Sunday, September 26, 2010

Azam hari lahir

Sempena hari lahir yang ke-24, aku berazam untuk :



a) Bawak kereta/motor/lori/ beskal/kereta kebal dengan slow

b) Mengurat makwe di facebook(blog pun boleh juga, sila amik perhatian)

c) Berjimat cermat khususnya soal makan. Kedai mamak cas lebih, memang aku terbalikkan meja

d) Banyakkan amalan akhirat yang selama ini kerap sangat ditinggalkan

e) Kurangkan minum Pepsi. A&W Root Beer akan dipertimbangkan.(tak minat Coke, so tak payah pun takpe)

f) Kurangkan bercakap benda-benda yang bidaah dan tak masuk akal, mahu bergurau dengan petir misalnya.

g) Mahu lupakan kenangan pahit seperti putus cinta, terserempak Asmawi Ani, digigit Lisa Surihani dan sebagainya.

h) Mula kumpul duit untuk kahwin. Kalau dapat makwe anak jutawan, boleh lupakan hasrat tersebut

i) Perbanyakkan makan sayur-sayuran seperti kobis, taugeh, sawi, bayam, asparagus, capsicum dan rumput karpet

j) Mendaftarkan nama kereta aku sebagai 'Rebecca' (baru semalam aku dapat tau jantina kereta aku)




Okay. Sekarang aku rasa tak sihat area-area kepala. Layan ayam kentaki molek juga ni.

4 comments:

Anonymous said...

happy birthday,ngorat aku pon boleh.haha

en.sani said...

cis...mencabar nampaknye...

*kire boleh makan jugak budak ni...*<---kata dalam hati

Unknown said...

hahaa..selamat ulang tahun........
berazamlah utk kayakan poket org lain ehh..haahha

en.sani said...

buat ape...baik bg anak2 yatim mkn ade pekdahnye...