pakai baju takde lengan, memang aku komen. Noh Hujan rambut macam Hitler!

11 - Syarifah Aini. Aku terkesima. Kak Pah muka dah macam Avatar!

12 - Ziana Zain suara dah kecut. Tu la. Nak sangat pakai bengkung. Tarik 'sekebun-cinta-yang-berbunga' pun perut dah senget ke tepi.

13 - Dato' Siti masuk. Peh. Siti pun suara dah barai sikit mula-mula? Orang lain memang aku tak salahkan melainkan Datuk K sendiri. Agak-agak la Datuk K kalau usaha nak dapat anak pun. Tak payah la kerja keras. Orang lain ada jugak belum ada anak.

14 - Time Ana Rafali diumumkan juara, aku sedikit terkejut. Aku syak, ada konspirasi dalaman. Pihak TV3 kena siasat. Patut nak panggil Karpal Singh, panggil. Paling koman pun, aku harap Francesca Peter boleh pergi berdasarkan persembahan mantap lagi jitu! Ramlah Ram mana? Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu? Kah kah kah!

13 - Aku rasa tak puas hati. Jadi, cepat-cepat aku berlatih vocal. Aku harap, Aidit Alfian nampak usaha murni aku dan tarik aku masuk AJL tahun depan. Tak dapat Aidit Alfian, Saari Amri pun boleh. Eddy Hamid ke.

14 - Siapa-siapa yang harapkan Faizal Tahir, tak payah la sampai tak puas hati pung pang pung pang kat fesbuk, sampai nak bangkit tidur pegi kerja esok lambat. Bukan Faizal Tahir yang kejut kau orang bangun tidur esok.

15 - Dapat sekeh kepala Faizal Ismail, memang heaven la.

16 - Alah! Time tu la ramai pengamal fesbuk nak upload gambar dia pernah ambik dengan Ana Rafali. Aku ada bergambar dengan Shania Twain pun aku tak kecoh la. Video porno aku dengan Liv Tyler, memang takde. Tu khabar angin okay!


Okay, sekian. Rangkuman serba sedikit AJL25. Aku harap, tahun depan, Shiela Rusli jadi pengacara bergandingan dengan Zizan Raja Lawak.


Ini bukan gambar hiasan.



Okay. Aku nak sambung marah orang. Bye!

Saturday, January 8, 2011

Marah

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau berikanlah aku sedikit lagi kekuatan untuk aku kekalkan kesabaran ini,
Sesungguhnya, telah lama rasanya aku tidak sebegini marah dan berdendam,
Kau berikan yang terbaik untukku, dan terbaik untuknya.
Dan redakan kemarahanku sepertimana Kau buat untuk hamba-hamba-Mu yang bertuah.
Kau tarik kembali dendamku yang telah menjadi kesumat,
Supaya kami dapat menjalankan kehidupan yang sentiasa mendapat rahmat-Mu.

Dan, bila aku menggigil, Kau pulihkan aku,
Dan, bila aku menangis, Kau hindarkan air mataku,
Dan, bila aku marah, Kau tenangkan aku.

Sesungguhnya, Kaulah yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

Amin.


***


Inilah marah pertama aku. Marah yang tidak dapat dikawal sejak beberapa tahun lepas. Aku harap dapat petunjuk dari-Nya.

Aku akan okay. Harap kamu semua dapat pengajaran darinya.

Hari-hariku

Hari-hariku bukan tercipta untuk melengkapkan hari-harimu. Tapi hari-hariku tercipta hanya untuk menampal hari-harimu yang kadang bocor akibat kelemahan manusia itu sendiri. Jangan persiakan hari-hari yang ku berikan kerana takut satu hari nanti, kita tak bisa berjumpa lagi. Kenanglah aku dengan hari-hariku. Sebagaimana aku kenang hari-harimu.

Friday, January 7, 2011

Jumaat

Tadi meeting. Oleh kerana meeting, semua kena hadir. Aku hadir awal juga. Kira kalau dating dengan makwe, dah kira lulus.

Time semua dah berkumpul dalam bilik meeting, hanya tinggal sorang lagi tak hadir. Bos tanya, mana lagi sorang? kami mula kucar-kacir menengok siapa yang tak hadir. Badrol tak hadir lagi. Jadi, sebagai majoriti dari kami adalah melayu yang tipikal, masing-masing tidak ketinggalan memberi komen secara peribadi,


Din : Tidur lagi tu kot.

Usin : Bini lawa, biasa la.

Rahim : Malam jumaat...

Muz : Hujan malam tadi. Biasa la.

Yusni : Lambat cabut la tu.

Aku : Hujan-hujan ni, tembak tebing pun jadi sedap...


Baik aku habis cakap, semua mata memandang. Gampang. Mentang-mentang aku sorang bujang.

Ideas for life 2

Lagi satu aku tertinggal, nak jadi penulis yang baik, kena la banyak membaca. Tak kira lah membaca suratkabar, buku, kamus dewan, komik, lapik meja, bungkus kacang putih, iklan along, dan sebagainya. Itu menjadikan diri kita lebih terbuka dan boleh mengaitkan semua cerita yang ditulis kepada keadaan sekeliling. Pengetahuan am sangat penting dari diri kita diperbodoh-bodohkan oleh orang lain.

Okay, itu je.

Ada satu kes berlaku semalam.

Sedang aku tenang tengok tivi, tiba-tiba,

Treettt...treettt...(sms masuk)


Dari Ehsan,

" Sani, citerla pasal aku kat blog kau. Syok la baca..."


Aku balas tenang dan ikhlas,

" Pegi mati..."



***


Kiri Rebecca. Kanan kereta Ehsan, namanya Fahrin Ahmad ke apa entah. Macam ni nak suruh aku tulis blog pasal dia? Jenis lesen kereta beli dekat pajak gadai.

Kaninaboi ...

Thursday, January 6, 2011

Ideas for life

Aku dapat emel dari seorang pembaca blog melalui entry aku yang ini, yang bertanyakan apakah rahsianya untuk menulis blog yang baik, dan menjadi penulis blog yang solid dan metalik? Lebih kurang begitu la soalan beliau aku ubah untuk kesesuaian pembaca.

Okay, aku sebenarnya tak layak untuk jawab soalan ini. Ini lebih kepada soalan subjektif untuk dijawab penulis-penulis blog tersohor seperti Hanis Zalikha, Azwan Ali, Che' Det, makwe gol keeper dan Rahmat Mega. Okay, yang Rahmat Mega tu aku tipu.

Bagi aku, penulis yang baik perlulah menulis berdasarkan pengalaman sendiri, menulis dengan ayat yang pintar dan catchy, dan yang paling penting, banyakkan menipu untuk create cerita yang menarik. Menipu ini perlu. Kau orang ingat cerita box-office Titanic tu selain dari kapal tenggelam, akan menarik ke tanpa kisah percintaan dua darjat? Filem The Social Network tu kau ingat Mark Zuckerberg tu, itu macam punya cool ke tanpa kisah beromen dengan makwe lepas tu pergi mana-mana pakai seluar tidur? Lagi satu, filem Braveheart tu, kau ingat William Wallace tu hensem sangat ke sampai Mel Gibson jadi hero? Ha? Sekarang kau orang jawab.

Tak salah jika mencedok idea dari blogger-blogger lain asalkan masih mengekalkan cerita asal kamu supaya jadi menarik. Mencedok idea perlu untuk permulaan. Tapi jangan meniru sampai jadi darah daging. Meniru ni kerja budak sekolah. Pendek kata, tulislah kerana minat. Dan bukan sebagai platform untuk popular. Ecewah.

Tulis apa yang kau rasakan simple tapi catchy, dan kembangkan idea dengan skill menipu. Aku ni kau orang jangan nak follow sangat. Aku ni dengan menipu dah macam adik beradik.




P/s : Aku pun meniru jugak. Kah kah kah!

Wednesday, January 5, 2011

Tidurlah sayang

Dia : Cantik?

Aku : Bila tiada mekap di mukamu, itu ku panggil cantik.

Dia : Iye?

Aku : Ku mengelak dari memandangmu tiap kali, takut makin terpaut.

Dia : Ish... awak ni kenapa?

Aku : Kira boleh tahan jugak ayat saya ni kalau baru lepas bangun tidur. Boleh bawak bertanding.

Dia : Awak gile...

Aku : Terima kasih kerana panggilanmu tadi mengejutkan ku dari lena diulit intan.

Dia : Keling...keling... dan keling lagi...



Kah kah kah!

Maaf kamu. Aku di sini hanya ingin menggembirakan kamu. Tidurlah dengan hati yang tenang. Masalah itu bukan untuk difikir. Tapi untuk diselesaikan. Esok akan tiba untuk kamu cipta sejarah baru. Belajarlah dari kesilapan lalu.

Sesungguhnya, Adolf Hitler pernah berkata, " Bunuh Yahudi! " Okay, itu takde kena mengena.

Monday, January 3, 2011

Renungan untuk adik-adikku

Kepada adik-adik yang memulakan sesi persekolahan hari ini, belum terlambat rasanya abang nak ucap selamat kembali ke sekolah. Yang start belajar di universiti, kolej, institut pengajian tinggi pun, tak kira la UiTM, UTM, UPM, Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Sarah, Universiti Eddy Hamid, dan sebagainya, mulakan hari ini dan seterusnya sebagai pemangkin kepada masa depan yang cerah demi membangunkan teknologi mat rempit dan skinhead yang mapan. Jangan liat-liat nak belajar. Sesungguhnya, belajar itu pada mulanya memang tak seronok, tapi, last-last besok dia jadi seronok nak-nak lepas kau tahu cikgu kau orang rupa-rupanya ada anak atau adik yang hot.

Sesungguhnya, hari pertama persekolahan dan kelas bukan sahaja digunakan untuk menimba ilmu, tetapi juga untuk berkenalan dengan makwe atau pakwe hot yang jarang-jarang boleh dijumpai di shopping complex.


Renung-renungkanlah...

Sunday, January 2, 2011

Tipikal Malaysia

Pada tahun 1992, masa itu aku kecik lagi. Masih budak merah. Kalau kena picit pun dah boleh mati. Bercakap pun takde melibatkan benda-benda serius. Kepala ingat nak main. Dan berfikir tak lebih dari 5 saat. Aku yakin, kau orang pun begitu. Kan?

Tapi satu benda yang paling aku ingat tahun 1992 ini ialah, kemenangan skuad badminton Malaysia dalam Piala Thomas. Nak-nak ia melibatkan anak beranak Encik Sidek yang sebahagian besar mewakili skuad itu. Anak beranak Sidek ni memang femes tak patut masa tu. Sampai ke sekarang mereka femes. Tidak kira lah dalam aspek sukan, perniagaan, politik, ternakan lintah, pembuatan kerepek, hatta dalam Melodi dan mahkamah syariah sekalipun mereka femes tak patut.

Masa kemenangan skuad badminton ini berlaku, aku turut tumpang gembira walaupun tak pasti kenapa mereka perlu berebut satu piala besar sebab aku tahu, Malaysia bukan tak mampu membuat piala itu. Malaysia kan kaya dengan bijih timah?

Petang esoknya selepas peristiwa bersejarah tersebut, belum sempat ke petang lagi, penuh di jalanan semua anak-anak muda, bapak-bapak budak, mak-mak budak main badminton. Mereka bermain badminton tak kira di tengah jalan, padang dan tepi pokok getah. Situasi ini amatlah jarang dilihat sebelum-sebelum itu di mana semua lebih gemar duduk rumah tengok telebisen 3 saluran.

Jadi, memandangkan aku bukanlah berada dalam keluarga 'ada-ada', nak beli raket badminton pun payah, mak pula masa tu kerja kilang, tiada bapak, dan duduk bersama wan dan atuk yang hanya bergantung kepada pencen polis, aku adik beradik jadi tus air liur tengok orang lain bermain badminton dengan riang. Ini tidak mematahkan semangat aku untuk meminjam raket kawan-kawan untuk belajar memukul bulu tangkis. Malah, yang paling mengecewakan, ada juga keluarga yang kaya-kaya membeli raket mahal, tetapi bila disuruh servis, memukul angin.

Pendek kata, zaman 1992, selepas berakhirnya Piala Thomas, main badminton ini boleh dikatakan menjadi fenomena penduduk Malaysia. Sehingga sekarang.


***

Kembali ke hari ini, iaitu zaman moden 2010 (sekarang 2011). Umum tahu kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup tempohari. Yang rata-rata peminat bola sepak Malaysia yang lebih cenderung mengidolakan Fernando Torres dan Wayne Rooney tiba-tiba mula menyebut pasal skuad bolasepak Malaysia. Tak kira lelaki perempuan, bapak budak, mak budak, nenek, atuk, makwe goal keeper, pekerja swasta, pekerja RISDA, anak tan sri, kaki lepak kedai kopi, Asmawi Ani, semua bangga.

Ini termasuklah aku juga turut bangga. Makanya, selepas tarikh keramat kemenangan Malaysia tempohari, penuhlah padang-padang, stadium, tanah lapang, atas tambak, hatta di gelanggang tenis sekalipun, rakyat Malaysia mula bermain bola sepak. Tak cukup padang, asalkan ada semak dalam cukup buat freekick pun diratakan untuk dibuat main bola sepak. Ini sangatlah menjadi satu budaya yang sihat bagi rakyat Malaysia tanpa terlibat dalam mat rempit, 3 line dan beratur menyertai peraduan menyanyi.

Jadinya, petang tadi, aku keluar dari rumah, ronda-ronda naik motosikal di sekitar MMU. Di mini stadium, di padang free, di gelanggang bola keranjang, ramailah mamat-mamat yang turun bermain bola sepak. Dalam satu padang tu ada la dalam nak 50 orang main. Ada yang training, training. Ada yang freekick, freekick. Ada yang tayang but, tayang but. Pendek kata, kemenangan skuad Malaysia tempohari telah menjadi titik tolak kepada rakyat Malaysia untuk mencintai bola sepak.

Oleh kerana semua dah minat bola sepak dan tayang skill masing-masing, aku jadi tercabar. Aku mengambil keputusan untuk pusing balik ke rumah.


Sampai di rumah, aku tidur bawak ke senja.

Kah kah kah!!! Kena. Kena.

Insiden sondol buntut

Semalam aku turun nak pergi makan, aku tengok-tengok je, Rebecca aku nampak lain macam punya kelat muka. Aku jadi tak sedap hati.

Cilake. Kereta si Ehsan nampaknya telah membuat onar dekat buntut Rebecca aku. Dia telah kasi sondol sekali belakang Rebecca. Jadinya, aku rasa sangatlah membara. Ini semua kes sengaja dengki. Aku sendiri pun tak pernah naik tangan dengan kereta aku. Ini pulak kereta Ehsan.

Aku call Ehsan.

Dia ajak aku pergi makan.



Sani, Sani. Kau mudah lupa.

Saturday, January 1, 2011

Sambutan Tahun Baru 2011 saya

Pukul 12 malam tadi, aku nak tidur dah. Dia punya ngantuk memang tak ingat. Time nak tidur tu, bunga api dah berdentam dentum dekat luar. Ada dua tiga papan juga mercun thunderclap melencong masuk dalam tingkap bilik aku, tapi aku cepat-cepat kuis pakai kaki masuk bawah katil. Moga-moga, sarang lipas bawah katil tu musnah sama sekali.

Tiba-tiba,

Treett...(sms masuk)

Dari John. Kau orang kenal John? Sila klik sini untuk butiran lanjut.

Dia hantar,

" Little keys open big locks, simple words reflect great thoughts, your smile can cure heart blocks, so keep on smiling it rocks... Happy New Year and all the best for 2011, dude! "


Aku balas,

" F*cking laa... nak tidur la! "


Dia balas kembali,

" F*ck u too... "



Itulah pentingnya english education. Kah kah kah!