Monday, November 1, 2010

Duplicate duit (Rahsia besar)

Aku haus masa tu. Panas mungkin. Din tiba-tiba bersuara.

" Nak buat eksperimen tak? Duit sekeping seringgit jadi dua ringgit. Tapi tak boleh simpan. Kita beli air Coke dekat mesin air, " kata Din ke aku.

" Macam mana tu? " jawab aku.

" Aku dah pernah try dah semalam. Duit seringgit yang koyak, aku sambung dengan kertas lepas tu pergi cucuk duit kat mesin air. Berhasil, " kata Din lagi.

" Boleh ke? " kata aku.

" Boleh. Dah try dah semalam... " katanya yakin.


Aku tanpa ragu-ragu mengeluarkan sekeping not RM1 dari kocek yang kebetulan aku tak bawa wallet ke tempat kerja. Din pun sama tak bawak wallet. Jenis nak saving. Atau bini pegang wallet mungkin. Mungkin.



" Koyak dua duit tu. Boleh jadi 'dua ringgit'..." kata Din.



Aku tanpa ragu terus mengoyak not RM1 kepada dua bahagian.

Din ambil kedua-dua keping itu dan memulakan eksperimen. Menyambung kepingan duit itu dengan kertas kosong dan dipotong supaya menjadi sama saiz not RM1. Kemudian, salotape.

Aku ralit memandang. Berpeluh-peluh.

Sekeping sudah selesai, lagi sekeping.


Okay. Siap. Sekarang ada 2 keping 'duit seringgit'.


" Jom kita pergi tekan air Coke! " kata Din penuh wawasan.


Aku eksaited.



***



Petang itu, kami minum air paip.

Orang melayu ni bab-bab duit memang cepat kena tipu.


6 comments:

keril.samad said...

time sekolah wa pernah jumpa budak tersekat ic lama(ic laminated tu) dalam mesin air. bukan main bodoh lagi. entah binatang mana ajar dia. kehkehkeh

Fadhlina said...

haha nak try punya pasal..sanggup koyak duit tu...nasib bek seringgit,kalo rm50 nak minum air paip pun dah tak lalu

-en.sani- said...

kehkehkeh...mesti dia terpengaruh iklan kad kredit tu....bebal jugak...

-en.sani- said...

fadhlina: tu kalau 50, maun begaduh sesama melayu tu.....kehkehkeh...

nuwuwuda said...

kalau tak, bila lagi nak rasa, sedap gak air paip tu kan?

-en.sani- said...

air paip tgh 'in' masa zaman2 abis PJK masa kat skolah dulu...abis je main bola, bertebaran masing2 carik paip....