SMS dari Rizal aku terima petang tadi.
"Weh Sani, aku tak jadi mancing dekat Telok Gong, ada hal lain pulak. Susah betul bawak bini pergi mancing. Macam-macam hal,kejap jalan sini, jap jalan sana. Hati pun sakit. Ni nak pergi Jusco Bukit Rajah pulak ni, dia nak shopping."
Aku balas.
"Perhhh...org perempuan memang tak dapat bezakan memancing dengan shopping. Rizal, elok kau suruh bini kau masuk Malaysian Idol je. Nanti dia busy la menyanyi, tak payah nak ikut pegi mancing."
Rizal tambah.
"Suara bini aku macam katak puru!"
Thursday, January 28, 2010
Wednesday, January 27, 2010
Murai sayang
Petang semalam sungguh panas. Tak pernah-pernah aku pergi ofis sapu losyen dekat tangan, semalam la aku mula buat. Losyen Syurah. Diulangi, losyen SYURAH! Wan aku bagi. Sebab dia risau kulit aku jadi macam kulit ikan cencaru. Wan aku memang sayang aku sangat. Jadi, bukan niat aku nak buat korang jeles.
***
Semalam, masa sedang jalan lepas balik makan, aku terpandang seekor burung murai dekat tengah jalan raya. Aku cuba hampirinya, tak lari. Owh, dia cedera rupanya. Kepak sudah patah. Kena langgar kereta. Aku jadi simpati. Aku alihkan burung murai tu ke seberang jalan, berdekatan pokok rambutan. Menggigil murai tu tahan sakit. Aku tak boleh buat apa. Kalau MMU ni sebelah menyebelah je dengan Kolej Jururawat Cyberjaya, memang aku bergegas ke sana. Awek jururawat sana memang cun. (Owh, teringat dekat Hidayah...*daydreaming*)
" Hey baby~ duduk sini dulu, rehat okay. Dah baik nanti kau terbang la," kata aku kepada murai itu.
Creet... dia balas dengan sesudu teh taik burung candu kena dekat tangan aku. Bau kari kedai mamak pun tak hilang lagi dekat tangan aku.
Aku terus merajuk.
Itu sebab aku jarang buat baik dengan orang. Ya. Aku jahat. Sekarang percaya? (Hari ini hari gaji aku, so, kena buat-buat kerek!)

Dekad terbaik untuk rakyat bermotivasi tinggi
Habis satu dekad yang penuh warna-warni. Yang kaya sudah miskin, yang miskin sudah kaya. Yang kecil sudah besar. Yang dulu buta huruf, sekarang buta IT. Dulu bayar roadtax motor tiap tahun, sekarang mee maggi lagi mahal dari roadtax. Tabligh pun pergi surau naik Toyota Alphard. Dan paling penting, orang Malaysia sudah kenal kegunaan sebenar spray can.
Grafiti pilihan sepanjang dekad ini. Membuktikan rakyat Malaysia tidak mensia-siakan kreativiti hanya dalam kelas. Lempiaskan kreativiti di luar darjah untuk membuktikan ilmu boleh digunapakai di mana-mana. Bak kata cikgu Pendidikan Jasmani aku, "Ilmu itu macam torch light, kalau takde torch light, kau tak boleh nak suluh durian malam-malam."
Tahniah orang Dengkil!

Sunday, January 24, 2010
Entry tak dapat tidur Vol : 1
Setahun aku kerja MMU Cyberjaya. Dari merangkak cakap slanga English-Arab-Iran, sampai dah boleh ikut rentak, sampai merangkak balik. Sekarang, aku sudah jarang buat smartcard untuk student. Bos besar aku mahukan perubahan. Menekankan sistem kapitalis dalam pejabat di mana puak dia sahaja boleh duduk opis lama-lama. Puak yang tak reti bodek, dia pasti tindas. Nasib baik aku bukan golongan yang ada masalah sikit pergi jumpa bomoh orang asli.
Kadang-kadang aku buat smartcard untuk staf, cool juga. Kenal jugaklah aku dengan awek Assistant Manager library yang comel tu. Tu tak masuk Assistant Manager IPS Study lagi tu. Tapi, macam biasa. Aku ada perangai yang susah aku nak ubah. Aku malu untuk mulakan bual bicara dengan wanita melayu. Tetapi, aku langsung tak malu nak berbual dengan awek international. Ada sekali amoi sorang dari negara China, datang opis aku macam gadis Litar Sepang punya seksi. Aku check-check, nama dia Aisha. Aku tanya dia betul ke nama dia macam tu? Dia cakap betul. Lepas tu, selamba dia cakap,"I'm muslim..." Aku punya bodoh, pergi balas, " Are you sure?" sambil tengok cara pemakaiannya. Macam gampang kan? Nasib baik dia tak tersinggung. Aku rasa kalau awek jaga kaunter dekat Petronas aku cakap macam tu, mahu dia bunyikan penggera keselamatan.
Pernah sekali, aku kenal dengan sorang mamat dari Arab Saudi. Dia memang banyak mulut jugak. Aku pun layan la dia. Dia cakap, orang Malaysia memang sangat peramah dan baik. Tapi katanya, ada satu perkara yang dia pelik dengan orang Malaysia. Nama penuh dia Ghozali Munthabshee Al-Imam. Housematenya yang juga seorang lelaki melayu memanggilnya hanya dengan nama "Zali". Dan ini memang cukup buat dia meluat dan tertanya-tanya. Dia siap tanya aku, adakah aku juga ada nama ringkas? Aku jawab tenang, nama aku Mohd Hairussani, tapi, ramai orang panggil aku hanya "Ni". Dan aku sambung, orang Malaysia sungguh penyabar dan tak ambil port benda kecil. Budak arab tu terus pandang aku macam Dr. Romzey... Celaka. Serius sikit pun nak percaya.
Sekarang aku jarang buat smartcard, aku sudah mula rindu nak bergaduh dengan budak-budak Iran yang tak makan saman. Sedozen jugak student pernah makan maki aku sebab buat bising dalam opis aku selain kacau-kacau kakak kerani. Aku berani buat macam tu sebab aku tahu, budak-budak Iran ni takde main kongsi gelap seperti dalam filem Hong Kong. Silap sikit, keluar pagar MMU dah siap Geng Kapak dengan ketuanya berambut panjang berkilat taruk secekak Brylcream, siap sedia nak serang aku. Time tu, dah tak kira kau tu tiga line ke, skinhead Terminal One ke, cucu Pendekar Kundur ke, yang pasti, kau hanya perlu mengucap dulu.
Akhir-akhir ni, aku tak begitu nak into dalam hal student. Aku bangun tidur, siap-siap terus pergi kerja. Petang kawan ajak mancing, aku on je. Sampai la semalam, Kawan aku, Rizal, bawak bini dia ajak aku pergi memancing udang. Bini dia cun jugak. Orang Sabah. Masa tengah memancing, aku menyanyi kecil-kecilan lagu Jamal Abdillah. Aku pun tak perasan sebab aku ingat aku menyanyi dalam hati, rupa-rupanya aku menyanyi dalam mulut. Balik dari memancing, Rizal cakap, "Sani, bini aku ajak kau pergi karaoke dapat gaji esok. Jom la!" Fuh...celaka betul aku cakap. Aku mana pernah karaoke siot. Tau la suara aku macam Ronan Keating, tapi aku tak pernah pergi karaoke! Aku ingatkan aku cakap dalam mulut time ni, rupa-rupanya tidak. Aku hanya berkata dalam hati. Tak sampai hati pulak nak tolak.
Minggu ni aku dapat gaji. Lama sudah aku tak layan wayang sorang-sorang dekat Alamanda. Bila layan wayang sorang-sorang, aku takde hal punya nak layan cerita kartun dan cerita yang tak serius. Kalau ada cerita Nur Kasih dekat wayang pun aku pergi je layan. Hahahahaha~

Saturday, January 23, 2010
Salah satu petunjuk aku tidak minat berbicara
Mak aku call pagi tadi. Tabiat aku macam biasa. Cakap dengan sesiapa mesti slow.
"Cuba lah cakap kuat sikit. Macam ada berlian dalam mulut tu!" mak aku marah.
Aku balas,
"Alaa...orang ni kan pemalu~"
"Pemalu konon!" dia tak yakin.

Friday, January 22, 2010
Isteri kamu
"Semalam aku pergi berkelah dekat Jeram Toi, dengan bini aku. Konvoi dengan kawan-kawan Air Asia dia. 10 kereta jugak la yang pergi. Balik tu, bini aku terpandang la lori jual durian. Dia suruh aku berhenti, nak merasa la durian kampung. Bini aku punya 'nak merasa' rupa-rupanya satu bakul! Dah la tengah hujung bulan. Terpaksa la beli. Karang takut merajuk," kata Yusni.
Lepas tu, Yusni ajak kami ke keretanya. Bonet Kancilnya dia buka. Aku dan Rizal terbau aroma kuat durian semalam yang masih melekat di fabrik dalam kereta. Harum.
"Cuba kau tengok, orang rumah aku. Nak kasut aku beli kasut. Dah tu, penuh satu bonet kasut. Mahal-mahal punya kasut pulak tu. Hadoih...tengok ni, Sembonia, Lauren, Martini, Carlo Runi, Paolo Maldini suma ada," Yusni menambah sambil menunjuk satu-satu jenama kasut bininya. Penuh satu bonet disamping batang joran dan sunglases yang entah berapa kotak lagi.
Rizal mencelah,
"Kau suruh la dia letak kasut dekat rumah, susun baik-baik, tak la semak kereta."
"Nasib baik kawan Air Asia dia sorang tu cun. Boleh jugak aku cover macho beli macam orang kaya. Horny jugak aku tengok awek tu mandi dekat Jeram Toi semalam. Musibat." Sambung Yusni yang tak sedar sudah mempunyai 3 orang anak.
Kami ketawa lelaki.
"Aku hari tu masa off day, bawak la bini pergi jalan-jalan. Sampai pulak dekat simpang Seri Kembangan, dia nampak pulak apek tu jual durian D24. Macam kau la Yusni, bini aku teringin nak makan durian. Aku tak sampai hati la pulak. Mana tau takut kempunan pulak besok pagi nak pergi kerja naik kereta. Aku beli aje. Sekilo 8 ringgit. Dia ambil sebijik, apek tu cakap 23 ringgit siot. Adui. Tapi, tak kisah la, mana la tau dia mengandung pulak," kata Rizal yang masih mencuba untuk mendapatkan seorang anak.
Tiba-tiba, handphone Rizal berbunyi.
"Helo, ye sayang. Bila nak balik dari kursus? Rindu lah. Cepat la sikit balik. Kursus dekat Sabah lama-lama buat apa. Air dah naik kepala dah ni.....Eleh.......tak nak kawan sudah~" bual Rizal cuba bermanja dengan isterinya yang sedang berkursus di Sabah.
Aku dan Yusni senyum simpul.
Rizal menambah,
"Bini aku, nak isi minyak kereta mana tahu. Sume suruh aku. Aku belikan dia kereta dah 3 tahun, tak pernah dia isi minyak kereta tu. Itu hari, aku ajar la dia macam mana nak isi minyak kereta. Berderau darah aku dia nak isi diesel dekat Saga BLM aku. Fuh, nasib baik sempat jerit dari kaunter. Awek kaunter tu pulak terkejut beruk, ingat aku nak rompak dia."
Aku dan Yusni bantai gelak.
Tiba-tiba, Yusni senyap.
"Sani, kau takde bini, jangan gelak."
Celaka.

Bakar
Siva : Sani, Yusni mana?
Aku : Kat dalam surau tu. Dia rehat, sakit kepala.
Siva : Owh, aku nak jumpa dia, boleh tak aku masuk surau?
Aku : Laa..apa salahnya.
Siva : Okay, aku masuk.
Aku : Err...sebelum masuk pakai baju tebal sikit, takut terbakar kang...
Siva terus tak jadi masuk.

Thursday, January 21, 2010
Seringkas belon
Aku : Usop, kau orang Sabah kan? Orang Sabah panggil kapal terbang apa?
Usop : Belon saja bah...
Aku : Owh, belon. Abis, belon betul plak kau panggil apa?
Usop : Belon jugak bah...tapi, ramai orang Sabah tak kenal apa itu belon...
Rasa mahu jadi orang Sabah pulak. Pasti hidup aku jadi simple. Tak perlu ingat banyak perkataan dan benda.

Wednesday, January 20, 2010
Tidurlah
Sekarang sudah pukul 1 tengahari, dan aku tidak boleh tidur sejak semalam. Adakah ini insomnia?
Aku sudah cuba kira biri-biri untuk mengantuk, tetapi masih tak berjaya. Adakah aku patut mula beralih kepada mengira lipas yang mempunyai organ yang lebih kompleks pula?
Owh...mata aku mula kuyu...
Aku sudah cuba kira biri-biri untuk mengantuk,
Owh...mata aku mula kuyu...
Televisyen sebagai pembangun ummah
Masa aku kecik dulu, ya, masa aku tulis biodata makanan kegemaran adalah RAHSIA dan minuman kegemaran RAHSIA, hidup aku penuh dengan menonton televisyen selain main lumba lari atas jalan-tar-batu-kerikir-besar-penumbuk-budak dan juga tengok kawan main kereta Dash Yankuro. Menonton televisyen zaman sekolah dulu, sudah tentu paling top adalah TV3. Masa kecil juga aku belajar mencarut daripada televisyen, kerana tiap kali aku tengok rancangan kegemaran aku seperti Power Rangers dan Ultraman Taro, iklan sangat mengganggu minda aku yang baru nak berkembang masa tu.
Zaman tersebut(dan sampai sekarang diwarisi), iklan di televisyen memang melampau lamanya. Tiap kali waktu puncak, iaitu tika rasaksa hampir tewas, keluar pula iklan sabun basuh, serbuk kari dan sebagainya. Pernah sekali aku ambil jam randik mengira masa satu sesi iklan bagi sebuah rancangan televisyen, ternyata, iklan 10 minit untuk rancangan setengah jam. Ini sudah kira mencabul hak kanak-kanak, aku fikir. Sampai lah satu masa aku memikirkan rasional kerajaan membuat lesen televisyen. Amat tak masuk akal. Iklan melambak. Lepas tu nak renew roadtax tiap-tiap tahun, untuk tengok iklan sabun basuh dan serbuk kari yang berdurasi kira-kira 20 minit tiap jam. Aku ingat lagi lesen televisyen warna hijau muda atok aku gantung atas televisyen Toshiba ada pelekat Dash Yankuro. Bila ada mamat datang nak periksa lesen televisyen, aku memandang serong beliau walaupun dia kerja secara halal.
Sehinggalah kerajaan memansuhkan lesen televisyen, aku pun tetap tak puas hati lagi. Iklan masih menjadi-jadi. Aku cuba memperbagaikan aktiviti luar dengan rakan-rakan seperti jungle trekking di ladang getah, main baling-baling anjing jiran dan meletupkan katak menggunakan mercun mancis.
Sekarang, aku sudah dewasa. Banyak cabang ilmu lain yang boleh aku terokai selain televisyen. Dalam bilik aku ada segala-galanya. Bukak televisyen, sambil online, sambil main game Football Manager. Sejak akhir-akhir ni, aku suka menonton Wonderpets dan Bob the Builder. Bila ada iklan, aku tidak merungut lagi seperti 15 tahun lalu, kerana aku sudah lebih berfikiran ortodoks.
***
Tangan aku sekarang gatal. Dekat kepala katil aku memang aku sediakan pen dan kertas. Bila aku tak boleh tidur, aku tulis la apa patut. Aku mula risau, aku ada penyakit sukar mahu tidur. Hari ni, aku tak tidur langsung. Haih...bila la mahu lelap ni. Dah pukul 11 pagi dah.

Tuesday, January 19, 2010
Budak baru nak up Vol : 1
Tiba-tiba aku meluat tengok budak-budak baru masuk kolej berkepit-kepit jalan pergi makan. Macam la hilang laki kau depan mata tu. Orang kembar siam pun nak buat operation kasi pisah. Ni kan pulak kau. Macam kemuncup dah aku tengok. Elok la tu, laki tu kaki seluar, awek dia kemuncup. Berkepit manjang.
Macam la kau tak penah Sani...
Sorry sikit. Sekarang aku tak keluar dengan awek. Okay, tipu. Aku takde awek.

Monday, January 18, 2010
Repost : Go baby
You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breakin' my heart in two
Because I never wanna see you sad, girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave, take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware
Kepada sesiapa yang mahu pergi dalam hidup aku,
teruskan sayang.
aku tidak menghalang.
demi kebahagiaan kamu.
harap hidupmu bahagia.

Friday, January 15, 2010
Best juga cuti kalau tak balik kampung
Penat pulak baru habis memancing tadi. 3 ekor jugak haruan besar lengan. Aku tak suka sangat, so, aku bagi kawan je masak ikan tu. 3 orang jugak awek tengok memancing tadi. Time tu la aku tunjuk skil hebat aku seperti menaikkan ikan, berdiri atas pembetung dan yang paling penting memegang lintah. Tapi, 15 minit lepas tu, aku tergelincir dalam parit. Malu cilake. Kalau hidup ini boleh di-edit, aku akan buang momen memalukan tu sekarang juga.
Dah penat, aku tengok klip ni, terus aku semangat...Yeeehaaa...Gaban, abah you nak mintak Gaban!!!
p/s : Tadi aku try jugak berdiri atas motor macam Gaban, kawan aku gelak macam tak sambung nafas dah...

Thursday, January 14, 2010
Hari disayangi
Wan aku pernah berkata, ada dua saja hari yang orang sayang betul dekat kita. Walaupun orang itu perangai macam komunis, pasti dua hari ni orang betul-betul sayang. Iaitu hari kelahirannya dan juga hari kematiannya. Aku cakap dekat wan, sekarang dah lain. Ada satu hari lagi yang orang betul-betul sayang kita. Wan tanya, hari apa? Aku cakap, hari gaji.
Haih...Lambat betul nak gaji. Lambat lagi la orang nak sayang aku. Road-tax motor dah tamat hari Isnin itu hari. Hujung bulan giliran lesen pula mati. Sekarang ni mula la nak makan makanan eksotik. Tengok burung merbuk pun teringat puyuh panggang. Tengok ikan longkang pun macam siakap tiga rasa.
Pagi-pagi lagi motor aku pancit pulak. Hari ni balik rumah jalan kaki. Motor bagi kawan pakai. Suruh dia ganti tiub. Lepas tu pakai je la. Malas pulak nak naik motor pergi kerja. Jalan kaki lagi baik. Boleh lalu dekat swimming pool.
Tiba-tiba rasa mahu main game Gran Tourismo pulak.

Cerita subuh
Seorang kawan kerja berbangsa India, umur lebih kurang 50-an berbual dengan aku pagi tadi. Turut sama En. Yusni. Kawan berbangsa India ni aku kenalkan dengan nama Siva,(bukan nama sebenar).
Kami berbual mengenai seorang lagi kawan yang tidak begitu rapat. Dia yang bercerita, aku tukang dengar je.
Siva : Aku tengok si **** tak balik rumah seminggu dah.
Yusni : Dia pergi mana?
Siva : Aku dengar, budak perempuan tu pun balik kampung.
Yusni : Kenapa?
Siva : Aku dengar dia pun dah mengamil...
Aku : Ha? Ape tu? Mengamil?
Siva : Ha'ah...mengamil... hamil la...
Aku : Bukan mengamil, mengandung laaa!!!
Yusni : Entah. Mengamil. Entah apa falsafah ntah kau punya bahasa...Ingat kau mencarut tadi.
Cimpeng. Subuh-subuh tadi kitorang dah bantai gelak sakan.

Wednesday, January 13, 2010
Haruan makan anak katak
Sejak dua menjak ni, aku kerap menulis waktu dinihari. Misteri sungguh hidup aku. Apa boleh buat, baru balik kerja.
Hari jumaat, seorang kawan ajak aku memancing ikan haruan. Aku memang minat giler mancing haruan ni. Ah. Kepada sesape yang tahu area mana nak beli katak hidup nak buat umpan, bagi tau aku. Sejak aku duduk Cyberjaya dah setahun ni, tak pernah pulak aku tanya kat kedai mana ada jual katak pancing. Aku baru lalu depan kedai mamak, diorang dah pegang kayu hoki. Sorang lagi keluar sabit rumput. Nak kata aku muka macam Geng Kapak, tak pulak. Rambut pun dah macam ala-ala Aliff Aziz.<---Celaka, korang jangan gelak, ni Kak Zai cakap!
Oleh kerana akaun bank aku dah tinggal lebih kurang seribu, aku kena hentikan tabiat belanja sakan dan berparti hujung minggu. Perlu isi masa dengan membasuh baju, kemas bilik atau menjual muruku. Kalau tak, umur 52 la aku kawin ni karang.
***
Oh, ya. Adik lelaki aku YM tadi.
"Kau nak tau, aku semalam naik moto langgar babi hutan lintas jalan."
Aku balas, " Teruk tak?"
Dia balas, "Takde pape, nasib baik tak jatuh, sempat kawal moto."
Aku cakap, "Bukan kau, babi tu teruk tak??"
Dia jawab, "Parah. Patah kaki."
Aku cakap, "Patut semalam masuk TV3, Aduan Rakyat, babi ngadu kena langgar lari."
***
Aku makan banyak hari ini. 2 orang belanja makan. 4 kali makan. Teruk kan?

Tuesday, January 12, 2010
Seekor demi seekor aku mahu menjadikan diri aku adalah dia.<---tajuk yang panjang tidak bermakna aku bijak
Tiba-tiba sebelum tidur, aku terasa mahu jadi seekor Nemesis. Kan cool. Nemesis tak payah tidur. Tak payah ada masalah insomnia. Kulit saja pedih sikit sebab banyak guna fibre glass. Tapi, lubang telinga takde, macam mana mahu sumbat earphone? Okay, tak jadi.
Gigi makhluk jahat paling sempurna pernah aku tengok selepas gigi Jesse James dalam American Outlaws. Err...Jesse James jahat ke?
(Saja mahu berangan sebelum tidur. Selalunya masuk dalam mimpi karang. Siap-siap pen dan kertas dekat kepala katil, sebab memori mimpi manusia bertahan selama beberapa saat sahaja selepas kita terjaga. Banyak juga mimpi-mimpi manis aku tak dapat ingat. Mimpi basah. Oh, mimpi mandi air terjun maksud aku.)

Kau buat misscall lagi~
Mulalah kepala mahu sakit. Sejuk sangat pun sakit. Haish...
Hari ni, aku beli sticker kosong 3 warna. Ingat mahu tepek dekat kepala sesape buat bising time aku tengah tidur. Belum pun pagi, macam-macam orang misscall aku. Tak masuk mesej tanya, "Awk da tito?". Dah la mesej aku bunyi air tumpah. Buat terkejut je. Roh tak sempat masuk badan sebab terkejut. Mahu saja aku jawab, "Awk, sy kn dekat Kanada, skarang tengahari~"
Aku terus terang, kedua-dua handphone aku kredit tinggal seposen. Tu la, kredit banyak pergi layan internet. Wi-fi ada tengah-tengah MMU ni belagak tak nak pakai.

Sunday, January 10, 2010
Entah ke berapa ribu kali...
Bila aku pandang wajahmu buat entah ke berapa ribu kali,
timbul bibit-bibit keinsafan dari dalam hati.
Aku mahu jadi lebih baik.
***
Bila sampai waktunya,
Aku betul-betul mahu berbicara denganmu.
Tapi, aku tak bisa memaksa kau buka pintu yang telah lama terkunci dari dalam,
Aku tak paksa kau buka hanya kerna kau kasihan aku kesejukan di luar ; dunia rindu,
Pintumu masih dipegang olehnya,
tidak mungkin aku akan memecahkannya hanya kerna kehendak hati.
Ini semua adalah rindu,
Aku hanya mampu berbicara begini,
Inilah tinta dari hati.
***
Aku mula merindui seseorang...

My pet is better than your pet.
Aku pun ada binatang peliharaan. Kau boleh bangga dengan hamster kau. Aku boleh bangga dengan binatang aku juga.
p/s : Ini ditujukan kepada seorang mamat berlagak dekat opis sebelah. Kecoh lebih.
Aziz (kanan) dan Zamberi. Memiliki binatang dalam pasu kecil taklah teruk. Tak perlu bagi palet warna-warni jika aku balik kampung. Pampers juga tak kerap tukar. Lagi satu, rumput kerbau tak payah aku bergelumang dalam semak tiap-tiap petang. Susu pun tak payah nak perah.

Bulan makan kelapa
Sampailah satu masa pada tengahari tadi, semasa sedang jalan-jalan dalam taman bunga MMU Cyberjaya, aku teringin minum air kelapa. Aku pandang pokok kelapa katik. Rendah saja. Memandangkan ketinggian aku yang ala kadar selaku lelaki asia, perlu juga aku panjat sekaki dua. Skill memanjat aku memang zero kalau nak catat dalam resume mintak kerja. Aku ada masalah gayat. Dekat kampung dulu, adik aku yang jadi mangsa panjat pokok petai atau ambil selipar kena baling atas bumbung. Tapi, setakat sejengkal nak capai buah kelapa katik, takde masalah aku rasa. Jika jatuh, kau telefon 999 dan mengadu pasal aku jatuh kelapa katik, dah tentu operator tu cakap aku tipu dan mengklasifikasikan sebagai panggilan palsu.
Dapat sebijik kelapa muda. Puas hati jugak. Pakai skrew driver kupas kulit kelapa. Kemahiran ni aku belajar dari Terminator 3 semasa sesi latihan dengan dia.
Kupas. 'Kelapa dimakan bulan'.
Orang tua-tua cakap, orang mengandung elok makan 'kelapa dimakan bulan'. Nanti bersalin, anak cantik. Mana-mana dari korang yang tak tahu kelapa makan bulan macam mana, memang korang tak true kampung.
Ah, lupa pulak. Aku tak mengandung. Jadi, aku tak minum air kelapa tu. Mungkin mak aku masa mengandungkan aku tak makan kelapa makan bulan juga.
***
Kelapa makan bulan jika korang tak tahu, kelapa yang isinya macam rosak, tetapi bukan rosak. Isinya berkedut-kedut, tapi tidak busuk. Malah, airnya rasa manis. Isinya juga boleh dimakan. Keturunan aku memang panggil kelapa dimakan bulan. Tempat korang tak tau pulak panggil apa.
Kejap, cuba kau bayangkan, bulan yang satu tu malam-malam mengendap semata-mata nak makan kelapa. Takkan la takde benda lain bulan tu nak makan. Ah, mungkin juga di negara barat ada istilah epal dimakan bulan. Atau Anggur dimakan bulan. Siapa tahu?

Cerita bulu
Balik kampung, potong rambut. Suruh amoi tu potong, dia main pass-pass dekat indon. Mula lah rasa masa depan rambut aku gelap. Nasib baik juga indon tu nampak gaya pegang mesin macam dah biasa. Yakin. Akhirnya teruskan juga sebab indon tu dah grip leher aku guna cable tie. Alang-alang dah indon tu buat, aku suruh cuci rambut, pakej dengan urut-urut. Risau juga aku kalau indon tu salah tafsir guna 'body 2 body massage'. Servis bertukar tangan. Masa cuci rambut, indon pass balik dekat amoi. Berbunga hati.
***
Semalam, rambut aku macam Charlie Sheen.
Hari ini, rambut aku macam Shay Given.
Okay jugak. Makcik dekat pasar pun boleh cakap 'not bad'.

Saturday, January 9, 2010
Maki-makian membawa kemenangan
Baru balik dari kampung...malam ni,korang jangan nak ajak aku berbual benda yang tidak sepenting skandal Tiger Woods atau pemanasan global. Sebab, aku nak maki orang malam ni. Piala Sumbangsih, Negeri Sembilan vs Selangor. Bola sepak Malaysia adalah Liga Maki-makian. Jika tak maki, mereka main macam perlawanan petanque atau boling padang. Lemah gemalai dan disukai dua alam.
Dekat highway tadi lagi aku dah start maki budak Selangor bawak kereta macam overdose ubat batuk. Kiri-kanan. Dekat gaung tepi tu taknak pulak kau terbabas.
Ye. Kamu jangan marah jika kamu orang Selangor. Ini hanya lakonan semata-mata.
Semailll~ u ar in kendit kemeraaaa~

Thursday, January 7, 2010
Entry sedikit lucah dan mengganggu fikiran
Semalam, macam biasa. Hari-hari aku takkan lengkap jika tidak disertakan sesi membaca suratkhabar. Kalau tak baca sehari, mula rasa nak demam.
Aku beli Kosmo semalam. Paper Kosmo aku rasa lebih rasional. Tak banyak iklan nombor ekor macam paper Metro. Metro ni berita bukan-bukan. Termakan semut pun nak masuk paper. Aku kunyah bilah mesin rumput tak kecoh pun. Lepas tu, memanjang muka Dr. Romzey. Nak kurus, kau minum je la klorox tu. Boleh pakai baju fit terus, kain kapan. Kau dah kaya sangat, pergi la beli kelab EPL tu.
Okay, sebelum aku kena saman, baik aku berhenti.
Hiburan.
" Aktres filem The Jennifer's Body, Megan Fox memberitahu, lelaki ulat buku dan peminat buku komik mampu menjadi teman lelaki yang hebat kerana mempunyai budi bahasa yang baik dan sopan. Megan berkata, dia mungkin akan mencari teman lelaki sebegitu..."
Aku tutup paper. Ruangan sukan terus aku tak bukak.
Buka laci almari.
Mulakan dengan baca buku "Rahsia Tidur"
Harap aku tak terlambat.
***
5 minit kemudian, aku kembali selak paper tadi. Belum habis baca.
"Pelakon Simon Pegg yang mempunyai pengalaman berlakon dengan Megan Fox pernah menyebut, Megan merupakan seorang ulat buku, tetapi lurus bendul..."
Okay. Aku berhenti baca buku dah.
Megan Fox. Juara di hati mama.

Anak orang kaya Nani
Encik Yusni berasal dari Kedah. Umur dalam lingkungan 40 tahun. Sangat manis mulutnya. Aku kerap dengar dia berborak.
Ada seorang student perempuan. Agak cantik juga. Loaded juga nampak cara. Kereta Opel Zafira dia bawak sorang. Aku nak beli stereng kereta pun tak lulus loan. Awek ni kereta kena saman. Sebab parking sesuka hati dia je. Awek ni jumpalah En. Yusni yang kebetulan berada dengan aku, sedang berborak hal ehwal semasa.
Awek ni rupanya orang utara jugak. Perlis. Loghat memang tak boleh nak ubah. En. Yusni apa lagi, terus masuk jarum. Sambil tulis saman parking.
(Dialog ini pandai-pandai la kau tukar dalam loghat utara noo...aku orang Korea)
Yusni : Adik orang utara ka?
Awek : Haah. Perlis. Abg orang mana?
Yusni : Laa...Perlis kaa? Sama la kita.
Awek : Yaka? Perlis area mana? Saya Kangar.
Yusni : Abang Perlis duduk dalam Taman Ular.
Cilake. Aku bantai gelak sungguh-sungguh. Aku tengok awek tu muka merah. Memaki dalam hati aku agak.
Kawan dia duduk sebelah sampai keluar hingus gelak tersembur. Yakk~

Wednesday, January 6, 2010
Kisah gay dan sliding tackle
Hari ini memang malang jugak. Kena setel kes gay gaduh satu bilik dalam hostel. Celaka. Dua-dua budak Iran. Menurut keterangannya si mangsa yang juga seorang lelaki lembut berbangsa Iran(cuba kau bayangkan), kawan dia nak kiss dia, tapi si lembut ni taknak. Dia pegi ***** kan si lembut ni punya ****. Celaka. Lepas tu dia gigit **** mamat lembut tu. Dia cerita kat kitorang pun dah naik geli. Ape punya suwey. Lepas tu, diorang pun gaduh la. Cakar-cakar muka. Hasilnya, dua-dua kena pindah hostel....hahahahaha~
* Aku tak boleh kenang mamat lembut tu pakai boxer warna biru cair, lepas tu tarik boxer sampai atas perut, lepas tu kaki dia sajaknye jalan kaki kepit. Rasa nak buat sliding tackle je kat kaki beliau...

Tuesday, January 5, 2010
Kain putih
Cikgunya bertanya kepada pelajar di dalam kelas asuhannya.
"What are U wanna be when U are getting older?"
Budak berusia 4 tahun itu berkata, "Pirates."
Budak berusia 4 tahun setengah jawab, "I wanna be a big boy and a little bit wild."
Budak berusia 5 tahun jawab, "I wanna be Didier Drogba, teacher!"
Ternyata, mereka masih kain putih.
***
Permulaan sesi persekolahan, orang sibuk teman anak masuk hari pertama persekolahan, aku yang takde anak ni pergi ke taska dalam MMU. Saja mahu lihat gelagat mereka.
Haih...kan bagus aku ada mesin masa. Kembali ke zaman aku tadika, buat muka garang dekat aku masa kecik, paksa aku belajar ketat-ketat.
Ah. Aku dengar Doraemon duduk dekat area Kampung Melayu Subang. Boleh la pinjam kejap mesin merentas masa. Rasuah la kuih dorayaki seketul dua.
***
Mak aku masa aku kecik, dia ajar pakai penyangkut baju besi kat tangan sebelah. Huruf 'b' aku tak cukup bulat, kena la sedas kat tengah belakang. Cukup 5 das sebat tengah belakang, huruf 'b' aku pun cukup bulat.
Budak sekarang lembik. Kena gigit semut lebam satu tangan. Terpijak lipas pun boleh demam panas 5 hari. Tengok filem tembak-tembak sikit, malam tu mengigau sampai kencing malam. Dulu, aku masa kecik, habis je tadika, salin baju tengahari tu terus pergi golek-golek dekat dalam semak. Petang tu kelelakian aku kena tungau. Cilake.

Kenangan dalam lagu
Sekarang masa aku ada mood untuk menulis tentang muzik dan lagu. Setelah baring dalam keadaan bosan sambil dengar radio, tiba-tiba keluar pula lagu Coldplay, Yellow. Itu semua sudah cukup untuk buat aku teringat semua album yang pernah aku beli sejak aku sekolah.
Selepas habis Tingkatan 1, aku mula obses dengar lagu. Itu semua pengaruh kawan-kawan.(Biasa kalau benda negatif memang salahkan kawan-kawan dulu). Rancak dengar lagu rock, grunge dan punk rock. Aku masih ingat lagi album pertama seumur hidup aku beli masa tu adalah kaset The Offspring. Memang tengah hangat la dulu. Manjang dressing nak pakai seluar jeans pendek dengan pakai cermin mata hitam. Nirvana aku dengar kaset kawan-kawan saja. Gila-gila kau pakai seluar cerut pergi sekolah.
Album ke-2 aku beli adalah Californication dari Red Hot Chilli Peppers. Agak bangga jugak aku salah seorang terawal ada album tu. Last-last hilang cd tu kena kebas dengan kawan. Celaka. Itu memaksa aku beli album kompilasi Red Hot Chilli Peppers dengan Limp Bizkit pada tahun yang sama.
Lepas PMR, aku sedikit slow. Sudah menemui jalan yang benar setelah mengharungi PMR dengan agak cemerlang bagi seorang budak nakal macam aku. 3A masa itu sangat berharga. Tak macam sekarang, kalau boleh, Bahasa Uganda pun kau nak ambil bagi cukup 8A. Celaka. Lepas tu, kurang 1A, menangis macam mati bapak.
Start tahun itu, telinga aku mula berjinak-jinak dengan lagu lebih slow. Hasilnya, aku sambar album A Rush of Blood To The Head dari Coldplay. Lagu dia memang layan untuk kau harungi SPM dengan lebih matang. Lebih-lebih lagi lagu Trouble dan In My Place.
Sebelum SPM, fenomena Evanesence pulak. Suka sangat lagu hard rocknya sampai mendorong aku beli albumnya yang pertama, Fallen (sampai sekarang aku ada semua lagu Evanesence). Diikuti dengan album ke-2 mereka iaitu Going Under. Selepas dari album ke-2 itu, memang mereka betul-betul going under. Sebenarnya, aku sangat minat dengan Amy Lee, si vokalisnya. Muka ala-ala chinese look dan berkulit putih adalah ciri-ciri wanita kegemaran aku masa itu. Walaupun tak sesuai dengan muka ala-ala pan asian aku ni, aku peduli apa.
Masa itu juga, otak aku sedikit perlukan rilex. Percaya atau tidak, aku pernah beli album Sixpence None The Richer, Divine Discontent. Aku juga bernafsu untuk beli album The Cardigans masa tu. Aku sangat kontemporari masa tu. Sangat tak mengira tentang konsep. Kalau ada duit lebih, sanggup saja beli. Dalam tak perasan, tahukah korang, aku gemar band yang penyanyinya adalah wanita. Sebab bagi aku, wanita itu pastinya cool dan cute. Amat tak munasabah bukan?
Semasa remaja, memang aku habiskan masa dengar lagu dan belajar. Zaman aku dengar lagu Soul Asylum, Runaway Train dan sewaktu dengannya telah tamat. Selepas era pekerjaan, aku jarang sangat dengar lagu. Radio pun jarang aku pasang.
Aku dibesarkan dengan lagu-lagu balada. Masa belum berakal, aku rasa lagu pertama yang aku dengar masa aku masih bayi adalah lagu Aisyah, Camar yang Pulang. Ini serius. Sampai sekarang, jika aku dengar lagu tu, aku akan pastikan diri aku berada dalam kereta Mazda RX3 bapak aku sekitar tahun penghujung 80-an. Aku ibarat kain putih yang dicanting dengan warna balada masa itu. Emak aku kerap menyanyikan lagu-lagu dari Ziana Zain, Noreen Nor, dan Aisyah. Aku agak malang juga kerana bapak aku dulu takdelah kaki rock kapak. Beliau hanyalah pekerja yang tidak menghiraukan lagu-lagu top zaman itu. Sampai rambut pun nak ikut Datuk Mohamed Rahmat yang masa itu adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab memotong rambut Search dan Wings.
Sekarang, aku sedang dalam proses menjejaki balik album-album lama yang pernah aku beli dulu dalam laci bilik di kampung aku. Misi yang agak sukar. Lebih sukar apabila sedang belek-belek barang, ternampak komik Dragon Ball lama aku. Celaka. Baca komik dulu. Lepas ni, sambung baca Dik Cerdas. Oh, ada majalah sekolah lama juga.

Monday, January 4, 2010
Stress Vol : 2
Semalam, bila nak pergi kerja, aku bukak almari, carik gel rambut nak tepek sebab nak pergi kerja. Celaka. Takde. Baru aku ingat, gel rambut aku tinggal dekat rumah makcik. Gelap la masa depan aku kejap lagi ni, aku fikir.
Buat pertama kali dalam setahun, aku pergi kerja dengan rambut macam lelaki kerja kerajaan zaman 90-an. Sekali imbas, macam Mustapha Maarof pun ada. Itu yang menjadikan hari aku kurang popular. Muka kerut memanjang sebab tak puas hati. Stress la konon rambut tak tajam-tajam seperti sediakala.

Moment semasa kecil Vol : 1
Semalam, kawan aku tanya, pernah pergi Kelantan tak? Aku cakap, tak pernah pun. Seumur hidup aku, sekali je jejak Kelantan.Tu pun tengok gambar lama-lama. Masa aku kecik dulu. Hingus masih tak kering. Ingat nak main saja perangai.
Masa kecik, masa tulis Biodata Saya, bahagian Tempat Pernah Dilawati aku tulis Alor Gajah. Sebab Alor Gajah saja aku reti sebut. Dulu-dulu, kalau orang sebut Jerantut atau Sabak Bernam, pasti aku terbayang tempat yang dituruni salji berlatar belakangkan pergunungan Alps. Aku punya hobi adalah mengumpul setem. Dan makanan kegemaran aku adalah RAHSIA. Dan minuman kegemaran aku jugak RAHSIA. Dan tak lupa, bahagian ucapan pula aku akan tulis "Semoga berjaya dalam hidup dan belajar rajin-rajin untuk mengharungi UPSR". Itu sudah aku anggap paling hebat la penulisan.
Ya. Cerita masa kecik aku taklah hebat. Tiada pengalaman yang indah yang betul-betul menusuk kalbu sehingga aku dewasa. Semua moment-moment indah aku tak ingat. Paling aku ingat moment-moment indah masa kecik aku adalah berjaya memecahkan gasing kawan dengan gasing bawang bertuah aku dan juga mendapat 5 ekor anak ikan talapia merah ketika memancing di lombong tinggal. Kenangan pahit pun susah nak ingat. Oh ya, kenangan paling pahit aku pernah tempuh mungkin menghilangkan kunci basikal ketika menyertai lumba lari di sekolah. Poket seluar tracksuit aku pendek. Kena sebat dengan atuk juga la. Tapi, tak boleh lawan kena sebat dengan penyangkut baju besi mak aku bedal.

Saturday, January 2, 2010
Walaupun secebis...
Okay...kau dapat dia.
Aku mengalah.
Aku harap, kau jaga dia betul-betul.
Aku tak nak kau sakiti hatinya walaupun secebis.
Aku nak kau kau sumpah kau didik dia.
Jagalah dia macam aku layan dia dulu.
Jangan kau ulang silap-silap lama kau.
Jangan bagi dia menangis kerna diri kau.
Jangan bagi dia bandingkan kau dan aku.
Aku tak mahu dengar.
Aku ulang sekali lagi, aku tak mahu kau lukakan dia.
Aku dapat tau kau lukakan hatinya,
Nahas kau...
Aku tak kisah aku masih single sekarang. Itu kan lebih bebas? Makan banyak orang tak marah. Gigit ais orang tak marah. Gelak macam setan orang tak marah. Kenyit mata dekat awek lain orang tak marah.
p/s : Entry ini keluar dari lingkungan aku.

Kejadian itu berlaku di The Mines.
Malam tadi, pergi tengok wayang dekat The Mines, Seri Kembangan. Dengan adik dan sepupu. Aku memang tak ada awek nak ajak. So what?
Buat minggu ke-3 berturut-turut tiket Avatar sold out. Celaka. Nampaknya, terpaksa tengok movie lain. Sherlock Holmes atau The Imaginarium of Dr Parnassus.
Kami ambil keputusan tengok The Imaginarium of Dr Parnassus. Terbelit juga lidah betulkan sebutan. Nasib baik aku ada bau-bau bacang dengan Ronan Keating. Bukan main laju aku cakap dekat mamat jaga kaunter tiket.
"The Imaginarium of Dr Parnassus dewasa tiga orang!"<---sekali nafas.
Aku rasa, mamat kaunter tiket tu pun tak reti nak sebut.

Stress
Sebenarnya, aku ada masalah dengan tekanan darah. Itu masalah aku sejak aku sekolah rendah lagi. Bila aku tension, aku mudah kena sakit kepala. Dah lama tak kena sakit kepala, minggu lepas datang balik masalah tu kat aku.
Aku kira, masalah tekanan darah atau stress ni serius. Kelmarin, kawan aku pinjam earphone Sony Ericsson. Dah nama pinjam, tapi, aku risau betul. Entah apa-apa. Sampai malam tu aku tak tidur. Padahal kecik punya hal.
Sekarang, aku dalam usaha nak atasi masalah tekanan darah. Aku mula selak buku teks fizik Tingkatan 4. Lebih banyak air dalam balang, semakin tinggi tekanannya. Lepas tu, erm... Okay dah. Sampai tu je dulu aku baca.
Sebab, sekarang, aku dah nampak buku Dik Cerdas Vol : 7 aku dekat timbunan buku-buku sekolah lama aku. Selamat membaca.

Subscribe to:
Posts (Atom)