Monday, January 4, 2010

Stress Vol : 2

Semalam, bila nak pergi kerja, aku bukak almari, carik gel rambut nak tepek sebab nak pergi kerja. Celaka. Takde. Baru aku ingat, gel rambut aku tinggal dekat rumah makcik. Gelap la masa depan aku kejap lagi ni, aku fikir.

Buat pertama kali dalam setahun, aku pergi kerja dengan rambut macam lelaki kerja kerajaan zaman 90-an. Sekali imbas, macam Mustapha Maarof pun ada. Itu yang menjadikan hari aku kurang popular. Muka kerut memanjang sebab tak puas hati. Stress la konon rambut tak tajam-tajam seperti sediakala.

2 comments:

Anonymous said...

padan muka rambut buruk. kakaka.

-en.sani- said...

kutuk la. rambut ni la yg makcik2 pasar malam gilakan dulu tau dak?