Thursday, January 7, 2010

Entry sedikit lucah dan mengganggu fikiran

Semalam, macam biasa. Hari-hari aku takkan lengkap jika tidak disertakan sesi membaca suratkhabar. Kalau tak baca sehari, mula rasa nak demam.

Aku beli Kosmo semalam. Paper Kosmo aku rasa lebih rasional. Tak banyak iklan nombor ekor macam paper Metro. Metro ni berita bukan-bukan. Termakan semut pun nak masuk paper. Aku kunyah bilah mesin rumput tak kecoh pun. Lepas tu, memanjang muka Dr. Romzey. Nak kurus, kau minum je la klorox tu. Boleh pakai baju fit terus, kain kapan. Kau dah kaya sangat, pergi la beli kelab EPL tu.

Okay, sebelum aku kena saman, baik aku berhenti.

Hiburan.
" Aktres filem The Jennifer's Body, Megan Fox memberitahu, lelaki ulat buku dan peminat buku komik mampu menjadi teman lelaki yang hebat kerana mempunyai budi bahasa yang baik dan sopan. Megan berkata, dia mungkin akan mencari teman lelaki sebegitu..."

Aku tutup paper. Ruangan sukan terus aku tak bukak.

Buka laci almari.

Mulakan dengan baca buku "Rahsia Tidur"

Harap aku tak terlambat.


***

5 minit kemudian, aku kembali selak paper tadi. Belum habis baca.

"Pelakon Simon Pegg yang mempunyai pengalaman berlakon dengan Megan Fox pernah menyebut, Megan merupakan seorang ulat buku, tetapi lurus bendul..."


Okay. Aku berhenti baca buku dah.




Megan Fox. Juara di hati mama.

2 comments:

Mawar Desa said...

wau!hahaha

en.sani said...

wau itu layang-layang cik kak...