Thursday, January 14, 2010

Hari disayangi

Wan aku pernah berkata, ada dua saja hari yang orang sayang betul dekat kita. Walaupun orang itu perangai macam komunis, pasti dua hari ni orang betul-betul sayang. Iaitu hari kelahirannya dan juga hari kematiannya. Aku cakap dekat wan, sekarang dah lain. Ada satu hari lagi yang orang betul-betul sayang kita. Wan tanya, hari apa? Aku cakap, hari gaji.

Haih...Lambat betul nak gaji. Lambat lagi la orang nak sayang aku. Road-tax motor dah tamat hari Isnin itu hari. Hujung bulan giliran lesen pula mati. Sekarang ni mula la nak makan makanan eksotik. Tengok burung merbuk pun teringat puyuh panggang. Tengok ikan longkang pun macam siakap tiga rasa.

Pagi-pagi lagi motor aku pancit pulak. Hari ni balik rumah jalan kaki. Motor bagi kawan pakai. Suruh dia ganti tiub. Lepas tu pakai je la. Malas pulak nak naik motor pergi kerja. Jalan kaki lagi baik. Boleh lalu dekat swimming pool.




Tiba-tiba rasa mahu main game Gran Tourismo pulak.

No comments: