Friday, January 22, 2010

Isteri kamu

"Semalam aku pergi berkelah dekat Jeram Toi, dengan bini aku. Konvoi dengan kawan-kawan Air Asia dia. 10 kereta jugak la yang pergi. Balik tu, bini aku terpandang la lori jual durian. Dia suruh aku berhenti, nak merasa la durian kampung. Bini aku punya 'nak merasa' rupa-rupanya satu bakul! Dah la tengah hujung bulan. Terpaksa la beli. Karang takut merajuk," kata Yusni.

Lepas tu, Yusni ajak kami ke keretanya. Bonet Kancilnya dia buka. Aku dan Rizal terbau aroma kuat durian semalam yang masih melekat di fabrik dalam kereta. Harum.

"Cuba kau tengok, orang rumah aku. Nak kasut aku beli kasut. Dah tu, penuh satu bonet kasut. Mahal-mahal punya kasut pulak tu. Hadoih...tengok ni, Sembonia, Lauren, Martini, Carlo Runi, Paolo Maldini suma ada," Yusni menambah sambil menunjuk satu-satu jenama kasut bininya. Penuh satu bonet disamping batang joran dan sunglases yang entah berapa kotak lagi.

Rizal mencelah,
"Kau suruh la dia letak kasut dekat rumah, susun baik-baik, tak la semak kereta."

"Nasib baik kawan Air Asia dia sorang tu cun. Boleh jugak aku cover macho beli macam orang kaya. Horny jugak aku tengok awek tu mandi dekat Jeram Toi semalam. Musibat." Sambung Yusni yang tak sedar sudah mempunyai 3 orang anak.

Kami ketawa lelaki.



"Aku hari tu masa off day, bawak la bini pergi jalan-jalan. Sampai pulak dekat simpang Seri Kembangan, dia nampak pulak apek tu jual durian D24. Macam kau la Yusni, bini aku teringin nak makan durian. Aku tak sampai hati la pulak. Mana tau takut kempunan pulak besok pagi nak pergi kerja naik kereta. Aku beli aje. Sekilo 8 ringgit. Dia ambil sebijik, apek tu cakap 23 ringgit siot. Adui. Tapi, tak kisah la, mana la tau dia mengandung pulak," kata Rizal yang masih mencuba untuk mendapatkan seorang anak.

Tiba-tiba, handphone Rizal berbunyi.

"Helo, ye sayang. Bila nak balik dari kursus? Rindu lah. Cepat la sikit balik. Kursus dekat Sabah lama-lama buat apa. Air dah naik kepala dah ni.....Eleh.......tak nak kawan sudah~" bual Rizal cuba bermanja dengan isterinya yang sedang berkursus di Sabah.

Aku dan Yusni senyum simpul.

Rizal menambah,
"Bini aku, nak isi minyak kereta mana tahu. Sume suruh aku. Aku belikan dia kereta dah 3 tahun, tak pernah dia isi minyak kereta tu. Itu hari, aku ajar la dia macam mana nak isi minyak kereta. Berderau darah aku dia nak isi diesel dekat Saga BLM aku. Fuh, nasib baik sempat jerit dari kaunter. Awek kaunter tu pulak terkejut beruk, ingat aku nak rompak dia."

Aku dan Yusni bantai gelak.


Tiba-tiba, Yusni senyap.

"Sani, kau takde bini, jangan gelak."

Celaka.

4 comments:

hani said...

hahahahah..klaka glew!..masing cte bini masing2~..sani lak xley nk gelak xde binik!..muahaha~

-en.sani- said...

weh...sesape nk jadi bini aku, meh ngaku cepat!!!

D'Liyah Rizal said...

hahahahaha...cite org lelaki ni mcm2...baru ari ni, aku baca blog ko yg ala2 giler2 remaja ni...best gak...cite ko ni...asyik kutuk kwn ko yg 2 org ni yer...termasuk gak r dgn bini2 mereka sekali...huhuhuhu

-en.sani- said...

hehehe...