Sekarang masa aku ada mood untuk menulis tentang muzik dan lagu. Setelah baring dalam keadaan bosan sambil dengar radio, tiba-tiba keluar pula lagu Coldplay, Yellow. Itu semua sudah cukup untuk buat aku teringat semua album yang pernah aku beli sejak aku sekolah.
Selepas habis Tingkatan 1, aku mula obses dengar lagu. Itu semua pengaruh kawan-kawan.(Biasa kalau benda negatif memang salahkan kawan-kawan dulu). Rancak dengar lagu rock, grunge dan punk rock. Aku masih ingat lagi album pertama seumur hidup aku beli masa tu adalah kaset The Offspring. Memang tengah hangat la dulu. Manjang dressing nak pakai seluar jeans pendek dengan pakai cermin mata hitam. Nirvana aku dengar kaset kawan-kawan saja. Gila-gila kau pakai seluar cerut pergi sekolah.
Album ke-2 aku beli adalah Californication dari Red Hot Chilli Peppers. Agak bangga jugak aku salah seorang terawal ada album tu. Last-last hilang cd tu kena kebas dengan kawan. Celaka. Itu memaksa aku beli album kompilasi Red Hot Chilli Peppers dengan Limp Bizkit pada tahun yang sama.
Lepas PMR, aku sedikit slow. Sudah menemui jalan yang benar setelah mengharungi PMR dengan agak cemerlang bagi seorang budak nakal macam aku. 3A masa itu sangat berharga. Tak macam sekarang, kalau boleh, Bahasa Uganda pun kau nak ambil bagi cukup 8A. Celaka. Lepas tu, kurang 1A, menangis macam mati bapak.
Start tahun itu, telinga aku mula berjinak-jinak dengan lagu lebih slow. Hasilnya, aku sambar album A Rush of Blood To The Head dari Coldplay. Lagu dia memang layan untuk kau harungi SPM dengan lebih matang. Lebih-lebih lagi lagu Trouble dan In My Place.
Sebelum SPM, fenomena Evanesence pulak. Suka sangat lagu hard rocknya sampai mendorong aku beli albumnya yang pertama, Fallen (sampai sekarang aku ada semua lagu Evanesence). Diikuti dengan album ke-2 mereka iaitu Going Under. Selepas dari album ke-2 itu, memang mereka betul-betul going under. Sebenarnya, aku sangat minat dengan Amy Lee, si vokalisnya. Muka ala-ala chinese look dan berkulit putih adalah ciri-ciri wanita kegemaran aku masa itu. Walaupun tak sesuai dengan muka ala-ala pan asian aku ni, aku peduli apa.
Masa itu juga, otak aku sedikit perlukan rilex. Percaya atau tidak, aku pernah beli album Sixpence None The Richer, Divine Discontent. Aku juga bernafsu untuk beli album The Cardigans masa tu. Aku sangat kontemporari masa tu. Sangat tak mengira tentang konsep. Kalau ada duit lebih, sanggup saja beli. Dalam tak perasan, tahukah korang, aku gemar band yang penyanyinya adalah wanita. Sebab bagi aku, wanita itu pastinya cool dan cute. Amat tak munasabah bukan?
Semasa remaja, memang aku habiskan masa dengar lagu dan belajar. Zaman aku dengar lagu Soul Asylum, Runaway Train dan sewaktu dengannya telah tamat. Selepas era pekerjaan, aku jarang sangat dengar lagu. Radio pun jarang aku pasang.
Aku dibesarkan dengan lagu-lagu balada. Masa belum berakal, aku rasa lagu pertama yang aku dengar masa aku masih bayi adalah lagu Aisyah, Camar yang Pulang. Ini serius. Sampai sekarang, jika aku dengar lagu tu, aku akan pastikan diri aku berada dalam kereta Mazda RX3 bapak aku sekitar tahun penghujung 80-an. Aku ibarat kain putih yang dicanting dengan warna balada masa itu. Emak aku kerap menyanyikan lagu-lagu dari Ziana Zain, Noreen Nor, dan Aisyah. Aku agak malang juga kerana bapak aku dulu takdelah kaki rock kapak. Beliau hanyalah pekerja yang tidak menghiraukan lagu-lagu top zaman itu. Sampai rambut pun nak ikut Datuk Mohamed Rahmat yang masa itu adalah Menteri Penerangan yang bertanggungjawab memotong rambut Search dan Wings.
Sekarang, aku sedang dalam proses menjejaki balik album-album lama yang pernah aku beli dulu dalam laci bilik di kampung aku. Misi yang agak sukar. Lebih sukar apabila sedang belek-belek barang, ternampak komik Dragon Ball lama aku. Celaka. Baca komik dulu. Lepas ni, sambung baca Dik Cerdas. Oh, ada majalah sekolah lama juga.
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang terbaik
Lirik Lagu
Post a Comment