Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri ke-24!

Telah terluka seribu hati, baru kau sedar kau berhutang maaf,
Telah terpajak seribu perasaan, baru kau sedar kau berhutang sayang,

Buat apa minta maaf?
Tunggu saja bila raya...


***


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari aku sendiri. Mohon ampun jika terkasar bahasa kepada semua pembaca . b l o g . e n . s a n i . samada anda pembaca tegar, pengikut setia, pembaca senyap-senyap, pembaca invisible, anonymous, adik-adik angkat, ex girlfriend, pakcik jual burger, makcik cleaner, tukang kebun sekolah, pegawai JPJ dan semua yang pernah mengenali aku.

Maaf zahir dan batin jika sepanjang penulisan aku ada menyebut secara sengaja atau tak sengaja nama kau orang atau individu yang kau orang minat, Tomok misalnya, ini hanya sekadar penulisan naif dari aku tanpa sebarang unsur-unsur paksaan dari mana-mana pihak ketiga.

Esok aku balik kampung. Baik kau orang jangan datang beraya rumah aku, sebab rumah aku ada bela unikorn. Unikorn itu sungguh garang dan makan Whiskas.

4 comments:

hani said...

selamat hari rye jugak sani!! hehe nk try dtg umh sani jgk! nk kutip dwet rye
sani hani tergolong dlm golongn mne??heheh

syakila said...

haha. selamat hari raya. :)
nk dwet raya. heee

-en.sani- said...

hani, slamat ari raye...dah besar2 mintak duit raya, tak malu...

hani tergolong dalam golongan marhaein...

-en.sani- said...

hai syak,slamat ari raye...nak duit raya mintak kat boypren sendri...