Malam tadi aku rasa aku tak boleh tidur. Jadi aku pikir-pikir balik, kenapa la payah sangat nak tidur ni? Perangai susah nak tidur ni dah lama tak jadi, tup-tup malam tadi dia jadi balik. Dulu, kira-kira dua bulan lepas, aku ada jugak kena penyakit tak boleh tidur ni. Nak kata aku banyak pikir masalah, ada jugak. Tapi tak serius la sampai masuk bab-bab masalah bini main kayu tiga dan anak sekolah kerana dulu mana aku ada bini ke apa. Sekarang pun takde.
Selepas berfikir panjang selama 3 saat, aku teringat yang aku pernah mintak kat doktor ubat tidur. Ubat tu tak pernah luak sampai ke hari ni. Jadi, adalah harus aku mencuba ubat tidur tu sekarang. Takut lama-lama simpan, dia masuk angin.
Aku selongkar kotak ubat aku yang diperbuat dari kotak henpon Sony Eriksen. Dan jumpa satu peket ubat tidur berwarna kuning. Dekat peket ubat tu, aku pernah tulis dekat bawah tulisan doktor, 'makan kalau rasa tak boleh tidur yang macam cilake sahaja'. Jadi, oleh kerana memang time tu aku rasa sangat macam cilake tak boleh tidur, aku ambik 2 bijik.
Ambik air mineral.
2 bijik ubat aku campak dalam mulut.
Aku minum air.
Sebijik ubat lepas.
Sebijik lagi melekat kat tekak. Dia punya rasa sungguh keji.

8 comments:
mungkin kurang "cilake", sepatutnya telan sebiji sahaja
undang2 yg doktor bg, telan 2 bijik...
haha, makan ubt pon tak lepas heh.
biasa...jarang makan ubat...
ubat paling baik utk tido ialah doa lelap mata...
ok...time kasih...
tak sangka juga si sani ni takut makan ubat...... harap badan aja besar
sebelum2 ni, ada orang tukang suap...kehkehkeh
Post a Comment