Wednesday, March 30, 2011

Rain (Eh, bukan Rain yang muka komunis tu...)

Fikirlah sekali perasaan aku bila kau hanya melayari perasaanmu. Tiada apa yang beza dengan perasaan manusia itu, kerana semuanya datang dari pundak yang satu. Kamu buat aku begitu, fikirlah juga jika terkena di batang hidungmu. Pedih bukan? Ya. Aku juga pedih. Datangmu cuma bila gering. Lupa bila luka sudah kering.

Aku masih boleh senyum. Dan senyum itu hanya untuk kamu. :)

***





Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?

I was seventeen once. You?


P/S : Aku cuti lama. Sampai minggu depan. Jangan cari aku dulu. Ada hal perlu diselesaikan. Jaga diri kawan-kawan. Ya, kamu juga. Aku tahu kamu sedang baca. Good luck baby.

Tuesday, March 29, 2011

UiTM Shah Coklat Alam

Semalam aku ada hal sikit, pergi UiTM Shah Alam kejap. Jumpa kawan. Ada hal sikit. Eh. Tak payah la tau hal apa. Ada la. Nakal.

Sebelum aku balik, kawan aku bagi satu bungkusan. Ada kawan pompuan dia bagi. Untuk aku. Bungkusan yang kiut dengan reben siap dan memang agak balada dan sembilu kasih. Ish, kejap-kejap tu aku dengar gitar kumpulan Wings.

Aku bukak je bungkusan tu, ada coklat. Dan ada nota kecil di situ. Katanya, kalau nak tulis blog pasal dia, jangan letak nama dia. Keh keh keh. Yela. Yela. Dia cakap dia pembaca blog aku, dan kenal melalui kawan aku. Dan beberapa kata-kata semangat seperti teruskan tulis blog, jangan bawak kereta laju, kurangkan tengok tivi dan berbuat baik kepada binatang. Lepas tu dia letak simbol ini---> <3
Budak-budak sekarang, cepat sangat pengaruh 10 Things I Hate About You.

Sambil bawak kereta dari Shah Alam ke Cyberjaya, aku makan coklat tu sampai habis. Takut sampai Cyberjaya, kawan-kawan pow. Dah la sedap pulak tu coklat tu. Bagus betul la Kementerian Coklat sekarang ni.

Dah habis baru ingat pesan mak, jangan makan sebarang-sebarang kalau ada orang bagi makanan.

Pengaruh drama.

Sunday, March 27, 2011

Majid Driving School - Ustad Muda

Ada satu ustad baru bertugas memberi ceramah agama tiap-tiap malam Selasa selepas Isyak di surau taman perumahan tempat Majid tinggal. Majid tidak melepaskan peluang untuk turut sama mencari pahala di majlis ilmu itu memandangkan dia sedar bahawa umurnya sudah masuk kategori senja tetapi masih kurang bekalan ilmu akhirat. Dangdut banyak masa muda. Belum masuk bab beli nombor ekor dan tengok dada amoi kedai telefon.

Malam itu, Majid ke surau berseorangan saja. Isterinya Marjinah, memberi alasan datang bulan. Huh, umur nak 50 datang bulan jadah apa. Cakap je la nak tengok drama dekat tivi. Kalau mengumpat, tengah panas matahari atas kepala pun sanggup.


***

Ustad baru yang dikatakan itu muda lagi. Umurnya baru awal 30-an kalau tengok dari paras rupa dan cara berpakaian. Masih kurang pengalaman kalau dilihat dari segi percakapan dan gaya. 'Rookie' bak kata video game.

"Hari ni kita bincang tentang wudhu'. Ramai antara kita yang ambil ringan bab wudhu' ni," mula ustad muda selepas memberi sedikit prakata dan sesi perkenal diri.

"Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan," sambung ustad muda sambil memandang teks.

Jemaah lain mengangguk. Majid pun mengangguk.

"Okay, saya bagi contoh. Satu hari, saya bawa balik ke rumah ikan keli, dan siang ikan tu untuk dimasak. Tanpa disedari, sisik ikan tu melekat di belakang tangan saya. Saya mandi, tapi sisik ikan tu masih melekat, lepas tu ambil wudhu' untuk solat. Sah kah wudhu' saya itu?" ustad muda bagi sikit permasalahan untuk dibincangkan bersama.

"Sah, ustad," jawab Majid yang duduk di barisan hadapan.

"Ha? Kenapa sah?" balas ustad muda.

"Sebab ikan keli mana ada sisik, ustad," kata Majid.


Jemaah lain buat-buat pandang kipas.


***

Balik ke rumah, ustad muda karate rehal sampai patah empat.

Rookie.

Saturday, March 26, 2011

Aliff Aziz dan cina kedai sticker

Kau orang bukak radio tempatan, mesti selalu kau orang dengar lagu yang lirik dia macam ini. Aku tak lancar sangat lirik dia. Tapi mesti korang tau punya. Aku berani kerat jejari ketam la kalau kau orang cakap tak penah dengar lagu ni.

Kalau cinta jangan kacau,
Kalau sayang tak perlu marah,
Kalau ikhlas tak mintak berbalas,
Serahkan cintamu pada sang memerang ke apa entah lirik dia...


Cina meniaga sticker sekarang pandai betul. Mengikut peredaran masa.

5 minit jugak aku gelak masa pandang sticker ni.


***


Dulu musim-musim sticker tampal kat motor 'Tengok boleh, pinjam sory'.

Lepas tu, aku reka sticker sendiri tampal kat helmet, 'Tengok boleh, Malaysia boleh, Fikirkan boleh'.

Amacam? Macam Rashid Sidek tengah smash I tell you...

Friday, March 25, 2011

Operator

"Demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami di masa hadapan, perbualan anda dengan pegawai operator akan dirakam oleh kami. Terima kasih kerana menggunakan khidmat Selkom."


"Hello, Selkom Careline, boleh saya bantu? " makwe operator.

"Memang la Selkom, takkan saya call ON CINTA plak..." balas aku.


Makwe operator pun reti gelak rupanya. Sweet la tu konon.

Thursday, March 24, 2011

Stokin

Malam tadi, sidai stokin yang baru basuh kat ampaian. Sidai 4 pasang stokin.

Pagi tadi aku check, tinggal 3 pasang setengah.

Gampang.

Wednesday, March 23, 2011

Result SPM bukan pemangkin kepada suami yang kacak. Bincangkan.

Result SPM keluar hari ini. Ramai yang berjaya kalau mengikut Berita Nasyenel tengahari tadi. Dan ada juga tidak berjaya akibat salah tembak atau memang dah jenis otak tak boleh blah.

Pesanan abang kepada adik-adik perempuan yang tidak berjaya SPM ni, jangan risau sangat. Kamu semua dah boleh start belajar memasak, kemas rumah dan jaga anak. Lepas ni dah boleh selalu keluar cari pakwe dekat shopping kompleks. Tak payah la jeles sangat dengan makwe-makwe yang dapat belajar UiTM sana. Percayalah cakap abang, pakwe dekat UiTM tu tak semua muka macam Farid Kamil. Percayalah.

Kejap. Kejap... Abang?

Ptuiihhh....

Tuesday, March 22, 2011

Entry kasi banyak

Pagi tadi aku teringin makan cekelat. Jadi, aku pergi beli satu cekelat bar dekat kedai jual cekelat. Lepas tu, sebelum naik motor, aku makan la itu cekelat. Sambil makan cekelat, aku menyanyi lagu Newboyz oleh kerana tiada lagu bertajuk cekelat.

Aku rasa sungguh gembira.

P/s : I busy noks...

Monday, March 21, 2011

Kurma free size

Masa mak aku balik dari umrah hari tu, ada sedikit majlis kenduri kesyukuran dekat kampung. Masa sesi makan-makan dan berborak tak ingat syurga, macam biasa la, aku tukang dengar saja dari jauh perbualan makcik-makcik ni semua.

Makcik A : Huiii Minah, [nama mak aku], mano kau boli kurmo ni. Panjang-panjang ni ha [sambil menunjuk saiz menggunakan jari].

Mak Aku : Kat Madinah [mak jawab dari jauh].

Makcik B : Ha'ah la. Panjang kemain. [Mulut muncung tanda kagum+sinis]

Makcik A : Agak ey, kalau yang lagi satu tu kurmo nabi, yang panjang ni kurmo malaikat kot.


Makcik A dan Makcik B sama-sama gelak terbahak-bahak macam sedang mengumpat artis di majalah URTV. Kering tekak, mereka minum air zam-zam.


Aku duduk jauh sikit bagi memberi laluan petir menyambar makcik tersebut.

Saturday, March 19, 2011

Matematik dan Islam

Tadi aku penat sangat. Penat ni jika boleh dihitung dengan jari sekalipun, adalah penat yang amat payah dihitung. Malah, jika dikira menggunakan akal fikiran sekalipun untuk menghitung penat tadi, dikhuatiri akal tersebut akan hilang.

Jadi, dari segi perhitungan kalkulator mengambil kira hukum penaakulan mantik, penat aku adalah 'Penat Wali-Wali'. Di mana, adik Adi Putra pun akan menitis air mata jika menyelesaikannya.

Amacam, penat tak aku?

Jadi, bila dah penat, darah pun cepat naik. Bila dah cepat naik darah, aku akan mudah memarahi alam sekeliling. Apa salah alam sekeliling? Tak bolehkah aku bersabar sikit? Bukankah sabar itu separuh daripada iman? Iman adalah mutiara. Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.

Friday, March 18, 2011

Licin

Semalam lepas makan malam, aku duduk atas katil sambil pakai seluar pendek. Dipendekkan cerita, aku ada buka satu masking tape untuk buat tampal lukisan yang aku lukis ke dinding untuk buat hiasan. Peh, macam bilik konsep Ikea aku punya genius. Tak sangka kalau fikir lama-lama, aku ni mempunyai taste rekaan dalaman yang sofistikated juga. Macam Zed Zaidi. Macam setan.

Sedang leka buka masking tape sepanjang kira-kira satu kaki, aku terlepas pegang itu masking tape, lalu terjatuh ke betis. Melekat.

Aku tarik laju-laju.


ZRASSS....


Aku senyap untuk beri laluan part yang pedih itu. Pedih sangat. Bulu betis i cabut. Beratus-ratus helai.

Apa cerita muka ganas, betis licin macam Daphne Iking?

Tuesday, March 15, 2011

Entry Hari Wanita, ya, aku tahu dah lambat sangat. Salah ke?

Dia : Bengong la, charger tak bawak, machibai!

Aku : Charger dia macam mana? Tak baik tau mencarut dalam bahasa mandarin.

Dia : Nak taip sms pun susah la henpon ni. Adoi.

Aku : Nape susah?

Dia : Henpon ni lembab. Tak sekolah agama agaknya.

Aku : Mungkin henpon tu banyak makan semut.


***

Wanita kalau cepat marah, maka buatlah dia tersenyum. Tak kira siapa dia, makwe kah, mak kamu kah, jiran kamu kah, adik kamu kah, kakak kawan kamu kah, siapa sahaja.

Wanita adalah makhluk tuhan yang sabar tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengawal kesabaran itu. Sekiranya mereka tarik muka sekalipun, mereka tetap comel dan menyejukkan hati. Wanita itu dicipta daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung. Bukan juga di kaki untuk dikasari.

Ya, aku lebih menghargai wanita sekarang.


Selamat Hari Wanita, kamu semua. Pembaca blog, pengomen blog, penyinggah blog dan penyembunyi identiti dari golongan wanita. Kamu memberi inspirasi dan membuat aku kembali bernyawa selepas 3 tahun aku terseksa oleh awan-awan hitam dalam hidup.




P/s : Dialog di atas sekadar situasi hiasan dari inbox henpon aku yang kebetulan, makwe itu sedang marah.

Update : Jangan marah sayang. Akhir-akhir ini, kerap sangat kamu naik angin tentang hal-hal kecil sekalipun. Aku tahu, kamu hanya inginkan yang terbaik. Sentiasa ingat pesanku yang satu itu. Masalah bukanlah untuk diratapi, tetapi untuk diselesaikan.

Monday, March 14, 2011

Hoh!

Akhir-akhir ni, ramai jugak yang dengki dan bertindak menabur semut ke dalam periuk aku. Nasib baik aku jenis makan semut sekor buat-buat tak nampak.

Celaka jugak kau ni kan. Kau cakap aku kaki pompuan ke, romeo ke, Jimi Asmara ke, depan aku, aku tak kisah beb. Tapi, jenis cakap belakang canang cerita ke orang lain ni aku tak boleh terima. Nak sangat aku rampas makwe lu? Nak? Tak hingin okay!

Harap muka je macam Karim Benzema, perangai macam Clay Aiken. Clay Aiken pulak, muka macam ikan tamban masin.

Machibai!

Wednesday, March 9, 2011

Pengalaman seram saya malam Selasa

Tok...Tok...Tok...


Aku yang ada dalam bilik tengah main game bola, tersentak dengan bunyi itu. Siapa yang mengetuk pintu rumah tatkala jam dah menunjukkan pukul 3 pagi? Aku biarkan beberapa saat. Sehinggalah berbunyi lagi.


Tok...Tok...Tok...Assalamualaikum!!!


Aku perlahan-lahan bangun dari kerusi, dan menuju ke pintu hadapan.


Tok...Tok...Tok...


Kali ini bunyi ketukan pintu itu semakin jauh pula. Aku jadi hairan dan berasa aneh. Dari segi hukum sains, semakin aku dekat ke pintu, sepatutnya semakin jelas bunyi itu kedengaran. Tetapi sebaliknya berlaku.

Aku perlahan-lahan membuka selak kunci pada pintu utama. Dan buka pintu.


Tiada sesiapa. Aku keluarkan kepala, dan check kiri kanan. Tiada sesiapa.


*bunyi cengkerik*



Aku jadi seram. Segala bulu jadi menaik. Satu persatu episod drama seram malam jumaat TV3 bermain di kepala otak. Puaka Niyang Rapik, Susuk, Durja Ningsun, Penunggu itu, Penunggu ini, Hantu Selipar Balik Rumah, Siri Bercakap Dengan Penggali Keledek, Hantu Asmara, Hantu Sembilu, Hantu Maria Mariana, Hantu Maria Mariana-2 dan segala jadah cerita hantu la aku mula terbayang termasuk sesekali ada jugak episod Jangan Tidur Lagi kendalian Adlin Aman Ramli. Aku mula membaca bismillah dan beberapa potong ayat lazim. Baca dalam hati. Kalau baca dalam mulut, dia boleh jadi riak.


Tok...Tok...Tok...

Bunyi itu berkata lagi. Kali ini lebih kuat.


Aku jadi tak sedap hati. Aku masuk ke bilik kembali.


Tv masih ON.



***



"Tok ketua pergi rumah anak dia kat Kolumpo agaknya. Tu sebab tak menyahut," kata seorang pemuda awal 20-an dalam TV1.


Celaka punya tok ketua. Susah sangat ke nak menyahut?

Aku lempang bucu meja.




Amaran : Sudah-sudah la main game bola tu Sani oi. Kusyuk benar gayanya. Baru pakai speaker surround, dah panik.

Tuesday, March 8, 2011

Cyberjaya oh Cyberjaya - pt 2

Aku : Macha, kira!

Mamak : Wokey. Kira satu kali ka, dua kali ka?

Aku : Kira satu kali cukup la. Terer sangat matematik kau nak darab dua kali?

Mamak : Wokey. (Sambil tangah sroot sreet menulis atas kertas)


Kalau ini video, kau orang boleh nampak tangan menggigil dan bunyi cengkerik.


Dalam bulatan merah tu ialah harga air kosong. Air kosong sahaja. Bebal ke tak bebal? Air kosong sampai 50 sen? Dah la air kosong dia cuma rasa air kosong. Kalau rasa mutiara lain cerita la.


***


Macam biasa. Aku doakan Acik Hassan tu cepat pergi umrah.

Sunday, March 6, 2011

Doa ibu

Masa mak aku nak bertolak pergi umrah itu hari, takde benda lain aku terfikir masa tu. Benda mengejut-mengejut la katakan.


"Tolong doakan orang dapat bini yang baik-baik. Dan cantik. Err...macam Rafidah Ibrahim *misalnya*," aku.

"Insyaallah," kata mak senyum.


Aku sapu air mata di pipinya.



***


Okay. Makwe-makwe di luar sana. Dah masanya aku cari seorang calon isteri. Yang rasa diri ada potensi, sila tonjolkan diri anda bagi mengelak aku terlepas pandang.


:)




P/s : Celaka. Macam iklan Harian Metro.

Saturday, March 5, 2011

Asal usul botol air saya

Akhir-akhir ni, botol air aku yang disiarkan di entry [ini], telah mengalami kejutan budaya yang teruk akibat tempias populariti melampau, kalah kejutan budaya yang pernah diterima Asmawi Ani.

Beberapa hari sudah, ramai rakan-rakan sekerja, malah di YM, fesbuk dan tidak ketinggalan kamu semua yang mengomen di blog, turut mempersoalkan tentang botol air yang cute itu. Nasib baik aku takde perangai cemburu buta kepada objek plastik.


Rahim pernah tanya berkenaan botol aku lama dulu. Dia fikir botol air itu agak unik dan rare. Malah, pernah sekali beliau merancang untuk menculik botol air aku, namun aku cepat mematahkan rancangan jahat beliau. 3 orang komando telah kecundang dalam proses itu termasuk seekor harimau kumbang. Rahim juga menggelarkan botol air aku tu sebagai 'tebuan' berdasarkan bentuknya yang menyerupai haiwan jurassic itu. Macam setan.

Sebenarnya, botol itu aku dapat dekat mak aku setahun yang lepas. Dia beli minuman dekat ekspo apa nama entah dekat area-area Kolumpo. Masa tu, takde pulak aku terfikir botol air itu bakal menjadi artis popular. Sekarang pun tak popular.


***


"Sani, mana botol air jampi kau? " tanya seorang kawan dekat depan muka aku lepas turun motor. Betul-betul depan muka aku.

Peh. Mulut kau, bau paya.

Cyberjaya oh Cyberjaya

Internet dekat tempat aku ni lembab ya amat. Macam mana aku nak tulis entry ni woi? Nama Cyberjaya, tapi internet macam dekat Sungai Putat!

Beladiful. Menteri internet buat apa? Makan gaji buta? Kahwin artis?

Thursday, March 3, 2011

Perangai aku ni kadang-kadang tak melambangkan masyarakat majmuk

Aku ada satu perangai dari kecik sampai ke besar ni yang memang aku takkan ubah mungkin sampai bila-bila. Perangai tu adalah aku tak suka berkongsi minuman dengan orang lain. Nak-nak kongsi gogok botol, kongsi cawan. Geli okay! Okay, kongsi minum dengan makwe tu belakang cerita. Nak kongsi, pergi duduk rumah kongsi la. Lu kongsi, lu langsi!

Untuk yang tak tahu, aku gemar bawak air botol sendiri bila pergi opis. Jadi, bila dah selalu bawak, ramai la yang berkenan nak berkongsi minuman dengan aku biarpun aku hanya bawak air kosong. Untuk yang tak pernah minum air kosong, rasa air kosong ni adalah rasa neutral dan agak Sungai Muar. Ikut la dari mana punca air kosong kau tu.

Okay, dah jauh.

Selalunya, bila aku tinggalkan botol air aku kejap kat opis semasa aku keluar, bila balik je, aku dapat kesan seseorang telah minum air aku tanpa kebenaran. Ini sangatlah mendatangkan amarah. Aku mula la bersikap Faizal Hussain, melenting, sakit hati, memandang rendah orang lain dan baran terhadap haiwan.




Jadi, itu hari, aku buat macam ni.




Alhamdulillah la. Setakat ni berjalan dengan baik. Tak sia-sia TV3 banyak siar cerita hantu tiap malam jumaat.

Wednesday, March 2, 2011

Bergelut

Semasa aku melangkah ke kereta nak pergi pasar malam, tiba-tiba terdengar satu suara garau memanggil nama aku dari belakang. Tak lain tak bukan suara John. Ah, time nak panggil aku la nak buat suara garau macam budak skinhead Terminal 1, time cakap telepon dengan makwe, macam bercakap dengan malaikat dia punya lembut. Hati balada. Suruh mengaji tak tahu.

Ini tak lain tak bukan nak ajak berborak. Tak pun nak pinjam sepuluh ringgit. Jadi, aku pun toleh satu kali ke John.


Dubbb..!!!


Suasana sepi seketika selama 5 saat.

Aku tengok John sedang bergelut dengan rumput. Kenapa perlu John jatuh kaki tersepak ranting? Kenapa?

Sambil itu, mulut John kumat-kamit mencarut dalam bahasa india.

Tuesday, March 1, 2011

Angin satu badan

Salah satu cara untuk tahu bahawa diri kamu tidak malu di kemudian hari adalah dengan melihat angin kamu sendiri. Jika kamu rasa diri kamu sangatlah angin satu badan, pergi kerja angin, berjalan-jalan angin, ke masjid angin, ke shopping complex pun angin, maka, adalah baik kamu check zip seluar kamu takut ia terbuka.

Aku dah rasa dah. Dia punya malu macam haram jadah. Gampang punya zip. Nak rosak, rosak la dekat rumah.


P/s : Tapi nasib baik takde yang perasan. Nasib baik sependa kaler senonoh, kalau polka dot ke, ada tulisan balada ke, gambar Minnie Mouse ke, memang aku terajang tengkuk sendiri.

Nyanyi





Lagu ni aku nyanyi untuk kamu. Semalam aku nyanyi tau. Semalam. Sweet tak aku?

Girl, I think about you everyday now, sometimes I get so jealous, but I can't speed up the time, you and I just use a little patience. Ini bukan lirik dia. Tak payah la sing along pulak.


***

Baru aku sedar , suara aku dengan Alex Band tak jauh beza sangat.