Wednesday, January 26, 2011

Ikan sungai

Tadi pegi mancing ikan kat paya. Dengan Yusni, Rizal dan Shah. Lepas bertungkus lumus memancing dengan serius, setelah beberapa ekor memerang aku terajang rusuk akibat membuat bising, kami pulang dengan hasil tangkapan yang agak lumayan. Lebih kurang 20 ekor ikan pelbagai jenis kami tangkap. Puyu, haruan, lampam, keli, belida dan ikan pari masin.

Balik-balik rumah je, aku terus siang ikan macam brader-brader. Lu orang carik sendiri la dalam masyarakat melayu sekarang ni, mana ada lelaki pandai siang ikan sungai kategori bawah 25 tahun. Ada? Dah pupus beb. Tinggal aku dengan beberapa kerat je. Itu pun jenis kerja pasar basah. Kena paksa bapak jaga gerai ikan.

Beruntung siapa jadi bini budak aku ni.

Keh keh keh.



P/s : Baru lepas kena sengat ikan keli tadi. Nasib baik ikan keli tu takde Mykad. Kalau tak, sia-sia je aku heret dia pergi mahkamah juvana.



Oh, ya. Aku imun dengan sengat ikan keli sungai. Tak sakit sangat. Sekian terima kasih sayang.

4 comments:

Anonymous said...

Aish. Dulu ku penah tekenan ikan keli.Huhu. Lepas ni boleh la siangkan ikan untk ai. hehe...O

en.sani said...

siang ikan utk u? aww...tak sanggup taw...rela lg ai siang maya karin...

nuwuwuda said...

"Kena paksa bapak jaga gerai ikan".

banyak kali ulang baca ayat ni, macam tekonfius sikit. sapa yang kena paksa? bapak ke,ikan ke, gerai? hehhe!

en.sani said...

hehehe...amboi nuwuwuda...skang dah pandai kompelin ayat...

bapak dia kena pakse gerai...lalala