Tuesday, August 17, 2010

Roti inti kelapa

Semasa sedang berada di opis tadi, perut rasa lapar. Maklumlah, berbuka ala kadar gulai siput sedut dengan nasik putih 50 sen. Air pulak lencikang siap pakej buah kembang semangkuk tak kembang-kembang. Kalau makcik tu ada depan aku sekarang, memang aku tenyeh-tenyeh buah kembang semangkuk tu kat mata dia kasi sedar sikit. Tau je lah kau orang, buah kembang semangkuk tu kalau tak kembang, keras macam bola golf. Ah, bila masa aku pernah makan bola golf ni? Misteri betul.

Di opis, mataku tertancap pada satu buku roti di atas almari. Roti inti kelapa. Sekali pandang memang tak sedap. Tetapi, dua kali pandang, masih tak sedap lagi pun. Kali ketiga aku pandang , walaupun tetap tak nampak sedap, tapinya peduli apa aku tak sedap. Janji perut tak lapar.

Oleh kerana dalam opis hanya ada aku dan Zeck, aku pun meminta kebenaran lisan.

" Zeck, ni siapa punya roti ni, aku makan eh? "

" Ambik la. Aku punya tu. Lebih tadi bawak dari rumah..." jawab Zeck sambil mata tengok YouTube. Lagu Juliana Banos. Macam gampang.


Aku pun membuka bungkusan roti yang berikat gelang getah itu.

Semut kecik-kecik banyak. Semut kaler merah. Dari luar plastik hingga dah bersarang bawak ke inti kelapa. Peh. Ini kalau makan sekor semut pun orang cakap dah jadi pelupa, kalau termakan banyak-banyak semut, mau hilang ingatan ni.

Semut itu kucar-kacir melarikan diri ke dalam roti. Sempat juga seekor dua yang aku tangkap. Tapi aku lepas cara baik di atas lantai.


" Weh, Zeck. Roti kau ni dah bersemut..." kata aku ke Zeck.


Zeck pandang sebentar ke muka aku.


" Alaa...bukan ada tulang pun... " jawab Zeck tenang.



Sambil mengangguk tanda setuju, aku makan roti tersebut dengan mata berkaca-kaca.

Zeck mata tengok Youtube. Lagu Juliana Banos.

12 comments:

nur aisya humaira said...

mkn time ble ni???
puase ke dop ni???hehe..

syakila said...

hahaha. aiyok, kantoi. ;0

elunnisa said...

haha...haah...xada tulang pun...=p

-en.sani- said...

malam tadi la makan...hish....

karibu said...

pelik betul kwn2 kau ni

-en.sani- said...

nur aisya,syakila, time tu kat opis malam la...lepas buka...mula la nak cakap belakang tu...


karibu: kwn pelik takpe bro, baru interesting...

eh, karibu, lu ni laki ke pompuan? selamba lak aku 'bro-bro' kan lu kan?

syakila said...

ohh. hee. ngatkan siang2 td. hehe

-en.sani- said...

baca biar terang

khai. ehem. said...

pehh, skarang wa tengok ha, belok lu ni belok pempuan-pempuan baca je kan. dasat2. lu jgn jalan alamanda ke, bazar ramadhan tampin ke, bundle tampin square ke sorang2 john. teruk lu kena serbu minta autograph. btw, bila dah puopular ni, seluar jeans jgn le lipat kaki. muhahahaha

-en.sani- said...

keh3....cam gampang...

hani said...

hahahahah..sengal..igt belok mnde laa td..haha puas laa bce byk kali..hadoii
yg tulang npe plak? hahah

-en.sani- said...

hani x paham xpe hani...jgn kasi paham...