Tuesday, November 30, 2010

Ubat

Pagi ini, aku bangun. Kepala masih lagi berdenyut. Aku kena makan ubat. Tak boleh jadi. Sebelum makan ubat, kena alas perut. Jadi, aku bancuh oat dalam 3 sudu. Dengan pisang 2 bijik.

Time nak makan ubat, aku jadi luluh. Kenapa la antibiotik ni besar sangat? Kenapa?

Kenapa antibiotik ni besar ibu jari? Kenapa?

Sesiapa yang dalam bidang farmasi, sila jawab.

Nak tak nak, aku telan jugak demi kesejahteraan hidup.

Hampir tercekik.


***


Penyampai radio pagi-pagi ni kadang-kadang macam gampang jugak dia punya lawak. Aku teringat la ada satu orang tanya macam mana nak kasi terang hati untuk duduki exam.

Lepas tu penyampai radio ni jawab, kalau nak terang hati senang je. Amalkan makan kelip-kelip.

Aku sedang makan ubat. Dan gelak sorang sorang dalam bilik. Aku sedang makan ubat. Gelak sorang-sorang. Aku makan ubat. Gelak.

Aku tersedak.

Celaka.

Jenis tersedak ubat batuk. Masuk dekat hidung. Dia punya rasa macam kena cekik hantu.


17 comments:

nuwuwuda said...

time kasih "penyampai radio"...hahahahahahaha

en.sani said...

gelak...gelak...

nuwuwuda said...

hampuuuuun...lepas makan ubat, berehat n tidur k. mimpi yang indah2.

en.sani said...

haha...tak boleh...ade intebiu...

nuwuwuda said...

laaa pulak, demam intebiu la nih...
good luck eh en sani.

en.sani said...

hahaha....kamu sapa?sungguh misterius macmanus...

nuwuwuda said...

pembaca blog kamu lah, kamu kenapa?

en.sani said...

hahaha...mcm familiar sgt ayat kamu...

nuwuwuda said...

ye ke? kalau nak tahu sangat, google lah nama saya. kahkahkah

en.sani said...

oh...itu kerja bodoh...takpe...lupakan...

nuwuwuda said...

kahkahkah...jangan marah, control mood n semoga berjaya.
jgn lupa, makan ubat.

Noraini Azhari said...

ubat besar ibu kaki..
maybe depa ingt kerongkong ang besar paip pvc.. haha

padan muka tesedak :)

Anonymous said...

haha! len kali makan ubat jgn dgr radio...O

zati said...

kehkehkeh..pandai penyampai radio kenakan kamo..kuakuakuakua

Unknown said...

weih mkn ubat batuk pagi2 ker..??

en.sani said...

nuwuwuda: =)

noraini azhari: nasib baik tekak saiz maximum...

anony: sama kes dgn bawak kete sambil dgr radio....mcm mana agak2? salah x?

cikzati: penyampai radio mmg ada sejarah hitam dgn aku...hahaha...

tgkufir: biasa la....org isap dadah kau tak tegur plak....kan?

Anonymous said...

Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!.