Semalam, kawan aku tanya, pernah pergi Kelantan tak? Aku cakap, tak pernah pun. Seumur hidup aku, sekali je jejak Kelantan.Tu pun tengok gambar lama-lama. Masa aku kecik dulu. Hingus masih tak kering. Ingat nak main saja perangai.
Masa kecik, masa tulis Biodata Saya, bahagian Tempat Pernah Dilawati aku tulis Alor Gajah. Sebab Alor Gajah saja aku reti sebut. Dulu-dulu, kalau orang sebut Jerantut atau Sabak Bernam, pasti aku terbayang tempat yang dituruni salji berlatar belakangkan pergunungan Alps. Aku punya hobi adalah mengumpul setem. Dan makanan kegemaran aku adalah RAHSIA. Dan minuman kegemaran aku jugak RAHSIA. Dan tak lupa, bahagian ucapan pula aku akan tulis "Semoga berjaya dalam hidup dan belajar rajin-rajin untuk mengharungi UPSR". Itu sudah aku anggap paling hebat la penulisan.
Ya. Cerita masa kecik aku taklah hebat. Tiada pengalaman yang indah yang betul-betul menusuk kalbu sehingga aku dewasa. Semua moment-moment indah aku tak ingat. Paling aku ingat moment-moment indah masa kecik aku adalah berjaya memecahkan gasing kawan dengan gasing bawang bertuah aku dan juga mendapat 5 ekor anak ikan talapia merah ketika memancing di lombong tinggal. Kenangan pahit pun susah nak ingat. Oh ya, kenangan paling pahit aku pernah tempuh mungkin menghilangkan kunci basikal ketika menyertai lumba lari di sekolah. Poket seluar tracksuit aku pendek. Kena sebat dengan atuk juga la. Tapi, tak boleh lawan kena sebat dengan penyangkut baju besi mak aku bedal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment