Thursday, March 3, 2011

Perangai aku ni kadang-kadang tak melambangkan masyarakat majmuk

Aku ada satu perangai dari kecik sampai ke besar ni yang memang aku takkan ubah mungkin sampai bila-bila. Perangai tu adalah aku tak suka berkongsi minuman dengan orang lain. Nak-nak kongsi gogok botol, kongsi cawan. Geli okay! Okay, kongsi minum dengan makwe tu belakang cerita. Nak kongsi, pergi duduk rumah kongsi la. Lu kongsi, lu langsi!

Untuk yang tak tahu, aku gemar bawak air botol sendiri bila pergi opis. Jadi, bila dah selalu bawak, ramai la yang berkenan nak berkongsi minuman dengan aku biarpun aku hanya bawak air kosong. Untuk yang tak pernah minum air kosong, rasa air kosong ni adalah rasa neutral dan agak Sungai Muar. Ikut la dari mana punca air kosong kau tu.

Okay, dah jauh.

Selalunya, bila aku tinggalkan botol air aku kejap kat opis semasa aku keluar, bila balik je, aku dapat kesan seseorang telah minum air aku tanpa kebenaran. Ini sangatlah mendatangkan amarah. Aku mula la bersikap Faizal Hussain, melenting, sakit hati, memandang rendah orang lain dan baran terhadap haiwan.




Jadi, itu hari, aku buat macam ni.




Alhamdulillah la. Setakat ni berjalan dengan baik. Tak sia-sia TV3 banyak siar cerita hantu tiap malam jumaat.

12 comments:

Unknown said...

ahaha..
1st botol air ko sgt cute..lalala
2nd aku pun tk suke kongsi..aku syak dia akan sebarkan virus

*umah aku mmg tk der pokok2..nk keluar terus masuk lift jer.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Hahaha...satu idea yg bernas...letak air selusuh lagi org takut kot !!

musya said...

hahahahahahhaha ;DD

en.sani said...

fir: ramai cakap botol air aku cute...mmg aku susah nak menafikannya...

CT: air selusuh tu utk kesihatan org mengandung ke hape?

musya: hahahaha...:p

Jo Qusary said...

ko tulis kat situ air kencing pasti takde sape ingin minum...

мyΞ'™ said...

comel gilaaaaa !!!

en.sani said...

jo: takkan la air kencing jernih macam tu sekali jo....ko jgn macam2...

mai: ape comel?botol? hahaha....ramai kata mcm tu...

Meera said...

HAHAHA... Ok, idea ini sangat comel...:)

Anonymous said...

hahahaha...
urban btol idea encik sani..
terbaekkk la ko..hahaha

en.sani said...

meera: hehehe....idea?tolong buat dekat botol air hello kitty kamu.

syeida: err...urban tu ape?

Kak Long said...

muahahahaa.. bole la try buat plak lepas ni.. bagus2, kebersihan tu kan separuh drpd iman..

en.sani said...

buat...buat...mulut masing2 dah la bau paya...