Saturday, August 7, 2010

Pengalaman aku dicucuk projek gajah putih

Petang tadi semasa beriadah di tepian taman di pesisir Tasik Cyberjaya dengan menyarung sandal Crocs, aku telah ternampak satu tempat strategik untuk memancing. Tempat itu merupakan satu parit yang habitatnya ikan haruan. Sebagai pemancing tegar, sekilas ikan di air, ku tahu lelaki wanitanya. Oh, lupa. Takde ikan pun masa tu. Saja bagi kesan dramatik.

Dipendekkan cerita, tepi parit tersebut terdapat batang konkrit tak siap. Ah, biasalah. Projek gajah putih. Cakap karang marah.

Dekat konkrit itu ada pancang-pancang besi yang nampak merbahaya kepada masyarakat. Silap langkah, boleh mencium neraka.

Oleh kerana pancang besi tersebut menjadi tempat terbaik untuk aku bertenggek melihat kelibat ikan di parit, dan tiada papan tanda 'Awas, jangan berdiri di sini', aku pun terus memijak konkrit tersebut.

KRAKKK!!!


Aduh. Kecuaian langkah aku mengakibatkan pancang besi itu tembus di tepi sandal Crocs aku. Celah ibu jari kaki. Darah. Sandal Crocs warna putih itu dibasahi darah merah.

Perlahan-lahan aku menarik kaki untuk melepasi pancang besi tersebut. Mujurlah tidak serius sehingga mengakibatkan kecederaan hamstring dan tulang tendon(sumpah aku tak tau apa itu tulang tendon, pakai sebut je).

Aku pulang ke rumah dengan berjalan kaki kerana aku tiada kereta.


***


Selepas mandi tadi, aku rasa lain macam.

Aku check ibu jari kaki aku yang berdarah petang tadi. Aku belek betul-betul.

Oh. Tiada luka. Pelik betul.


Sekarang baru aku ingat yang petang tadi sampai ke senja, aku tidur dekat bilik je.

4 comments:

Anonymous said...

chilake...hahahaha

-en.sani- said...

arini je, 8 kali aku kena cilake...udah2 le tu oi...

Anonymous said...

memang cilaker kau sani...buek sespender orang

-en.sani- said...

ni lg sorg...hish...