Monday, November 29, 2010

Hari ini

Aku sedang sakit tekak. Serius. Jangkitan virus kata doktor. Mungkin akibat batuk tak lepas atau jarang bercakap. Hah. Kelakar la kau doktor. Doktor bagi aspirin, ubat sakit tekak, ubat kumur, ubat batuk dan antibiotik. Antibiotik dia besar kumbang kelapa. Bukan main besar. Jenis kena potong 3 sebelum makan takut tersangkut dekat halkum.

Lebih kurang jam 8 malam, aku diserang demam. Sekarang aku tengah demam. Demam mengejut bersama kepala sebelah kiri berdenyut.

Sakit tekak tak boleh bercakap. Kalau sesiapa call aku tapi ada bunyi cengkerik, aku mintak maaf. Aku sakit tekak.

Harap, esok demam aku kebah. Sebab, esok aku nak pergi MAHA. Mak aku ada sana meniaga. Dekat MAHA esok, aku ingat nak beli sekor kambing japnapari buat jaga rumah. Orang kata, kambing japnapari ni kalau didikan dia betul, boleh sapu sampah, memasak dan memasang suis lampu. Sekilo 25 ringgit. Dapat 5 kilo pun dah kira okay.

Aku kena rehat. Bila aku bangun esok, aku harap ini semua mimpi.

10 comments:

nuwuwuda said...

saya doakan moga cepat sembuh ye

-en.sani- said...

time kasih...

Anonymous said...

banyak2 lah becakap..O

-en.sani- said...

tak boleh...dah sifat tak becakap dari kecik...

cikzuzu said...

bagi aku sekilo kambing picagari tu.

-en.sani- said...

kau nak buat ape? buat bibik?

cikzuzu said...

kalau buat bibik, aku order sekilo hairussani pun dah cukup, tak payah kambing picagari tu.

-en.sani- said...

aku daging kelas org ade2...

cikzuzu said...

arrogant!lalala.

-en.sani- said...

hahaha...=)