Friday, October 15, 2010

Diari pagi saya

Selepas bersiap-siap dalam keadaan paling maksimum untuk pergi kerja pagi tadi, aku dengan tenang memakai stoking dan kemudian kasut berjenama Edwin untuk tampil bertenaga di opis. Ikat kasut mesti terperinci. Barulah tak mendatangkan cakap belakang.

Selepas hal-hal kasut selesai, aku mencapai kunci motor, kunci rumah dan botol air untuk memulakan hal kerja. Aku kalau pergi opis kena bawak botol air. Kalau botol kosong pun takpe, mana lah tau tengah on the way ke opis, ada lori sirap pulak tengah jalan, boleh la pow sepam dua. Tapi, merepek apa lori sirap? Tak pernah dibuat orang.

Okay. Kat mana tadi? Oh, ya. Aku melangkah yakin keluar rumah pada pagi yang hening itu. Selepas selesai mengunci pintu rumah, aku memulakan langkah bergaya di koridor tingkat 2 apartment.

Aku ada satu tabiat pelik dari kecil. Jika aku berjalan, sedikit sebanyak, pasti aku kena lihat kaki semasa berjalan. Atau lebih tepat melihat kasut yang penuh penggayaan yang berpadu dengan langkah penuh wawasan. Lihat sama ada 'kena' atau tak fesyen kasut aku hari itu.

Ya. Itu tabiat pelik sebenarnya. Sama seperti melihat tayar basikal semasa naik basikal. Pernah tak tengok budak-budak naik basikal sambil memerhatikan tayar basikal yang dinaikinya sendiri berputar? Pernah kan? Ralit kot. Atau pelik mungkin. Atau masih tak faham hukum fizik.

Okay.

Kembali kepada aku berjalan sambil lihat kaki. Aku berpuas hati dengan hasil kombinasi seluar dan kasut. Tampak maskulin. Macam Rahmat Mega. Macam gampang.





KEDEGANGGG!!!



" Habis mekap I..." aku bermonolog sendirian sambil cuba berdiri di celah-celah pengampai kain yang kucar-kacir.

Siapa yang mengajar letak pengampai kain dekat koridor ni?

6 comments:

musya said...

hehehe. kesian.

en.sani said...

hehe...ada tabiat tu tak?

shafinaz (: said...

woahh , coooll (:

en.sani said...

jgn nak mengada ckp cool...sakit dahi ni tau...

Unknown said...

hoho...tak ingt tapi pernah kot...

en.sani said...

sape ckp tak pernah, mmg la zaman kanak2 dia tak menarik...