Thursday, January 20, 2011

Sependa

Pagi tadi, aku bangun tidur, takde la pagi sangat, lebih kurang pukul 11.59 pagi. Aku mandi siap-siap. Mengikut rancangan remaja kami (kami tu termasuk Rizal dan Zeck, ye, aku paling remaja), kami nak pergi memancing petang ni. Tapi, ini bukan cerita mancing ye.

Lepas mandi, aku bukak almari baju. Untuk pengetahuan, aku simpan sependa, boxer, stokin dan pakaian kecik-kecik yang lain seperti singlet, topeng batman dan pedang samurai dekat dalam satu laci besar dalam almari tersebut. Masa aku selongkar nak cari sependa dalam laci tersebut, tiba-tiba aku jadi panik.


*Sependa tinggal sehelai je beb.* <---sila baca dalam nada berbisik.


Yang lain-lain tinggal dalam laci tu cuma lapan pasang stokin dan beberapa ekor semut. Esok-esok macam mana punya cerita? Aku menyesal kerana terlalu mengamalkan budaya remaja liar seperti tidak membasuh baju dan berpeleseran di luar rumah sehingga hal-hal peribadi sendiri pun lupa aku nak setelkan.

Adalah tidak molek jika aku convertkan stokin tu jadi sependa pergi kerja pagi besok.


***

Putih dengan yang putih.

Warna dengan yang warna.

Kain-kain kecik, asingkan.

Seluar jeans asingkan.

Peh.

Dekat sembilan kilo jugak.


Orang lain aku tak salahkan. Semua kesalahan aku letak di bahu Mark Zuckerberg.

6 comments:

Jo Qusary said...

aku masuk sini sebab aku tak tau sependa tu ape... rupanya underwear.

kebetulan pulak aku ada entri psl manusia naik komuter dgn memakai sependa sahaja...

en.sani said...

kahkahkah! tau2...

malangnya kau tak tau sependa tu ape...

sependa dengan hey big spender adalah 2 perkara bebeza...

Nizam Ahmad said...

aku x suke sependa.. rimas! haha

en.sani said...

tu labuh namanya...jenis belipat...kahkahkah!

Anonymous said...

biru gile pemikiran kt sini,kah3!

en.sani said...

anony: nampak biru sgt ke? biru pemikiran ke biru sependa?