Saturday, October 30, 2010

Ikan pari, Youtube dan kacip fatimah

Aku selalu jugak kalau tengah kerja, malas nak makan dekat luar. Aku biasa tapau nasik bungkus, dan makan dalam opis. Dah la econ. Ada lagu Ziana Zain. Boleh tonton Youtube. Layan facebook dengan tangan penuh nasik. Peh. Starbuck pun tak buat itu macam.

Okay.

Hari ni, aku pergi tapau nasik bungkus dari asrama perempuan. Maksud aku, kantin asrama perempuan. Nasik kosong, taugeh goreng, masak asam ikan pari dan sedikit paru goreng. Aku bawak pulang ke pejabat. Kira lama jugak aku tak makan masak asam ikan pari ni. Terliur beb. Manjang bedal KFC pun tak seronok jugak.

Din ada pejabat. Dia tengah layan Youtube.



" Makan, Din, " kata aku ajak ayam.

" Sila. Sila. Bismillah, " balas Din.


Lepas basuh tangan lebih kurang, aku buka bungkusan nasik dengan lauk masak asam ikan pari. Baca bismillah dan kasi ada bunyi agama-agama sikit dan terus makan.


Tiba-tiba, Din berkata,


" Ikan pari ni pun ada yang beranak jugak, ye? " katanya merujuk ke satu video ikan pari beranak.



Aku berhenti makan.

Hal-hal beranak, bersalin pramatang, ketuban pecah, patah kaki, monopous, eksiden, bedah-bedah perut, darah hidup, darah mati, dan kambing beranak songsang, sila jangan cakap masa aku nak makan, ye kawan-kawan?


Tekak aku kembang sekarang.

Tekak kembang, kalau minum kacip fatimah, dia boleh kuncup tak?

Friday, October 29, 2010

Nasik lemak sekolah saya



Semalam, Keril ada sebut pasal beliau buat lawatan kerja ke kantin sekolah rendah dalam fesbuk. Memang betul. Cuba kau orang yang dah tua ni, sesekali masuk ke sekolah rendah lama kau orang, pergi kantin, dan nikmati suasana seperti kau orang masa kecik. Spirit yang lama-lama tu mesti menaik punya.

Okay. Aku ingat balik masa aku sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Tampin. Ketika loceng berbunyi menandakan waktu rehat, maka riuhlah kanak-kanak berlari ke kantin untuk mengejar 'Q' membeli makanan dan minuman dan tak kurang juga nak cop tempat best.

Tempat paling favourite budak-budak lelaki baya aku dulu adalah di luar kantin iaitu di tepi longkang. Giler cool. Macam budak-budak motor lepak tepi longkang. Tempat ni kecil sahaja. Kerap juga budak-budak berkelahi sebab dah cop tempat tu. Siapa cepat dia dapat. Jadi, ia adalah dewa segala tempat makan. Bodoh betul. Kalau anak aku tu, memang dah makan tali pinggang kulit.

Satu yang menarik di kantin sekolah rendah ini adalah, harga makanan. Okay. Imbas kembali. Masa aku darjah 1 hingga 3, wan bagi duit belanja hanya 35 sen. Serius. Zaman itu, 5 sen itu dikira matawang. Tak seperti sekarang. 35 sen boleh makan sampai kenyang. Tak percaya?



Aneka kuih muih berharga 10 sen sehelai.

Air gelas besar 10 sen.

Air gelas kecik 5 sen.

Nasik lemak/mi goreng/bihun goreng berharga 20 sen sepinggan.


See? See? Murah kan?

Dan paling best, sepinggan nasik lemak 20 sen? Wau!

Kalaulah Nora Danish tahu ada nasik lemak lagi murah, pasti dia berkecil hati. Aku harap, jangan sesiapa pembaca kat sini gatal-gatal tangan nak bagi link blog aku ke Nora Danish. Tolonglah.

Hati gajah sama dilapah, hati Nora Danish, siapa yang tahu?



Masa ni hobi aku adalah mengumpul setem dan menangkap labah-labah air. Cita-cita drebar bas. Makanan kegemaran, Rahsia.

Thursday, October 28, 2010

Melayu berdaya saing

Semalam ialah hari cuti aku. Malam sebelumnya, aku ke rumah Rizal. Dan aku tidur di rumahnya tanpa sebarang persiapan tidur. Hanya pakai seluar jeans dan t-shirt lengan panjang.

Pagi semalam, aku tersedar dari tidur. Dia punya nyenyak, sampai tak sedar dah pukul 10 pagi. Orang rumah Rizal dah pergi kerja.

" Beb, jom pegi The Mines..." kata aku.

" Jom. Singgah klinik. Aku nak ambik MC..." jawab Rizal.


Aku geleng kepala dan senyum sinis.


Dalam kereta,


" Kau dah mandi ke belum ni? " tanya Rizal.

" Kehkehkeh... Belum. Malas la. Tak bawak berus gigi. Basuh muka je..." kata aku sambil cari topi di tempat duduk belakang bagi sembunyi rambut cacamarba.

" Owh. Aku pun tak mandi jugak. Kahkahkah! " jawab Rizal yakin.


Muka aku samada mandi atau tak, adalah dua perkara yang sukar untuk dibandingkan. Itu namanya muka kontemporari.

" Perangai macam Bangladesh! " kata aku sengih.



Kami membuktikan bahawa bangsa Melayu juga berdaya saing dengan bangsa-bangsa yang lain seperti Myanmar, Bangla, Vietnam, Kemboja, dan segelintir Thailand.

Pagi ini...

1) Aku abis memancing pukul 1 pagi. Balik rumah dah pukul 1.30 pagi. Mandi mandi lebih kurang. Gosok gigi. Cuci muka. Pakai baju, dan terus set alarm pukul 6 pagi. Tido...

2) Sampai jam 3 pagi, tak dapat tido lagi. Masalah biasa bagi aku. Cukup terseksa sebenarnya imnosia ni sebenarnya ye kawan-kawan. Walaupun tidaklah serius sampai kena jumpa bomoh buang saka.

3) Tau-tau dah terlelap. Plup! Sedar-sedar jam 4 pagi. Shit. Kaki aku dinodai oleh nyamuk. Celaka. Aku alergik nyamuk. Jadi, aku ridsect kan mereka sampai aku puas. Sambung tido. Masa itu pukul 4.40 pagi.

4) Bunyi alarm. Pukul 6 pagi. Aku benci alarm pagi. Walaupun aku set alarm lagu Ziana Zain, tapi tetap tak suka.

5) Bangun. Mandi. Gosok gigi. Menyanyi serba sedikit. Pakai baju, siap-siap untuk kerja. Capai kunci kereta, terus pergi kerja. Waktu itu jam 6.45 pagi. Dia punya sejuk macam kat Kanada. Parking kereta dah la bawah pokok besar gelap. Gila. Ini kalau kena ludah pontianak, memang nahas.

6) Masuk kerja. Dan aku start batuk. Aku batuk sampai anak tekak terkeluar. Aku ambik slow-slow itu anak tekak, dan kasi pulang sama ibu tekak. Tengah menyusu barangkali.

7) Dan, pagi ini sungguh boring. Dia punya boring macam gampang.

8) Dan orang yang pertama kena maki aku adalah Hafizan.

" Woi, Sani...Mancing ke semalam?" katanya dari jauh.

" Cibai! Duit 30 ringgit aku bila nak ganti? P***! " jawab aku menjerit.



Oh, ya. Semalam hari suwey aku. Hari suwey tak bagus untuk budak-budak yang baru nak naik macam aku.

Tuesday, October 26, 2010

Kelkatu

Kenapa ramai orang benci kelkatu?

Kenapa kelkatu tidak disenangi banyak pihak?

Kenapa aku pun tak suka kelkatu?

Kenapa kelkatu dipandang hina?

Kenapa kelkatu mendatangkan kemarahan orang kampung?

Kenapa kelkatu perangai macam gampang?

Kenapa kelkatu tidak ada kes buang anak, tetapi masih kurang disenangi?


Jawapannya ialah:

Aku nak tidur dari pukul 2 pagi tadi, yang kelkatu ni main-main terbang dekat hidung aku apahal? Nak kena lempang?


Oh. Ada juga insan lemah yang tidak mengenali kelkatu? Duduk town mungkin. Sila google dengan kata kunci 'kelkatu'. Aku kalau tengah marah, google pun aku lempang. Aku bagi klue. Kelkatu bukan nama gunung berapi.



p/s : Kelkatu menghantui malam-malamku.

Nama

Aku ada seorang sepupu paling last. 5 tahun tak silap. Anak pakcik. Amat nakal. Suka memakai topi Mickey Mouse dan nakal maksimum. Mempunyai rekod memotong rambut sendiri dengan mesin rambut, pernah mengunyah rokok dan jatuh akibat terpijak tali rafia. Ye. Lembik. Macam agar-agar. Kena angin kipas boleh rebah akibat kurang vitamin dan kadar metabolisma yang rendah. Nama Amirullah. Tapi panggil Amir saja. Aku panggil dia 'Lengkong' sempena nama lain untuk 'agar-agar'.


Kami sedang menonton tv di dapur.


Amir : Along Ayush...(dia panggil aku dengan nama ni...)

Aku : Ape?

Amir : Kita boleh tak tukar nama eh?

Aku : Kenapa?

Amir : Amir ingat, nak tukar nama la. Nak suruh papa tukar nama. Boleh kan?

Aku : Kenapa nak tukar nama? Kan sedap nama Amirullah tu...

Amir : Tak sedap la...

Aku : Habis, nak tukar nama apa?

Amir : Upin dan Ipin...(katanya serius)



Okay. Bapak dia nama Jamal.

Upin dan Ipin Bin Jamal. Amacam?

Kau ingat kakak kat pejabat pendaftaran tu nak layan? Baik dia tengok Sinetron Alisa.

Friday, October 22, 2010

Jam

Aku ada beberapa bijik jam dalam hidup aku. Orang kata, hidup orang yang dikelilingi jam ni boleh memotivasikan diri untuk menghargai waktu. Okay. Kita lihat.

1) Jam tangan nombor 1. Jam tangan ni aku set cepat 10 minit dari jam Buletin Utama. Kenapa Buletin Utama? Kerana makwe cun ramai baca berita. Cakap nama Maria Sharapova tak betul belakang kira.

2) Jam tangan nombor 2. Ada dwifungsi. Jam tradisional dan digital dalam satu jam tangan. Jam ini aku set 5 minit cepat dari jam Buletin Utama.

3) Jam meja berbentuk kotak berwarna kuning pisang. (Kenapa pisang?Sebab bila kuning, aku teringat pisang saja. Tak tahu kenapa...) Jam hadiah ex-girlfriend. Jam ini aku set 10 minit cepat dari jam Buletin utama. Namun, bateri dia kerap habis dalam masa 2-3 bulan ni. Aku syak ada pari-pari kenit curi kuasa bateri dia tiap malam untuk digunakan sebagai cahaya pada kepaknya untuk kembali ke syurga. Okay. Tipu.

4) Jam KFC. Jam paling kecoh. Berbentuk periuk tekanan. Macam unik. Tetapi bangang. Aku dapat jam ni masa beli Nasik Ayam dalam promosi KFC beberapa bulan lepas. Aku cukup tak suka jam ini sebab bila ia berbunyi, ia akan mengeluarkan bunyi ayam berkokok. Aku tak suka. Sebab, ia mengingatkan aku kepada ayam jantan yang aku bela masa kecik. Ayam itu mengalami tragedi ngeri yang aku takkan lupa sampai hari ini. Ayam itu mati sebab aku timbus dia dalam guni dedak. Aku serius bergurau masa tu. Oh, ya. Ayam aku bernama 'Tipah'. Tapi dia jantan.

Okay. Aku dah jauh.

Jam KFC ni aku set 15 minit cepat dari jam Buletin Utama.

5) Jam komputer. Jam dalam komputer peribadi yang aku set 15 minit lebih cepat dari jam Buletin Utama.

6) Jam dinding berwarna hitam yang bertulis, 'I Love You, Teddy! '. Dulu-dulu suka. Sekarang menyampah. Jam ini sengaja aku tak setting dia punya masa sebab dah rosak. Dan aku simpan dalam kotak bawah katil.

7) Jam handset. Aku set 5 minit lebih cepat dari jam Buletin Utama.




Okay. Cerita banyak tak guna. Semalam aku sedar-sedar jam 1 tengahari.

Amacam? Menghargai masa tak? Wan aku ajak pergi pasar langsung kensel.

Tengahari aku makan telur goreng dua bijik.

"Wau...merah nok..."

Hari ini rasa lain macam. Selepas beberapa minggu cuaca panas berdengkang menyelubungi Cyberjaya, hari ini redup semacam. Cuaca pun sejuk. Tak macam semalam. Panas macam kuali roti canai.

Selepas menjalankan kerja opis lebih kurang, aku pergi ke tandas untuk menunaikan jadual urin. Rasa sejuk dia lain macam. Kadang-kadang sampai ke tulang. Kadang-kadang sejuk dia biasa-biasa saja. Kadang-kadang sejuk maksimum dia datang tiba-tiba pulak.


Beberapa ekor gagak yang terbang melintasi cermin opis aku lihat turut memakai baju sejuk.

"Aaakkk...Aaakkk..." kata gagak tersebut. Sejuk mungkin.



Aku masuk ke tandas lalu depan cermin.

Aku terus karate sinki tandas.


Patut la sejuk dia tak konsisten. Zip seluar rosak. Elok je Gua Niah terdedah.





" Wau...merah nok..."

Jawatan kosong

Semalam, mak aku call. Selepas berborak hal-hal duniawi dan jasmani, mak bukak cerita ini.


Mak : Hairus, kat Seremban ada jawatan kosong. Nak pakai cepat. Kerajaan.

Aku : Kerja apa?

Mak : Cikgu. Minat tak?

Aku : Minat. Tapi, cikgu apa?

Mak : Cikgu KAFA.



***

Aku cerita dekat Kak Zai, sampai keluar air mata dia gelak dalam KFC.




Aku bukan apa. Skill nak mengurat ustazah memang aku tak pernah menuntut lagi. Satu hal pulak nak hafal lagu Maher Zain.


Thursday, October 21, 2010

Aku dan kenangan - (1)

Dulu,
masa aku sekolah rendah, aku selalu ikut atuk ke kebun untuk meracun rumput. Tong racun dulu-dulu bukan macam sekarang. Sekarang tong semua buat dari plastik. Ringan. Dulu tong racun semua jenis tembaga. Silap sandang sikit, senget bahu kau.

Dulu,
aku anggap meracun rumput ini satu kerja yang cool. Kerana kau perlu menyandang tong besar di tengah belakang. Sambil pakai topeng Linkin Park. Meracun rumput di lereng-lereng bukit dengan badan steady. Pakai but getah paras keting. Dah habis meracun, dia punya peluh, macam baru main angkat besi. Nak bukak baju pun kompiden semacam. Badan berkilat macam M. Daud Kilau.

Dulu,
aku bukan suka sangat pun meracun rumput ni. Tipu je. Aku racun rumput pun sebab cita-cita aku masa kecil adalah menjadi seekor Gaban.

Dah umur 12 tahun, baru aku tahu Gaban tu pakai kostum getah. Macam setan. Nak menipu pun, jangan la sampai pengaruh budak-budak.


Habis. Kau orang ingat aku main-main tak nak tulis?




>Like< --- >Dislike<

Tuesday, October 19, 2010

Berkali aku yang beralah,
kesabaran tiada pernah aku batasi,
tapi jangan hilangkan rasa percaya,
kesetiaan ku kasih.

Untuk mendakap bahagia,
aku cuba hilangkan resah cemburu hati,
moga kasih akan kekal selamanya,
menyinari hariku...



Kan sedap kalau ada makwe. Boleh ajak balik kampung mandi sungai.
Apa-apa hal, aku tujukan dekat Nora Danish...

Monday, October 18, 2010

Berhenti

Aku rasa nak berhenti tulis blog.


Sebab, roadtax blog aku dah mati...

Celcom oh selkom

Treeett...

(SMS masuk)


" WOW! 742 MMS ke nombor Celcom telah dikreditkan ke akaun anda. MMS Percuma sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Tambah nilai RM20 untuk lebih ganjaran! :-* "



Aku pantas reply.

" Kau nak suruh aku MMS gambar apa sampai 742 dalam masa 24 jam tu? Gambar nikah? Kau dah gile ke selkom?"




Sending...

Teett!

Tak sampai.

Babi.

Saturday, October 16, 2010

Kenduri di kampung saya

Wan call pagi tadi. Memberitahu satu maklumat penting.



Wan : Wan dah totap 'an tarikh nak buek kenduri tahlil. 23 haribulan ni. Sabtu ni la kiro eh. Lopeh Meghorib...

Aku : Minggu dopan la?

Wan : Aha. Kau buleh balik tak?

Aku : Buleh. Insyaallah. Nengok la sok nak amik cuti siap-siap. Kok tak dapek cuti, kono la guno parang ko, pisau rambo ko dongan bos.

Wan : Huih...Agak-agak la. Kok ado ikan-ikan siakap ko, bawak la balik. Nak menambah-nambah lauk kenduri.

Aku : Sokarang tongah tak musim ikan siakap.

Wan : Mano kau tau tak musim? Sapo cakap?

Aku : La. Tak tengok Nona minggu lopeh ko? Maya Karin koba 'an.

Wan : Jangan la nak merepet-repet hai...

Aku : Maya Karin kan sejenis spesies ikan.



***


Okay. Kalau aku tak balik Tampin Sabtu ni, siapa pulak nak potong bawang. Ye tak nok?



*Perhatian : Kepada Amirul Haikal Abu Hassan, aku tau kau jenis liat nak angkat telefon. Harapnya, pengumuman ini dapat kau baca. Tahun ini sahaja, lebih kurang 3400 misscall telah aku buat kat kau, dan hanya 2 kau jawab. Itu pun sebab kau mintak topup Maxis. Kalau kau nak balik Tampin minggu ni, sila hubungi aku secepat mungkin. Talian aku dibuka 24 jam. Kerana aku tidak bercinta dengan anak dara orang. Okay? Sesiapa yang mengenali budak Haikal ni jugak digalakkan menyampaikan berita gembira ini. Terima kasih daun keladi. (Beliau adalah sepupu aku...Tapi bersaiz mega...)

Pengaruh jahat


Ini sejak bila pulak aku set ringtone handset aku lagu Ramlah Ram ni? Kan aku dah terjaga pagi-pagi.

Orang bujang tak baik bangun pagi-pagi masa hari Sabtu. Tak bagus untuk perkembangan lemak.



Handset aku dah biol. Kenapa la kata-kata cina kedai handset HTC hari tu terngiang-ngiang kat dalam kepala sekarang ni?



Orang cina meniaga memang pakai saka ke? Aku terpengaruh. Vavi.







Aku mula berfikir secara 'orang gomen'. Buat loan.

Friday, October 15, 2010

Diari pagi saya

Selepas bersiap-siap dalam keadaan paling maksimum untuk pergi kerja pagi tadi, aku dengan tenang memakai stoking dan kemudian kasut berjenama Edwin untuk tampil bertenaga di opis. Ikat kasut mesti terperinci. Barulah tak mendatangkan cakap belakang.

Selepas hal-hal kasut selesai, aku mencapai kunci motor, kunci rumah dan botol air untuk memulakan hal kerja. Aku kalau pergi opis kena bawak botol air. Kalau botol kosong pun takpe, mana lah tau tengah on the way ke opis, ada lori sirap pulak tengah jalan, boleh la pow sepam dua. Tapi, merepek apa lori sirap? Tak pernah dibuat orang.

Okay. Kat mana tadi? Oh, ya. Aku melangkah yakin keluar rumah pada pagi yang hening itu. Selepas selesai mengunci pintu rumah, aku memulakan langkah bergaya di koridor tingkat 2 apartment.

Aku ada satu tabiat pelik dari kecil. Jika aku berjalan, sedikit sebanyak, pasti aku kena lihat kaki semasa berjalan. Atau lebih tepat melihat kasut yang penuh penggayaan yang berpadu dengan langkah penuh wawasan. Lihat sama ada 'kena' atau tak fesyen kasut aku hari itu.

Ya. Itu tabiat pelik sebenarnya. Sama seperti melihat tayar basikal semasa naik basikal. Pernah tak tengok budak-budak naik basikal sambil memerhatikan tayar basikal yang dinaikinya sendiri berputar? Pernah kan? Ralit kot. Atau pelik mungkin. Atau masih tak faham hukum fizik.

Okay.

Kembali kepada aku berjalan sambil lihat kaki. Aku berpuas hati dengan hasil kombinasi seluar dan kasut. Tampak maskulin. Macam Rahmat Mega. Macam gampang.





KEDEGANGGG!!!



" Habis mekap I..." aku bermonolog sendirian sambil cuba berdiri di celah-celah pengampai kain yang kucar-kacir.

Siapa yang mengajar letak pengampai kain dekat koridor ni?

Thursday, October 14, 2010

Aroma pagi

MMU tengah cuti semesta. Jadi, yang tinggal hanyalah student-student yang tidak dapat pulang ke negara masing-masing kerana lebih tertarik untuk usung anak dara melayu ke kelab malam. Ya. Student antarabangsa saja tinggal.

Sekarang, aku tengah buat smartcard. Yang datang buat pun banyak budak-budak Iran dan Arab Saudi. Mereka ni punya dressing mengalahkan Maher Zain. Anuar Zain tengok pun segan.

Satu masalah aku sekarang ialah, dari mana budak-budak Iran ni beli perfume? Ada bau memerang, bau ikan kaloi, bau musang pandan, bau kumbang bulu semua complete. Bercerabih bulu hidung aku tahan napas. Opis dah la kecik. Nak bukak tingkap luas-luas kang, kecik pulak hati student.


Terbit darah jugak hidung ni ha.

Cerita manis, cerita masam, cerita masin

Sebenarnya, cerita dia macam ni.

Aku tengah kecik hati. Orang kecik hati mana boleh tulis blog. Nanti jadi tak ikhlas.





***


Oh, ya. Sorang umat pun tak ucap Selamat Pengantin Baru ni kenapa? Dah 4 hari dah kot?

Monday, October 11, 2010

Google

Sila klik gambar kepada sesiapa yang rabun itik.


Sekarang, aku nak tau siapa yang bertanggungjawab search benda alah tu kat google? Sila mengaku. Sebelum aku tengok air dalam mangkuk.

Buat cuak je makwe-makwe kat luar sana. Kesian tau.

Kuantan, Pahang. Hah. Cepat mengaku.



* Sekarang aku tengah stress. Jadi, takde masa nak menulis benda-benda merepek.

Sunday, October 10, 2010

Almond london

Petang tadi, aku bosan tahap maksimum. Jadi aku capai kunci kereta, terus keluar pergi Puchong. Rasa rindu pulak kat makwe tol LDP Puchong tu. Tapi, nak rindu ape benda kalau aku bayar pakai Touch n Go.

Maka, aku putuskan untuk tidak menggunakan lebuhraya berbayar. Aku ikut jalan dalam. Jalan Pulau Meranti. Okay, senang cakap macam ni. Aku takde duit nak bayar tol. Kan senang.

Aku lalu Putra Perdana. Nampak pasar malam. Oleh kerana dah sebulan aku mengidam makan sate, aku putuskan untuk berhenti. Nampaknya, makwe jual sate di sini nyata lebih 'horny' dari apa yang dihidangkan dalam drama melayu.


Tiba-tiba, aku sakit perut.

Aku bergegas pulang ke rumah untuk membuat 'almond london'...



Kah kah kah!!!



Kena. Kena.




* Serius aku tengah bosan sekarang.

Saturday, October 9, 2010

Gigi

Bila aku mengadu sakit gigi, dia SMS,


"Awak pegi klinik boleh tak? Doktor tau la nak bagi ubat apa. Takdenye doktor tu nak rogol gusi awak..."


Okay. Fine. Aku sahut cabaran.


Jadi, semalam, aku pun tulis la entry ini.


Bila sebut je nak pergi klinik, gigi ni secara otomatik berhenti sakit. Memang penakut betul la gigi ni. Buat malu kaum je. Phuuiii....!!!

Friday, October 8, 2010

"Pari-pari gigi, jangan ambil gigiku, kerna kelak susah mahu mengunyah kentaki..."

Esok aku mahu pergi klinik. Ini tak boleh jadi. Gigi aku makin menaik pulak dia punya sakit.

Semalam, aku pergi check kat cermin area yang sakit tu, rupa-rupanya ada gigi geraham baru nak tumbuh. Maksud aku dia dah tumbuh lama, cuma pertumbuhan belum penuh. Kira pramatang lagi lah orang cakap. Dan gusi geraham tersebut telah bengkak. Itulah akibat jarang minum susu. Susu mahal okay! Nak-nak susu Anmum.

Ramai tak tahu punca sebenar gusi geraham tu sakit. Okay. Aku cerita jangan gelak, plis.

5 hari lepas, pagi-pagi sarapan nasik lemak. Ada nasik lemak, ada telur goreng, ada sambal kerang, ada timun, ada kacang dan ada ikan bilis.

Oh, lupa. Kopi-O suam secawan bagi memulakan hari yang ceria penuh warna-warni. Macam gampang.

Okay. Cuba kau orang bayangkan, dalam suapan pertama ada 2 ekor ikan bilis. Ikan bilis murah yang kalau digam tiap satunya sehingga menjadi sebesar penumbuk, jika dibaling ke dinding, maka retaklah dinding tersebut.

Ikan bilis tersebut telah membuat onar dalam suapan kedua di mana kesilapan kunyahan aku mengakibatkan ikan bilis tersebut terkucil di gusi gigi geraham aku. Dan, ianya sakit sekali. Oh, bukan. Sakit dua kali. Bermakna betul-betul sakit.

Maka, bengkaklah gusi geraham baru nak tumbuh aku. Tidak boleh sangat nak kacipkan gigi rapat-rapat kerana gusi yang bengkak akan berlaga dengan gigi geraham bawah. Paham tak? Tak paham jangan google. Nanti merepek-merepek plak dia keluar.


Kesimpulannya, gusi geraham aku sakit kerana tergigit ikan bilis keras.


Bila aku cakap jangan gelak, tolong jangan gelak. Sebab, bila sakit gigi ni, rasa dia memang sakit ya amat. Dan senyum pun tidak seghairah dulu.

Celaka. Kenapa ayat aku macam pengulas bolasepak?

Berlatih

Aku memang akhir-akhir ni kadang-kadang dua tiga hari sekali, baru nak belek blog. Bukan apa, aku tengah berlatih main badminton ni. Niat nak ganti Lee Chong Wei memang dah tersemat dalam jiwa. Nak harap Roslin Hashim? Tak payah. Korang ada dengar Lee Chong Wei main fesbuk, tulis blog sume? Takde kan?


Okay. Aku mulakan latihan dengan cara-cara memegang bulu tangkis.

Thursday, October 7, 2010

10.10.10


' Tauke bas ekspres sedia wang hantaran RM 100,000, kereta mewah RM 400,000.'


Bapak dia hijau. Mana I nak carik duit banyak tu? Koyak sependa I nok!





* Ihsan seorang rakan facebook. Harap maaf, saya tidak baca Metro.

Sakit gigi

Dah 4 hari aku sakit gigi. Punca dia adalah gusi gigi geraham bengkak akibat tergigit ikan bilis keras. Ha, ini aku tak puas hati. Kenapa makcik yang jual nasik lemak selalu gunakan ikan bilis keras? Adakah kita perlu memperhambakan diri kepada ikan bilis? Sehinggakan ikan bilis dah pijak kepala orang melayu? Hah? Sila jawab makcik. Okay, abaikan jika makcik takde blog.


Kau ingat aku ni berani ke nak jumpa doktor gigi?

Tuesday, October 5, 2010

Aku ni kalau bab nasihat doktor memang aku ambik berat

Doktor : Apa masalah?

Aku : Sakit kepala la, doc...

Doktor : Owh. Belah mana?

Aku : Sini. Sebelah je sampai ke urat belakang kepala...(sambil tangan tunjuk area sakit)

Doktor : Ada demam? Muntah-muntah? Selsema?

Aku : Takde. Semua takde.

Doktor : Selalu hadap komputer?

Aku : Hari-hari.

Doktor : Selalu sehari berapa jam hadap komputer?

Aku : 25 jam sehari.


***


Okay. Mengikut nasihat doktor, aku kena kurangkan menghadap komputer. Banyak minum air kosong. Dan banyakkan melihat benda-benda indah dan tenang.

Benda yang indah dan tenang?

Aku rasa ada lagi gambar Maya Karin aku simpan dalam laci. Nak pergi carik jap tampal kat kepala katil.



Merujuk kepada entry ini.

Hari-hari yang positif

12.30 pm.

(Handset bunyi...)


" Wei budak debab, jom pi makan! Pukul 1 tau, " kata Kak Zai di hujung talian.

" Naik kereta kau pulak! " sambungnya lagi.

" Okay..." jawab aku atas katil.



Aku bangun malas dari katil. Mata pun sayang lagi nak bukak. Kalau ikutkan, memang malas nak makan tengahari. Tapi, mengenangkan Kak Zai beberapa kali hampa apabila mengajak aku keluar lunch, aku akur. Lagipun, tak baik bersikap sombong ke orang tua. Kita mestilah bersikap positif ke situasi sekeliling. Mulakan pagi(tengahari) dengan ceria.


Aku berjalan malas mencari tuala mandi. Tiba-tiba aku terhenti depan cermin.



" Kira steady jugak body aku ni, " kata aku dalam hati sambil acu tangan seperti Malek Nor.


Esok punya hal

Esok aku nak mandi Sungai Tampin. Lama jugak biawak sungai tu tunggu aku join berenang. Sebelum bulan puasa lagi. Memerang ni pun satu hal, dah tau tukar nombor handset, bagitau la awal-awal. Dia la rupa-rupanya miscall aku banyak kali semalam pakai nombor 014.


***

Sakit gigi ni dugaan dia memang dugaan wali-wali. Kadang-kadang naik jugak baran aku. Mula la rasa nak buat benda-benda khurafat seperti membela jin, bertapa di Gunung Ledang dan tidur di makam Hang Tuah.

Monday, October 4, 2010

Mi goreng mamak

Brader : Makan ape bang?

Aku : Erm, kasi mi goreng mamak satu.

Brader : Alamak bang, mi goreng mamak takde bang...

Aku : Laa...

Brader : Tapi, mamak goreng mi ada...


Cukup-cukuplah aku je yang buat lawak bodoh kat blog ni. Janganlah kau plak ikut jejak langkah buat lawak bodoh kat dunia nyata ni. Nasib baik aku memang dilahirkan sesabar-sabar insan. Kalau ikut hati, memang terbit darah leher brader tu aku cekik pakai kabel brek.

Baru aku rasa dia punya sakit hati macam mana kalau orang cakap main-main ni. Haih.


Bila kau percaya bahawa hari-hari selalu berganti,
takkan selamanya awan-awan hitam menghantui hidupmu...

Mendung tak bererti hujan,
yakinlah itu suatu cobaan...
masih ada waktu dan kesempatan
untuk meraih cinta...

Sunday, October 3, 2010

Persamaan




Brat Pitt dengan aku memang tak jauh beza.



Cuma, body Brad Pitt tu dah barai habis. Body aku elok tegap lagi. Brat Pitt dukung budak pun tangan dah urat timbul. Gigil la tu. Itulah akibat selalu makan kentaki. Lenkali, makan la nasik Brad oi. Takdo la baghu dukung budak, dado dah berombak. Keh keh keh...

H


Celah mana nama adik aku Hamdan? Gahahahaha...

Saturday, October 2, 2010

" Awak pijak kaki saye..."

" Awak pijak kaki saye. "

" Eh...yeke, sorry tak perasan. "

" Jahat tau. "

" Hik...hik...hik...sorry...lembut je kaki awak. Ingatkan katak..."

" Memang tau... Nakal... Taknak kawan(Sambil memaling muka ke tempat lain)..."

" Alololo...sorry~ Bucuk, bucuk, teddybear ku sayang...(Sambil cuit dagu makwe)..."

Makwe tu senyum gatal.



Dan kenapa perlu telinga aku, mata aku, berbulu dengan adegan itu? Dah takde tempat lain ke kau nak berlakon Spa-Q? Depan aku jugak.

Ini dalam tren komuter la! Dah lah sempit. Kena berhimpit. Panas. Kalau cukup ruang, memang naik jugak kaki aku ke mulut laki tu.

Hujan emas di UiTM, Universiti Fasha Sandha juga bertahtha di hati

Tengah tunggu tren Komuter kat Midvalley.


Aku :
Nape awak tak pilih UPM je dulu? Best apa?

Dia : Jauh la dari rumah. Lagipun, UPM banyak ajar dalam BM. Tu sebab pilih UiTM.

Aku : Jauh amende dari Damansara ke Serdang? Tak terpikir ke kawan awak yang belajar dari Sabah tu belajar kat UiTM *******?

Dia : Hekeleh...kampung saya lagi jauh la. Kat Jeddah.

Aku : Merepek. Unta dalam bahasa arab ape? 5 saat...

Dia : Hairussani!



Aku karate landasan keretapi.

Kalau tak sakit, tak dewasa la

Aku tengah sakit kaki weh. Serius. Jadi, Siang tadi aku pergi jumpa doktor. Bukan pasal sakit kaki. Tapi, pasal migrain. Pain killer aku dah habis, jadi, kena la minta nasihat doktor. Sebab, itu yang disarankan oleh plastik ubat.

Doktor tu tulis dekat surat MC, 'Tension L*****'. Serius aku tak tahu apa yang doktor tu tulis. Yang aku paham hanya 'tension'. Kalau nak check kamus, takut khurafat pulak hukumnya.

Jadi, aku tanya la pembantu klinik yang berupa seorang makwe tu mengenai jenis penyakit yang aku alami, berpandukan tulisan doktor tersebut.
" Ermmm...tension...tension..."


Lama dia meneka.

" Tension lintah kot! " jawabnya berseloroh.


Aku geleng kepala. Lalu aku buat check-check dalam plastik ubat depan makwe tersebut.




Sebelum aku berlalu,



" Err...minyak lintahnya mana? " soal aku ke makwe.


Makwe geleng kepala.