Wednesday, January 27, 2010

Dekad terbaik untuk rakyat bermotivasi tinggi

Habis satu dekad yang penuh warna-warni. Yang kaya sudah miskin, yang miskin sudah kaya. Yang kecil sudah besar. Yang dulu buta huruf, sekarang buta IT. Dulu bayar roadtax motor tiap tahun, sekarang mee maggi lagi mahal dari roadtax. Tabligh pun pergi surau naik Toyota Alphard. Dan paling penting, orang Malaysia sudah kenal kegunaan sebenar spray can.

Grafiti pilihan sepanjang dekad ini. Membuktikan rakyat Malaysia tidak mensia-siakan kreativiti hanya dalam kelas. Lempiaskan kreativiti di luar darjah untuk membuktikan ilmu boleh digunapakai di mana-mana. Bak kata cikgu Pendidikan Jasmani aku, "Ilmu itu macam torch light, kalau takde torch light, kau tak boleh nak suluh durian malam-malam."

Tahniah orang Dengkil!

2 comments:

Anonymous said...

hampeh kau sani...tersembur aku...

-en.sani- said...

air ape yg trsembur? air liurkah, air hidungkah, atau air2 yg lain??