Wednesday, January 20, 2010

Televisyen sebagai pembangun ummah

Masa aku kecik dulu, ya, masa aku tulis biodata makanan kegemaran adalah RAHSIA dan minuman kegemaran RAHSIA, hidup aku penuh dengan menonton televisyen selain main lumba lari atas jalan-tar-batu-kerikir-besar-penumbuk-budak dan juga tengok kawan main kereta Dash Yankuro. Menonton televisyen zaman sekolah dulu, sudah tentu paling top adalah TV3. Masa kecil juga aku belajar mencarut daripada televisyen, kerana tiap kali aku tengok rancangan kegemaran aku seperti Power Rangers dan Ultraman Taro, iklan sangat mengganggu minda aku yang baru nak berkembang masa tu.

Zaman tersebut(dan sampai sekarang diwarisi), iklan di televisyen memang melampau lamanya. Tiap kali waktu puncak, iaitu tika rasaksa hampir tewas, keluar pula iklan sabun basuh, serbuk kari dan sebagainya. Pernah sekali aku ambil jam randik mengira masa satu sesi iklan bagi sebuah rancangan televisyen, ternyata, iklan 10 minit untuk rancangan setengah jam. Ini sudah kira mencabul hak kanak-kanak, aku fikir. Sampai lah satu masa aku memikirkan rasional kerajaan membuat lesen televisyen. Amat tak masuk akal. Iklan melambak. Lepas tu nak renew roadtax tiap-tiap tahun, untuk tengok iklan sabun basuh dan serbuk kari yang berdurasi kira-kira 20 minit tiap jam. Aku ingat lagi lesen televisyen warna hijau muda atok aku gantung atas televisyen Toshiba ada pelekat Dash Yankuro. Bila ada mamat datang nak periksa lesen televisyen, aku memandang serong beliau walaupun dia kerja secara halal.

Sehinggalah kerajaan memansuhkan lesen televisyen, aku pun tetap tak puas hati lagi. Iklan masih menjadi-jadi. Aku cuba memperbagaikan aktiviti luar dengan rakan-rakan seperti jungle trekking di ladang getah, main baling-baling anjing jiran dan meletupkan katak menggunakan mercun mancis.

Sekarang, aku sudah dewasa. Banyak cabang ilmu lain yang boleh aku terokai selain televisyen. Dalam bilik aku ada segala-galanya. Bukak televisyen, sambil online, sambil main game Football Manager. Sejak akhir-akhir ni, aku suka menonton Wonderpets dan Bob the Builder. Bila ada iklan, aku tidak merungut lagi seperti 15 tahun lalu, kerana aku sudah lebih berfikiran ortodoks.

***
Tangan aku sekarang gatal. Dekat kepala katil aku memang aku sediakan pen dan kertas. Bila aku tak boleh tidur, aku tulis la apa patut. Aku mula risau, aku ada penyakit sukar mahu tidur. Hari ni, aku tak tidur langsung. Haih...bila la mahu lelap ni. Dah pukul 11 pagi dah.


2 comments:

Anonymous said...

wohohooo...lawa kamu lukiss~

-en.sani- said...

tu pun lawa...megan fox lg lawa laaa...