Sunday, January 10, 2010

Bulan makan kelapa

Sampailah satu masa pada tengahari tadi, semasa sedang jalan-jalan dalam taman bunga MMU Cyberjaya, aku teringin minum air kelapa. Aku pandang pokok kelapa katik. Rendah saja. Memandangkan ketinggian aku yang ala kadar selaku lelaki asia, perlu juga aku panjat sekaki dua. Skill memanjat aku memang zero kalau nak catat dalam resume mintak kerja. Aku ada masalah gayat. Dekat kampung dulu, adik aku yang jadi mangsa panjat pokok petai atau ambil selipar kena baling atas bumbung. Tapi, setakat sejengkal nak capai buah kelapa katik, takde masalah aku rasa. Jika jatuh, kau telefon 999 dan mengadu pasal aku jatuh kelapa katik, dah tentu operator tu cakap aku tipu dan mengklasifikasikan sebagai panggilan palsu.

Dapat sebijik kelapa muda. Puas hati jugak. Pakai skrew driver kupas kulit kelapa. Kemahiran ni aku belajar dari Terminator 3 semasa sesi latihan dengan dia.

Kupas. 'Kelapa dimakan bulan'.

Orang tua-tua cakap, orang mengandung elok makan 'kelapa dimakan bulan'. Nanti bersalin, anak cantik. Mana-mana dari korang yang tak tahu kelapa makan bulan macam mana, memang korang tak true kampung.

Ah, lupa pulak. Aku tak mengandung. Jadi, aku tak minum air kelapa tu. Mungkin mak aku masa mengandungkan aku tak makan kelapa makan bulan juga.

***

Kelapa makan bulan jika korang tak tahu, kelapa yang isinya macam rosak, tetapi bukan rosak. Isinya berkedut-kedut, tapi tidak busuk. Malah, airnya rasa manis. Isinya juga boleh dimakan. Keturunan aku memang panggil kelapa dimakan bulan. Tempat korang tak tau pulak panggil apa.

Kejap, cuba kau bayangkan, bulan yang satu tu malam-malam mengendap semata-mata nak makan kelapa. Takkan la takde benda lain bulan tu nak makan. Ah, mungkin juga di negara barat ada istilah epal dimakan bulan. Atau Anggur dimakan bulan. Siapa tahu?

No comments: