Tuesday, January 5, 2010

Kain putih

Cikgunya bertanya kepada pelajar di dalam kelas asuhannya.

"What are U wanna be when U are getting older?"



Budak berusia 4 tahun itu berkata, "Pirates."

Budak berusia 4 tahun setengah jawab, "I wanna be a big boy and a little bit wild."

Budak berusia 5 tahun jawab, "I wanna be Didier Drogba, teacher!"



Ternyata, mereka masih kain putih.


***

Permulaan sesi persekolahan, orang sibuk teman anak masuk hari pertama persekolahan, aku yang takde anak ni pergi ke taska dalam MMU. Saja mahu lihat gelagat mereka.
Haih...kan bagus aku ada mesin masa. Kembali ke zaman aku tadika, buat muka garang dekat aku masa kecik, paksa aku belajar ketat-ketat.

Ah. Aku dengar Doraemon duduk dekat area Kampung Melayu Subang. Boleh la pinjam kejap mesin merentas masa. Rasuah la kuih dorayaki seketul dua.

***

Mak aku masa aku kecik, dia ajar pakai penyangkut baju besi kat tangan sebelah. Huruf 'b' aku tak cukup bulat, kena la sedas kat tengah belakang. Cukup 5 das sebat tengah belakang, huruf 'b' aku pun cukup bulat.

Budak sekarang lembik. Kena gigit semut lebam satu tangan. Terpijak lipas pun boleh demam panas 5 hari. Tengok filem tembak-tembak sikit, malam tu mengigau sampai kencing malam. Dulu, aku masa kecik, habis je tadika, salin baju tengahari tu terus pergi golek-golek dekat dalam semak. Petang tu kelelakian aku kena tungau. Cilake.

2 comments:

Anonymous said...

tungau ke cik abg? kih3...

en.sani said...

besau ni jadinya...<---tunjuk lengan...