Sunday, January 24, 2010

Entry tak dapat tidur Vol : 1

Setahun aku kerja MMU Cyberjaya. Dari merangkak cakap slanga English-Arab-Iran, sampai dah boleh ikut rentak, sampai merangkak balik. Sekarang, aku sudah jarang buat smartcard untuk student. Bos besar aku mahukan perubahan. Menekankan sistem kapitalis dalam pejabat di mana puak dia sahaja boleh duduk opis lama-lama. Puak yang tak reti bodek, dia pasti tindas. Nasib baik aku bukan golongan yang ada masalah sikit pergi jumpa bomoh orang asli.

Kadang-kadang aku buat smartcard untuk staf, cool juga. Kenal jugaklah aku dengan awek Assistant Manager library yang comel tu. Tu tak masuk Assistant Manager IPS Study lagi tu. Tapi, macam biasa. Aku ada perangai yang susah aku nak ubah. Aku malu untuk mulakan bual bicara dengan wanita melayu. Tetapi, aku langsung tak malu nak berbual dengan awek international. Ada sekali amoi sorang dari negara China, datang opis aku macam gadis Litar Sepang punya seksi. Aku check-check, nama dia Aisha. Aku tanya dia betul ke nama dia macam tu? Dia cakap betul. Lepas tu, selamba dia cakap,"I'm muslim..." Aku punya bodoh, pergi balas, " Are you sure?" sambil tengok cara pemakaiannya. Macam gampang kan? Nasib baik dia tak tersinggung. Aku rasa kalau awek jaga kaunter dekat Petronas aku cakap macam tu, mahu dia bunyikan penggera keselamatan.

Pernah sekali, aku kenal dengan sorang mamat dari Arab Saudi. Dia memang banyak mulut jugak. Aku pun layan la dia. Dia cakap, orang Malaysia memang sangat peramah dan baik. Tapi katanya, ada satu perkara yang dia pelik dengan orang Malaysia. Nama penuh dia Ghozali Munthabshee Al-Imam. Housematenya yang juga seorang lelaki melayu memanggilnya hanya dengan nama "Zali". Dan ini memang cukup buat dia meluat dan tertanya-tanya. Dia siap tanya aku, adakah aku juga ada nama ringkas? Aku jawab tenang, nama aku Mohd Hairussani, tapi, ramai orang panggil aku hanya "Ni". Dan aku sambung, orang Malaysia sungguh penyabar dan tak ambil port benda kecil. Budak arab tu terus pandang aku macam Dr. Romzey... Celaka. Serius sikit pun nak percaya.

Sekarang aku jarang buat smartcard, aku sudah mula rindu nak bergaduh dengan budak-budak Iran yang tak makan saman. Sedozen jugak student pernah makan maki aku sebab buat bising dalam opis aku selain kacau-kacau kakak kerani. Aku berani buat macam tu sebab aku tahu, budak-budak Iran ni takde main kongsi gelap seperti dalam filem Hong Kong. Silap sikit, keluar pagar MMU dah siap Geng Kapak dengan ketuanya berambut panjang berkilat taruk secekak Brylcream, siap sedia nak serang aku. Time tu, dah tak kira kau tu tiga line ke, skinhead Terminal One ke, cucu Pendekar Kundur ke, yang pasti, kau hanya perlu mengucap dulu.

Akhir-akhir ni, aku tak begitu nak into dalam hal student. Aku bangun tidur, siap-siap terus pergi kerja. Petang kawan ajak mancing, aku on je. Sampai la semalam, Kawan aku, Rizal, bawak bini dia ajak aku pergi memancing udang. Bini dia cun jugak. Orang Sabah. Masa tengah memancing, aku menyanyi kecil-kecilan lagu Jamal Abdillah. Aku pun tak perasan sebab aku ingat aku menyanyi dalam hati, rupa-rupanya aku menyanyi dalam mulut. Balik dari memancing, Rizal cakap, "Sani, bini aku ajak kau pergi karaoke dapat gaji esok. Jom la!" Fuh...celaka betul aku cakap. Aku mana pernah karaoke siot. Tau la suara aku macam Ronan Keating, tapi aku tak pernah pergi karaoke! Aku ingatkan aku cakap dalam mulut time ni, rupa-rupanya tidak. Aku hanya berkata dalam hati. Tak sampai hati pulak nak tolak.

Minggu ni aku dapat gaji. Lama sudah aku tak layan wayang sorang-sorang dekat Alamanda. Bila layan wayang sorang-sorang, aku takde hal punya nak layan cerita kartun dan cerita yang tak serius. Kalau ada cerita Nur Kasih dekat wayang pun aku pergi je layan. Hahahahaha~

2 comments:

hani said...

glew ah tros ajk g karok..haha..btol ke??hahah

en.sani said...

btol la...wat malu je ngan bini dia...