Wednesday, January 13, 2010

Haruan makan anak katak

Sejak dua menjak ni, aku kerap menulis waktu dinihari. Misteri sungguh hidup aku. Apa boleh buat, baru balik kerja.

Hari jumaat, seorang kawan ajak aku memancing ikan haruan. Aku memang minat giler mancing haruan ni. Ah. Kepada sesape yang tahu area mana nak beli katak hidup nak buat umpan, bagi tau aku. Sejak aku duduk Cyberjaya dah setahun ni, tak pernah pulak aku tanya kat kedai mana ada jual katak pancing. Aku baru lalu depan kedai mamak, diorang dah pegang kayu hoki. Sorang lagi keluar sabit rumput. Nak kata aku muka macam Geng Kapak, tak pulak. Rambut pun dah macam ala-ala Aliff Aziz.<---Celaka, korang jangan gelak, ni Kak Zai cakap!

Oleh kerana akaun bank aku dah tinggal lebih kurang seribu, aku kena hentikan tabiat belanja sakan dan berparti hujung minggu. Perlu isi masa dengan membasuh baju, kemas bilik atau menjual muruku. Kalau tak, umur 52 la aku kawin ni karang.

***

Oh, ya. Adik lelaki aku YM tadi.

"Kau nak tau, aku semalam naik moto langgar babi hutan lintas jalan."

Aku balas, " Teruk tak?"

Dia balas, "Takde pape, nasib baik tak jatuh, sempat kawal moto."

Aku cakap, "Bukan kau, babi tu teruk tak??"

Dia jawab, "Parah. Patah kaki."

Aku cakap, "Patut semalam masuk TV3, Aduan Rakyat, babi ngadu kena langgar lari."

***

Aku makan banyak hari ini. 2 orang belanja makan. 4 kali makan. Teruk kan?

2 comments:

Anonymous said...

kau abg yg kejammm saniiiiiiii!!!

en.sani said...

kalo aku kejam, aku takkan tanya keadaan babi trsebut...kan?