Ada satu ustad baru bertugas memberi ceramah agama tiap-tiap malam Selasa selepas Isyak di surau taman perumahan tempat Majid tinggal. Majid tidak melepaskan peluang untuk turut sama mencari pahala di majlis ilmu itu memandangkan dia sedar bahawa umurnya sudah masuk kategori senja tetapi masih kurang bekalan ilmu akhirat. Dangdut banyak masa muda. Belum masuk bab beli nombor ekor dan tengok dada amoi kedai telefon.
Malam itu, Majid ke surau berseorangan saja. Isterinya Marjinah, memberi alasan datang bulan. Huh, umur nak 50 datang bulan jadah apa. Cakap je la nak tengok drama dekat tivi. Kalau mengumpat, tengah panas matahari atas kepala pun sanggup.
***
Ustad baru yang dikatakan itu muda lagi. Umurnya baru awal 30-an kalau tengok dari paras rupa dan cara berpakaian. Masih kurang pengalaman kalau dilihat dari segi percakapan dan gaya. 'Rookie' bak kata video game.
"Hari ni kita bincang tentang wudhu'. Ramai antara kita yang ambil ringan bab wudhu' ni," mula ustad muda selepas memberi sedikit prakata dan sesi perkenal diri.
"Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimanya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan," sambung ustad muda sambil memandang teks.
Jemaah lain mengangguk. Majid pun mengangguk.
"Okay, saya bagi contoh. Satu hari, saya bawa balik ke rumah ikan keli, dan siang ikan tu untuk dimasak. Tanpa disedari, sisik ikan tu melekat di belakang tangan saya. Saya mandi, tapi sisik ikan tu masih melekat, lepas tu ambil wudhu' untuk solat. Sah kah wudhu' saya itu?" ustad muda bagi sikit permasalahan untuk dibincangkan bersama.
"Sah, ustad," jawab Majid yang duduk di barisan hadapan.
"Ha? Kenapa sah?" balas ustad muda.
"Sebab ikan keli mana ada sisik, ustad," kata Majid.
Jemaah lain buat-buat pandang kipas.
***
Balik ke rumah, ustad muda karate rehal sampai patah empat.
Rookie.

10 comments:
Hahah !
Rehal tak bersalah ustad, eh en Sani. buatla ending insaf sket. ustad buat2 solat taubat ke..haha..btw, suka cerita Majid!
sah ustad tu tak penah tgk mahupun makan ikan keli...
shafinaz: :)
nuwuwuda: nak insaf mcm mane, itu ustad tu punya hati la nak insaf ke tak...kita mana leh jaga tepi kain org...
jo: namapun rookie jo...jenis tak penah ke dapur...
sempoi bro..wakakakah
ok aku tahu..aper kes ustaz pakai suar pendek letak dekat facebook kan..ahaha
hahah,...maapkan la ustad..
brutal: :))
fir: eh...tak la...aku ckp hal umum...yg ko detail sgt apahal? kehkehkeh...tak baik tau...dosa...
nisa: kehkehkeh...tu kena ckp ngn majid...
salam ukhwah...mai tgk blog ikan keli..")
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
manjang ada ikan, promot blog ikan....
Post a Comment