Friday, November 5, 2010

Majid Driving School - Teh

" Tak mengajar memandu harini, Majid? " Rahim Razali tiba-tiba berteriak dari luar pagar sambil menunggang Honda Cub 70 kuasa kuda.


Majid ketika itu sedang sambilewa menyiram pokok bunga orkid dari atas anjung rumah. Dasar pemalas.


" Tak. Hari ni cuti, " sahut Majid.

"Singgah le dulu Rahim! Pekena teh secawan dua! " sambung Majid.


Rahim Razali yang pada mulanya dah lepas dari pintu hadapan, dengan pantas membuat pusingan 'U' tanpa memperdulikan hukum JPJ.

Petang-petang begini molek juga jika dapat minum teh free, fikir Rahim Razali dalam hati. Rahim Razali menghalakan motorsikalnya masuk ke dalam halaman rumah Majid yang penuh dengan daun manggis.

" Dapat kena teh petang-petang ni, lagi elok. Dok merayau tak tentu hala tu kenapa? " kata Majid seloroh.

Rahim Razali tersenyum atas motor.





" Amboi, teh apanya. Pergi la beli teh kat kedai. Jangan cakap teh, dah sebulan gula kat dapur pun takde! " tiba-tiba Marjinah, isteri Majid berteriak pantas membalas ayat suaminya.


Majid senyum tawar. Rahim Razali buat-buat singgah dekat perdu pokok kelapa menggali cacing.

Marjinah yang berada di rumah sebelah bersama segerombolan ahli mesyuarat tingkap kembali berborak dengan not tinggi.

11 comments:

mohd faris bin mohd aladin said...

hahhahaha.cari cacing sudah

en.sani said...

kau agak2 dah takut carik apa?

nuwuwuda said...

minum kopi pak belalang pun boleh jugak

keril.samad said...

ah marjinah berkira. dulu time kerja sama kassim baba, pandai pulang beriman. kahkahkahkah

en.sani said...

nuwuwuda, masalahnya buntut kuali pun tarak kt umah...

en.sani said...

keril, marjinah tu dalam ali baba yg taat ke yg tak taat?

keril.samad said...

ala dalam versi biru, yang jadi marjinah tu maria ozawa. lu agak-agak?

nuwuwuda said...

kiwi kasut pun boleh

en.sani said...

keril: kau dah jauh dah ni...

nuwuwuda: penah ke cik kak?

nuwuwuda said...

erk? masih dalam hypothesis...belum wat experimen lg

en.sani said...

peh...ayat mcm student2...