Tuesday, March 15, 2011

Entry Hari Wanita, ya, aku tahu dah lambat sangat. Salah ke?

Dia : Bengong la, charger tak bawak, machibai!

Aku : Charger dia macam mana? Tak baik tau mencarut dalam bahasa mandarin.

Dia : Nak taip sms pun susah la henpon ni. Adoi.

Aku : Nape susah?

Dia : Henpon ni lembab. Tak sekolah agama agaknya.

Aku : Mungkin henpon tu banyak makan semut.


***

Wanita kalau cepat marah, maka buatlah dia tersenyum. Tak kira siapa dia, makwe kah, mak kamu kah, jiran kamu kah, adik kamu kah, kakak kawan kamu kah, siapa sahaja.

Wanita adalah makhluk tuhan yang sabar tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengawal kesabaran itu. Sekiranya mereka tarik muka sekalipun, mereka tetap comel dan menyejukkan hati. Wanita itu dicipta daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung. Bukan juga di kaki untuk dikasari.

Ya, aku lebih menghargai wanita sekarang.


Selamat Hari Wanita, kamu semua. Pembaca blog, pengomen blog, penyinggah blog dan penyembunyi identiti dari golongan wanita. Kamu memberi inspirasi dan membuat aku kembali bernyawa selepas 3 tahun aku terseksa oleh awan-awan hitam dalam hidup.




P/s : Dialog di atas sekadar situasi hiasan dari inbox henpon aku yang kebetulan, makwe itu sedang marah.

Update : Jangan marah sayang. Akhir-akhir ini, kerap sangat kamu naik angin tentang hal-hal kecil sekalipun. Aku tahu, kamu hanya inginkan yang terbaik. Sentiasa ingat pesanku yang satu itu. Masalah bukanlah untuk diratapi, tetapi untuk diselesaikan.

12 comments:

Anonymous said...

sejuk hati baca entri hari wanita kamu ni sani. moga kamu akan mendapat seorang wanita yang pandai menghargai kamu satu hari nanti.

nety said...

awan2 hitam sila nyah dari hidup en sani~
btol kata anon kat atas tu,sjok je baca entri ni,mmg blh senyum la smbil siapkan keje kat opis nih!!!

nuwuwuda said...

-senyum-

Jo Qusary said...

:)

мyΞ'™ said...

terharu bace entry ko ni sani..

:)

en.sani said...

anony: trima kasih...:)

nety: thanx sbb senyum...hehe...slamat buat keja opis...

wuda: -senyum utk kamu jugak-

jo: :)

mai: :) kamu berhak terharu...

Anonymous said...

pemilik handphone : thanks awk :)

en.sani said...

welcome...:)

cik yaya said...

kalau mak ni pondan kire mak ni boleh trima x ucapan hari wanita ni nokk?

en.sani said...

boleh...boleh noks....kena yakin je...kehkehkeh...nak sgt jadi pondan ye yaya?

cik yaya said...

erkk.mak ni pondan asli.xpelah kalau gitewwww keh3

en.sani said...

pondan semua tiruan noks...buatan taiwan...