Encik Yusni berasal dari Kedah. Umur dalam lingkungan 40 tahun. Sangat manis mulutnya. Aku kerap dengar dia berborak.
Ada seorang student perempuan. Agak cantik juga. Loaded juga nampak cara. Kereta Opel Zafira dia bawak sorang. Aku nak beli stereng kereta pun tak lulus loan. Awek ni kereta kena saman. Sebab parking sesuka hati dia je. Awek ni jumpalah En. Yusni yang kebetulan berada dengan aku, sedang berborak hal ehwal semasa.
Awek ni rupanya orang utara jugak. Perlis. Loghat memang tak boleh nak ubah. En. Yusni apa lagi, terus masuk jarum. Sambil tulis saman parking.
(Dialog ini pandai-pandai la kau tukar dalam loghat utara noo...aku orang Korea)
Yusni : Adik orang utara ka?
Awek : Haah. Perlis. Abg orang mana?
Yusni : Laa...Perlis kaa? Sama la kita.
Awek : Yaka? Perlis area mana? Saya Kangar.
Yusni : Abang Perlis duduk dalam Taman Ular.
Cilake. Aku bantai gelak sungguh-sungguh. Aku tengok awek tu muka merah. Memaki dalam hati aku agak.
Kawan dia duduk sebelah sampai keluar hingus gelak tersembur. Yakk~
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rancak kau update...sampai x sempat nk baca...
hahaha...duduk taman ulaq ya?
ya...taman ulaq...cam2 la kedengarannya...
Post a Comment